Wednesday, July 4, 2012

Sharing bersama Ramlee Awang Murshid - Perkongsian yang bermakna

Mungkin ramai yang tidak asing lagi Ramlee Awang Murshid yang terkenal dengan novel bersiri Laksamana Sunan beliau iaitu Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi, Sutera Bidadari dan Sunan Musafir. Koleksi ini telah pun dimiliki oleh aku termasuk limited Edition Hard Cover Sunan Musafir. Selain itu, Hatiku Di Harajuku, Rayyan Fantasi, Adam, Mikhail dan Fiksyen 302 antara judul yang sudah menyertai koleksi aku. Karya Ramlee Awang Murshid tidak boleh disangkal lagi kualitinya. 

Ramlee Awang Murshid bersama novel-novelnya.

Hari Sabtu, 30 Jun 2012 yang lepas aku berkesempatan untuk bersama-sama mendengar sesi sharing bersama Ramlee Awang Murshid di Pesta Buku Selangor 2012. Ramlee Awang Murshid berkongsi dengan pengunjung tentang bagaimana beliau boleh berjaya dalam bidang penulisan ini. Pei Pan adalah novel pertama Ramlee Awang Murshid yang telah diterbitkan oleh DBP. Ramlee Awang Murshid telah memenangi  Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002 dengan karya ini. Tombiruo dalam proses difilemkan oleh Ramlee Awang Murshid sendiri antara info yang disampaikan oleh beliau. Beliau juga menegaskan beliau tidak akan membenarkan novel beliau diadaptasi oleh pihak lain kerana ingin mengelakkan rasa tidak puas hati dan rungutan dari beliau sendiri yang boleh mendatangkan dosa untuk beliau.

Ramlee Awang Murshid sedang menyampaikan sharing


Aku juga teruja apabila beliau mengatakan ilham beliau datang dari Allah apabila beliau ditanya tentang bagaimana beliau mendapat ilham. Antara rutin yang beliau lakukan adalah dengan membaca Al Fatihah sebelum memulakan penulisan novel beliau. Beliau juga banyak mengambil pendapat peminat-peminat beliau semasa menyiapkan sesuatu novel. Beliau juga membuat research tentang sesuatu perkara sebelum menulisnya.

Dari segi pemilihan nama sesuatu watak dan tempat didalam sesuatu novel beliau. Beliau berkata beliau banyak bermain silangkata ataupun apa yang difahami oleh aku kombinasi huruf atau perkataan. Sebagai contoh tempat orang halus didalam novel Sunan Musafir iaitu Gualis.'Gualis' adalah kobinasi perkataan Gua dan juga Iblis. Selain itu, nama watak juga dipilih dari nama orang dekat dengan beliau. Beliau berkongsi dengan pengunjung beliau akan memilih nama watak yang menarik dan mudah diingat oleh pembaca.

Ok..ini adalah sedikit info yang aku masih ingat pada sesi tersebut.. jangan lupa baca entri yang lain ye.. :)    

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)