Tuesday, July 10, 2012

Merasa masakan Masterchef Shahriah Abdullah secara live di Pesta Buku Selangor 2012

Assalamualaikum.. Salam kepada semua.. Alhamdullillah Syukur, Pesta Buku Selangor sudah berakhir dengan jayanya. Macam-macam pahit manis pengalaman yang dapat dirasai. Penat? Mestilah penat tapi puas hati..  :)

Hari ini  nak kongsi sedikit pengalaman dengan anda semua.. Ahad yang lepas bersamaan 9 Julai 2012, aku bertuah kerana terpilih untuk mengendalikan satu sesi Demo Memasak bersama Masterchef Malaysia Shahriah Abdullah di SACC, Shah Alam. Sesi demo ini boleh dikatakan sebagai sesi roadtour promosi buku masakan terbaru Kak Sha iaitu 'Sajian Istimewa Shahriah Abdullah'. Tersangat-sangat terharu kerana Kak Sha sudi hadir dari Johor semata-mata untuk menjayakan sesi ini. 



Kak Sha tengah tunjukkan first demo tunjuk cara buat 'Cempedak Nestum'. Mula-mula ternganga juga masa Kak Sha bagitau nak tunjuk demo 'Cempedak Nestum' semasa tengah stand by dekat tepi pentas.



Itu dia cempedak bukan kat luar pagar lagi,tapi sudah berada di dalam kuali. Bau kesedapan 'Cempedak Nestum' dah naik masa ni, buat penonton-penonton di sekeliling menelan air liur.


Kak Sha juga sempat memberi tunjuk ajar cara menghias hidangan sebelum dihidangkan kepada orang ramai. Kat atas ini gambar sambal telur puyuh yang dibawa Kak Sha dari rumah. 


'Ginger Bread' air tangan Kak Sha berstandard MasterChef. Untuk kali, Kak Sha tidak mengunakan Roti Perancis. Katanya, Kak Sha Tak Jumpa Roti Perancis di Shah Alam.

 Antara hidangan disediakan Kak Sha pada hari tersebut. 'Ginger Bread' dicicah dengan sambal telur puyoh, Roti Pita berinti sambal Telur Puyoh, dan 'Cempedak Nestum'.



Untuk gambar ini, jangan silap faham ye. Bukan rusuhan ye, tapi orang ramai berpusu-pusu mendengar pengalaman dan tips-tips daripada Kak Sha.


Sesi berakhir dengan upacara rasa-merasa masakan Kak Sha. Dengar cerita ada yang sampai bertambah-tambah. huhuhu. Sesi berjalan dengan lancar dan berjalan dengan aman. Tiada pengunjung yang cedera semasa testing food session berjalan. Terasa sesi 1 jam ini adalah sangat tidak mencukupi. :)

Kepada yang ingin berhubung dengan Kak Sha @ Shahriah Abdullah, boleh ke link salah satu dari blog beliau iaitu http://shahriahnovelis.blogspot.com
  

10 comments:

  1. As'kum Ashraf Jejaka malaya tersohor pujaan ramai anak dara dan mak dara :) Tq so much dik... Syukur Alhamdulillah berkat doa dan hasil bantuan dari adik2 Grup Karangkraf majlis berlangsung dengan jayanya... tq so much dik... jangan lupa singgah blogs akak yaa.. petang sikit akak nak share link ni pada semua blogger.. macehhh... jumpa hujung minggu nanti dengan satu lagi demo memasak yang cukup simple tetapi melaTOP! ya giteww... :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam kak, Terima Kasih diatas review akak tu :) Semoga buku akak laris dan meletup-letup lepas ni.. :)

      Delete
    2. Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.. tq dik Insyallah..berkat usaha dan sokongan dari adik2 karangkraf semua.. Insya~ALLAH... :) tq so much

      Delete
  2. Jangan lupa jengah blogs penulisan akak... kisah si gemok... :))

    ReplyDelete
  3. salam, akhirnya baru terjumpa blog yang betui..jom singgah blog SKA plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, akhirnya ketemu kita..sudah dijenguk-jenguk blog itu.. :)

      Delete
  4. Assalamualaikum Ashraf.. harap dik sihat.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. ada kesempatan lain Kak Ani join ya.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaalaikumsalam Kak, Saya harap akak juga sihat.. Nanti Kak Ani join demo Kak Sha seterusnya ye.. :)

      Delete
  5. Bestnyer dpt handle program cmtu... ^^ Asyraf bile lak nak masuk masterchef malaysia 2?hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki :).. Masterchef? kena banyak belajar dengan kak Sha tu..

      Delete

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)