KSG berpeluang untuk sama-sama menonton perlawanan bola sepak persahabatan antara Kelantan bertemu QPR secara PERCUMA. Yang paling menarik dan best, tiket perlawanan tersebut adalah tiket VIP. Iaitu tempat duduk dimana di belakang menteri duduk tengok perlawanan bola. Ya, tempat yang selalu player naik untuk dapatkan pingat tu. Walaupun begitu, KSG hanya tahu perkara tersebut selepas perlawanan tamat setelah KSG dan kawan KSG perasan yang belakang tempat duduk menteri tu boleh duduk. Kenapa RELA yang jaga pintu tu tidak memberitahu kami. KSG hanya duduk di tempat tiket berharga rm70 lebih, walaupun sedih tidak mengapa still best view of the stadium dan dapat tengok player-player keluar dari bilik persalinan.
KSG sebenarnya fan pasukan Selangor dan Manchester United tetapi dengan niat nak tengok Park Ji Sung secara live, KSG merayu-rayu dekat kawan KSG untuk pergi kerana sponsor untuk kali ini, bos KSG dan pass tiket kat dia (Thanks Bos untuk tiket tersebut). Last-last, dapat pergi juga dan membuat hati KSG berflower-flower. :) Untuk menunjukkan KSG support pasukan Queen Park Rangers pada hari tersebut, KSG sempat membeli selendang Queen Park Rangers untuk dililit di leher. Baru nampak cool. :)
Kick Off bermula agak lewat iaitu 9.30 untuk memberi ruang solat terawih. Maklumlah, esoknya adalah hari pertama umat Islam berpuasa. KSG sangat berpuas hati kerana matlamat pertama KSG hadir ke perlawanan QPR dan Kelantan adalah untuk melihat Park Ji Sung tercapai. Walaupun Park Ji Sung tidak diturunkan pada perlawanan semalam, KSG dapat lambai-lambai dan panggil Park Ji Sung masa dia keluar dari bilik persalinan so matlamat pertama tercapai. Matlamat kedua adalah melihat Kelantan seri atau kalah dengan jurang lebih sedikit dari perlawanan QPR dan Sabah tidak tercapai. Kelantan kalah dengan 5 jaringan walaupun dapat pada separuh masa pertama Kelantan hanya ketinggalan dengan 1 jaringan. Pertahanan Kelantan seperti sangat leka dan selalu miss communication. Pasukan penyerang agak tumpul daripada pasukan QPR tapi tidak mengapa, mungkin ada pengalaman yang boleh dicedok oleh Pasukan Kelantan dalam perlawanan ini.
Video menunjukkan player-player Kelantan dan QPR keluar dari bilik persalinan :) Sori, kalau kualiti kurang, menangkap video ini untuk kongsi kemeriahan dengan anda semua. Masa ini, berdekatan dengan aku ada beberapa student dari Korea (Nak tengok Park Ji Sunglah tu).
Ini KSG nak tunjukkan sikit tiket yang KSG dapat tu. Harga asal adalah RM103.00.
Aktiviti di luar stadium sebelum perlawanan bermula. Ramai warga-warga berjersi merah yang ada datang dari Kelantan nun sana. Patut dipuji semangat mereka ni.
Ini adalah booth Air Asia, KSG dapat cenderahati bendera dekat sini. KSG guna bendera tulah untuk lambai-lambai Park Ji Sung.
Nilah bendera yang KSG ckp tadi, masa ni KSG tengah masuk lorong nak ke dalam stadium Shah Alam.
Wah! pertama kali masuk selepas stadium kena renovate! Padang sangat cantik, patutlah banyak game besar buat kat Stadium Shah Alam.
Bangku simpanan yang menempatkan pemain-pemain Queen Park Rangers. Park Ji Sung duduk kat sinilah.
Lagu negaraku dinyanyikan beramai-ramai, perlawanan bermula dengan Queen Park Rangers yang membuat kick off. Puas hati KSG tengok perlawanan ini. Pengalaman yang seronok sekali.
Terima Kasih kerana sudi membaca entri tentang perlawanan bola sepak antara Kelantan dan QPR ini. Sila tinggalkan pendapat atau komen anda tentang perlawanan ini di tempat yang disediakan. Terima Kasih dari KSG, tanpa anda siapalah KSG. :)
Best! Best! Dah lama gila rasanya tak masuk ke stadium Shah Alam ni...dulu masa muda-mudi selalu gak terjah sana..hehe...
ReplyDeletesekarang padang dah lawa..baru renovate..
Delete