Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua Bloggers, Readers dan Rakan-rakan
KSG sentiasa doakan anda sentiasa ceria dan sihat.
Hari ini KSG nak sharing sedikit tutorial membuat karipap atau dalam bahasa english 'curry puff' Caranya tersangatlah senang dan modal pun tidaklah banyak sangat. Ada dua elemen dalam kuih karipap iaitu kulit karipap dan juga inti. Kesedapan sesebuah karipap adalah berdasarkan kombinasi kedua-kedua elemen ini. Bagaimana pembuatannya? Untuk hari ni Mama KSG akan menjadi chef jemputan, seperti biasa tiada teori yang diikut secara tepat dan sukatan mengikut citarasa masing-masing. Jom tengok sharing KSG:- :)
|
Cuci bawang, daun sup dan daun kari. Hiriskan bawang dan daun sup dalam size yang boleh dikunyah dengan aman nanti. |
|
Daging digunakan adalah daging lembu dalam 100gram. Potong kecik-kecik ya! |
|
Kentang dipotong dadu |
|
Panaskan minyak dalam kuantiti yang boleh menumis dan tumis bawang sehingga keluar bau wangi ye, jangan sampai keluar bau hangit plak. |
|
Masukkan daun kari dan tumis sebentar. |
|
Masukkan serbuk kari dalam kuantiti sesedap rasa dan tumis sehingga garing. |
|
Setelah garing, masukkan air. Kacau sehingga mendidih. Tunggu daging empuk ya! Masukkan garam sedikit dan gula sedikit. |
|
Daging dah empuk. Masukkan kentang, biar kentang masak dan lembut then last sekali masukkan daun sup. |
|
Masak sampai agak-agak kering, jangan kering sangat ye. dah siap inti 'Beef Currypuff with potatoes' |
|
|
|
|
|
|
Ok..dah siap dah inti 'Beef Currypuff with potatoes'. Next tutorial kita buat pula kulit karipapnya ya!
Jom tengok tuturial buat kulitnya pula di
sini.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)