Thursday, July 12, 2012

Teruja Semasa Melawat SK Taman Megah

Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Untuk kali ini, aku tertarik nak cerita tentang sebuah sekolah yang terletak di Petaling Jaya iaitu SK Taman Megah. Ada sesiapa dari sekolah ini? Pernah bersekolah di sini? Ada anak anda disini? Ada adik anda di sekolah ini?

SK Taman Megah ini adalah sebuah sekolah kluster. Apakah maksud sekolah kluster? Sekolah Kluster adalah sekolah yang bertaraf tinggi antara sekolah-sekolah lain di Malaysia. Dari guru besar sehingga guru-gurunya adalah terpilih dan mempunyai ciri-ciri tertentu. Apa yang menarik tentang sekolah ini adalah sekolah ini sangat aktif dalam bidang robotik dan telah berjaya banyak meraih kejayaan di dalam dan di luar negara. Sekolah ini juga ada mengadakan program pertukaran pelajar ke luar negara yang jarang sekali dilakukan di peringkat sekolah rendah.


Apabila aku pertama kali menjejakkan kaki di sekolah ini, aku dapati reka bentuk sekolah ini adalah seperti sekolah-sekolah yang ada pada zaman 90an. Tidak banyak renovation yang memodenkan reka bentuk sekolah ini. Terimbau pula kenangan semasa aku di sekolah rendah dulu. Jika tidak silap saya, sekolah ini mempunyai 3 blok sahaja dan sangat padat. 


Masa aku sampai, murid-murid sekolah ni baru sahaja pulang dari sekolah. So sempat tengok dorang bermain bola dengan gelanggang futsal sebelah kantin sekolah ni sementara menunggu ibu bapa mereka mengambil mereka. Sebelum itu, aku nak inform bahawa majoriti murid-murid sekolah ini berbangsa cina dalam lebih 30% ,manakala selebihnya melayu dan india. Apa yang menariknya, pergaulan mereka antara bangsa sangat baik. Betul-betul mix dan saling hormat-mengormati, sejuk mata memandang. Jika anda perasaan, murid-murid sekolah ini berkomunikasi mengunakan bahasa inggeris. Comel sangat. Persekitaran yang agak berbeza dari sekolah yang lain. 


Bangunan SK Taman Megah, dulu sekolah yang ada bilik guru berhawa dingin adalah sekolah swasta sahaja tapi sekarang kebanyakkan sekolah kerajaan dah ada bilik guru yang berhawa dingin.

Kantin sekolah ini menjual waffle dan roti canai yang sedap :) 

Sekolah ini juga mengunakan Smart Board, terkejut juga apabila sebuah kelas yang normal seperti kelas di sekolah lain tetiba mempunyai peralatan canggih seperti ini. 

Canggihkan? Sekolah pada zaman sekarang sangat canggih, apalah inovasi terbaru selepas ini.


Keadaan kelas biasa seperti kelas sekolah kerajaan lain cuma ditambah dengan teknologi tinggi.

Sebenarnya aku x pasti nama skrin tu sehingga aku terjumpa buku log ini di atas meja kelas tersebut. 


Murid-murid SK Taman Megah yang berbilang bangsa. Mereka ini sangat konfieden dan aktif.

Aku cuba jadi kreatif dengan mengambil gambar di celah kerusi. huhuhu.

    

5 comments:

  1. sangat aktif.. sampai ambil gambar celah kerusi! keleszzzz hehheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..try to be creative..budak-budak kat sini sangat cute..

      Delete
  2. Hoho! Skool ni advance kot... ada smart board... rasanya tak banyak sekolah yang ada alatan canggih gitu...

    ReplyDelete

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)