Wednesday, July 25, 2012

Beruban pada usia muda - mengurangkan keyakinan seseorang

Assalammualaikum kepada Bloggers dan Readers yang dihormati,

Beruban di usia muda - Gambar Hiasan :)

Pernahkah anda menghadapi masalah beruban pada usia muda. Pada usia anda masih dalam 20an lagi atau lebih awal lagi semasa anda berumur belasan tahun. Mungkin anda hilang keyakinan diri dan akan cuba untuk menutup rambut beruban tersebut dengan pelbagai cara. Pada hari ini, KSG akan berkongsikan hasil pembacaan KSG bersama anda semua tentang punca pemasalahan ini.


Beruban pada usia muda ini dipanggil sebagai Uban Pramatang. Anda tidak perlu risau kerana masalah ini telah dihadapi oleh ramai orang di dunia ini. Uban Pramatang bukan lagi perkara yang pelik dan rare lagi. 


Walaupun begitu, punca sebenar uban pramatang ini masih tidak diketahui lagi tetapi beberapa kemungkinan punca masalah ini telah dijumpai iaitu:-


1. Kekurangan Zat
Kekurangan vitamin B12 adalah kemungkinan punca untuk masalah ini. Kekurangan vitamin B12 disebabkan oleh kurangnya seseorang mengambil makanan yang berasaskan haiwan. Maksudnya anda adalah seorang vegetarian. Kalau anda yang bukan seorang vegetarian tetapi mempunyai masalah ini, jangan risau ada kemungkinan punca selain ini.


2.Genetik
Keluarga anda terdahulu pernah mengalamai masalah beruban awal. Genetik memainkan peranan apabila rambut anda sudah mula kehilangan pigment dan bertukar ke warna kelabu.


3.Stress yang berpanjangan
Adalah mustahil jika anda stress hari ini dan pada esok hari rambut anda sudah beruban. Teringat pepatah lama yang selalu disebut. "Ko fikir banyak ni, tu yang beruban."


4.Keadaan Kesihatan
Mungkin jika anda pernah mengalami keguguran rambut, mungkin ada antara anda yang perasaan rambut anda yang baru beruban. Walaubagaimana pun, perkara ini selalunya adalah bersifat sementara.


Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menjaga pemakanan anda dan tahap stress anda kerana ini terbukti perkara-perkara tadi akan menjadi masalah berbangkit.


Terima Kasih kerana menbaca entri KSG yang bertajuk 'Beruban pada usia muda - mengurangkan keyakinan seseorang'.


Sila tinggalkan komen dibawah ye. Insyallah KSG akan terjah anda semula. :)

11 comments:

  1. tua pada usia muda..hehe..

    terima kasih atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
  2. aah..ade la jugak 3-4 helai..risau jgk..tp lepas cabut ia tumbuh balik tmpt asal tu..mmg pramatang coz hujung je putih...

    kwsn berbuka awal 6.48 ialah kt swak..klo kat sabah lg awai

    ReplyDelete
  3. adik dya byk uban..tpi sbb genetik..

    ReplyDelete
  4. uban perlu untuk golongan profesional muda supaya pelangan lebih yakin ,,cth peguam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? x pastilah plak..sebab tu hakim pakai rambut palsu tu?

      Delete
  5. korang xpe lgi.. aku baru 15 tahun,, tp uban 40-47 helai,, :( ,,, mcm mana nihhh???

    ReplyDelete
  6. korang still okeyy,, aq baru 15 tahunn,, uban dah 40-47 helai,, :( ,, mcm mana ni?? tolong jappp

    ReplyDelete
  7. botakkan atau pakai rambut palsu
    uban akan hilang
    hihihi .... lawak

    ReplyDelete

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)