Tuesday, July 17, 2012

Demo Memasak bersama Suwarsi M Arukin, Lynn Hassan, Dato Fazley Yaakob dan Azwan Ali (Part 3) - Pengalaman melihat demo dan merasa masakan Dato' Fazley Yaakob..

Dato' Fazley Yaakob baru sahaja dinobatkan sebagai juara masterchef selebriti yang pertama dengan mengalahkan Angah Raja Lawak. Tahniah kepada Dato' Fazley Yaakob. Untuk kali ini, aku nak kongsikan bingkisan sesi ketiga 'Marathon Demo Memasak Bersama Chef dan Selebriti'. Sesi diteruskan dengan Dato' Fazley Yaakob. Dato' Fazley menunjukkan cara membuat hiasan pinggan dan membuat hidangan hotel 5 bintang dalam masa yang singkat. Betul! terbukti pada hari tersebut. Yang paling penting, seronok dapat lihat Dato' Fazley Yaakob membuat demo memasak secara live.


Dato' Fazley lengkap dengan equipment-equipment memasak beliau.


Dato' Fazley menunjukkan ramuan-ramuan yang akan digunakan untuk kali ini. Sebenarnya banyak yang aku  tak ingat. : (


Dato' Fazley tengah menerangkan cara-cara untuk menyediakan Merangue/meringue. 


dimana-mana ada kamera, mana taknya, demo masak bersama selebriti betul-betul di depan mata. X payah nak pakai lens panjang-panjang.


Pengunjung-pengunjung melihat cara-cara Dato' Fazley membuat hiasan pinggan. plating (Betul ke eja? tolong betulkan..) 


Jumlah pengunjung yang hadir adalah sangat luar biasa, nasib baik tidak kemalangan tolak-menolak berlaku. 


Siap! Dato' Fazley dengan Waffle Biscuits with merangue. Simple tapi Unik. 


Second dish, Pineapple with Chocolate. Sedap! aku dapat rasa! hahahaha.








1 comment:

  1. Salam. Saya dari pihak pengurusan Dato Fazley Yaakob ingin berterima kasih dan ingin berkerjasama dalam satu projek blog. Sekiranya berminat dan ingin tahu dengan lebih lanjut, boleh hubungi saya di info@fazleyyaakob.com (saya mencari tuan punya alamat di blog ini tidak terjumpa). Harap dapat balas ya. TQ - Ahmad

    ReplyDelete

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)