Mungkin blogger-blogger yang sebaya dengan KSG mungkin pernah melihat perpustakaan bergerak ini di sekolah rendah. KSG terserempak dengan perpustakaan ini semasa di Kuala Selangor. Teringat masa di sekolah rendah dulu, perpustakaan bergerak ini diparking di perkarangan sekolah. Waktu rehat mesti singgah ke perpustakaan bergerak ini tetapi waktu itu hanya mengikut rakan-rakan yang lain, niat bukan untuk membaca buku. Kehadiran perpustakaan ini di sekolah KSG mewujudkan sesuatu fenomena. Mengikut kata wakil perpustakawan dari perpustakaan Selangor, perpustakaan bergerak ini digunakan untuk memberi khidmat kepada sekolah-sekolah di pinggir bandar, sekolah yang tidak mempunyai perpustakaan lengkap, kampung-kampung dan pekan-pekan kecil. Ada beberapa perpustakaan bergerak ini sudah dihantar untuk pengubahsuaian dan ini antara perpustakaan bergerak yang mengekalkan reka bentuk lama. :) Antik bukan?
Perpustakaan bergerak yang banyak membantu orang-orang di kampung berpeluang menikmati kemudahan perpustakaan
Tidaklah sebesar mana, sebesar bas mini sahaja (memang renovate daripada bas mini kot) tetapi memberi manfaat besar kepada orang ramai.
Buku-buku yang ada juga kebanyakkan antik. Berapakah orang yang sudah merasai nikmat ilmu-ilmu dari buku-buku ini?
Mengunakan kipas angin sahaja, adakah 'Perpustakaan Bergerak' berasal sebelum zaman penghawa dingin?
Pemandangan di dalam Perpustakaan Bergerak.
Pemandangan daripada tangga untuk naik ke 'Perpustakaan Bergerak'
Terima Kasih membaca entri 'Perpustakaan Bergerak' - imbas kembali zaman kanak-kanak. Harap kita semua dapat membudayakan minat membaca kepada generasi muda. :)
eyqa tak pernah jumpa bas nie --' sadis !
ReplyDeletex sempat tengok kot..bas ni dah x aktif digunakan dah. Jumpa pun masa pameran.. :)
Deletehiihi..pernah pinjam buku d bas ni..cuma paling tak suka bila kehabisan buku yg best...
ReplyDeletehahaha.. tulah buku terhad..:)
Deleteyeah penah penah.. dulu die selalu dtg skolah :D cikgu cakap wajib pinjam buku dari bus tu. adeh
ReplyDeleteKan dia selalu datang..nak naik xleh ramai2..x muat..
Deletedulu penah sekali aje naik bas ni... banyak buku yang best2 (masa tu la) macam buku misteri2..sekarang semua budak2 dah tak perlukan bas ni sebab dah boleh baca thru ipad/tablet..huhu...mmg kenangan betul la bas ni..
ReplyDeletetulah..:) buku limited edition suma ada dalam bas ni.. rasa jadi barang pameran lepas ni bas ni..
Delete