Thursday, July 26, 2012

Tips-tips menghilangkan bosan semasa kesesakkan lalu lintas/ traffic jam

Assalamualaikum dan Salam ceria,

Kesesakkan Lalu Lintas :)

Jika ditambah dari hari ini dah beberapa hari KSG pulang ke rumah agak lewat dari pejabat kerana kesesakkan lalu lintas. Mungkin disebabkan bulan ramadhan, orang ramai berpusu-pusu untuk pulang ke rumah dan kebanyakkan syarikat melepaskan pekerja-pekerja mereka di waktu yang hampir sama. Untuk sampai ke rumah, KSG terpaksa mengharungi beberapa jalan utama dan semestinya sangat padat dengan kenderaan. Oleh itu, hari ini KSG nak kongsikan kepada anda tentang apakah yang anda boleh lakukan untuk menghilangkan rasa bosan semasa kesesakkan lalu lintas. KSG telah cipta satu formula iaitu LERW. Apakah itu? Sila baca dibawah. :)

1.Listen and Sing
Jika kenderaan anda mempunyai radio, pasangkan lagu kesukaan anda atau siaran radio yang anda suka. Nyanyikan lagu tersebut atau yang tersiar dengan sepenuh hati. Tidak perlu rasa malu atau segan kerana ini adalah penawar bosan yang baik dan juga mampu mengurangkan stress anda. :)


2.Eating
Ya! Makan dapat menghilangkan bosan anda semasa kesesakkan lalu lintas. Tapi perlu diingati jika diambil dengan terlalu banyak dan dilakukan terlalu kerap, aktiviti ini akan mengemokkan anda. Jangan pula anda pratikkan di siang semasa bulan puasa, KSG tidak tanggung ye.


3.Reading
Apakah maksud reading? Ya betul, reading bermaksud baca. Jika anda merasa bosan cuba baca benda-benda di sekeliling anda. Contoh papan tanda, papan iklan atau sticker di kereta lain. Jika anda betul-betul tersekat dan tidak bergerak, KSG syorkan anda menyimpan senaskah buku di dalam kereta anda. Jangan membaca buku sambil drive kereta pula. Bahaya!

4.Watching
Alihkan pandangan anda dengan memandang bangunan-bangunan di sekeliling anda. Ini bukan hanya dapat mengalihkan fikiran anda untuk lebih tenang dari asyik memikirkan tentang kesesakkan yang sedang berlaku. Gunakan masa ini untuk mengingat bangunan-bangunan di sekitar jalan anda lalu. Anda juga boleh lihat gelagat pemandu-pemandu lain. Gunakan setiap cermin sisi dan cermin pandang belakang anda untuk melihat gelagat tanpa disedari mereka untuk jadikan aktiviti ini lebih thrill. 


Terima Kasih kepada anda kerana sudi membaca entri tentang formula LERW yang dicipta oleh KSG untuk menghilangkan bosan semasa memandu. :)

6 comments:

  1. Eating tu janganlah dibuat bulan2 pose nih.. Hehe.. Ladies okla, ada timing dia.. Kekekekeke..~~ ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. ya bulan puasa tidak boleh makan di siang hari.. :)

      Delete
  2. klau member cik siti plak..time2 jem cam ni la dia keluar dari keta, pastu gi jalan2 kat jalan raya....tak pun...dia buka tingkap keta and lambai dekat driver keta sebelah....haha....

    ReplyDelete
  3. adam datang jalan-jalan kat sini... Dari blog HH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat datang adam..akan KSG terjah ke blog anda pula :)

      Delete

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)