Hari ini aku sempat ke Kuala Selangor kerana ada tugasan di sana. Lepas baca-baca surat khabar dan pengalaman sebelum ini, Kuala Selangor adalah satu lokasi untuk tujuan melihat anak bulan. Dengan lurusnya dan perasaan ingin tahu aku terus ke Bukit Malawati, Kuala Selangor selepas tugasan selesai. Nak tau apa yang terjadi? Meh lihat gambar-gambar di bawah:-
Alhamdullillah Ini adalah Baitulhilal Bukit Malawati iaitu tempat mencerap anak bulan
Masa aku sampai Baitulhilal Bukit Malawati telah ditutup untuk urusan mencerap anak bulan. Hanya kakitangan Jabatan Mufti Negeri Selangor sahaja dibenarkan masuk. Ada beberapa orang kat situ, dalam hati nak je tanya "Pak cik puasa confirm hari apa?"
Nampak clear sikitkan Baitulhilal Bukit Malawati dari angle ini, Cantikkan?
Anyway, selepas tidak dapat masuk ke Baitulhilal. Aku lepak-lepak jap kat atas bukit malawati ni. Ada beberapa beruk/monyet tengah menjaga kawasan dengan bersenjatakan meriam. Monyet/beruk agak banyak di kawasan ini, hati-hati bila memegang makanan. Makanan anda akan cuba dirampas oleh mereka.
Ini peta lokasi rahsia di Bukit Malawati tu, Bukit ni kecik je tapi ada macam tempat yang boleh dilawati. :)
Hampir dapat melihat seluruh Pekan Kuala Selangor dari atas Bukit Malawati ni.
Kuala Selangor ni banyak sejarah walaupun hanya sebuah daerah, jika anda berpeluang boleh singgah sini.
Alhamdullilah, syukur kepada Allah kerana kita akan mula berpuasa pada 21/7/2012 ini. Oleh itu, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca kisahsigemok.blogspot.com yang beragama Islam.
Terima Kasih kerana sudi membaca entri untuk kali ini :) . Tanpa anda siapalah saya.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)