Tuesday, July 17, 2012

Demo Memasak bersama Suwarsi M Arukin, Lynn Hassan, Dato Fazley Yaakob dan Azwan Ali (Part 2) - Pertama kali melihat 'Kek dalam Jar' Chef Lynn Hassan

Part 1 yang lepas telah aku telah kongsikan sesi demo bersama Chef Suwarsi M Arukin. Seterusnya, sesi demo memasak diteruskan dengan sesi demo bersama Chef Lynn Hassan. Chef Lynn Hassan adalah cikgu untuk Hiasan Kek. Boleh check out kelas-kelas beliau di www.lynnhassan.com. Untuk kali ini, Chef Lynn Hassan menunjukkan cara-cara membuat hiasan cupcake dan 'kek dalam jar'. Jom tengok bingkisan demo memasak bersama Chef Lynn Hassan.


Persediaan Chef Lynn Hassan sebelum demo dijalankan. Nampak tak jar-jar kecik tu? Itulah jar-jar yang digunakan untuk buat 'kek dalam jar'


Chef Lynn Hassan menunjukkan cara-cara mendapatkan warna icing dengan cara yang betul. Rugi bagi yang tidak hadir pada hari ini, Chef Lynn menerangkan secara terperinci cara membancuh icing untuk cupcakes. 


Chef Lynn Hassan menunjukkan cara menghiaskan cup cakes dengan betul. Jarak antara nozzle dengan cupcakes kena betul. Banyak teknik-teknik dikongsikan dengan pengunjung-pengunjung yang hadir. 


Hasil kreativiti pengunjung.


Cupcakes yang dah siap untuk dimakan :)


Chef Lynn Hassan menunjukkan cara untuk membuat 'kek dalam jar'. Kaedahnya lebih simple dan mudah.



Chef Lynn Hassan menunjukkan hasil hiasan cupcakes dan 'kek dalam jar' beliau. Cantikkan? 

2 comments:

  1. errah minatv sgt la lau bab2 kek nih...ahai..suka godek fb chef lynn..tp xmmpu g nk berguru dgn dia..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chef Lynn sangat pro.. masa sesi demo ini ada sedikit praktikal session masa akhir demo.. :)

      Delete

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)