Saturday, July 14, 2012

No wonder novel Pecah oleh Khairulnizam Bakeri diadaptasikan menjadi filem

Akhirnya, aku berjaya habiskan novel 'pecah' hasil karya Khairulnizam Bakeri yang juga pemilik blog salahtaip. Berkunjunglah ke blog beliau yang sangat menarik itu, bila anda free nanti. Anyway, aku beli novel ini selepas membaca review tentang novel ini. Perlu berhati-hati berbelanja kerana takut bajet tidak mencukupi. 


Aku sangat tertarik cara penulis ini mengembangkan novel beliau.Bagaimana dari sebuah rompakan bank, membongkarkan banyak cerita. Mungkin boleh didefinasi cerita dalam cerita (mohon maaf jika salah), membuat pembaca tidak bosan membaca novel ini. Cara beliau mengaitkan sesuatu watak sangat menarik, banyak imbas kembali yang akan membuat anda "Oh..macam ini, Ohhh..macam tu" dan menambah keseronokkan membaca novel ini. Juga ingin diperkatakan di sini, tempat-tempat yang digunakan novel ini adalah sekitar Shah Alam dan Klang. Jika anda berasal dari Shah Alam dan Klang, anda pasti lebih mudah membayangkan scene dalam novel ini. 


Cover novel pecah :)


Tidak pelik apabila  aku mengetahui novel ini akan diadaptasi menjadi sebuah filem kerana novel ini mempunyai kelasnya yang tersendiri. Filem yang diarah oleh Black atau Asrulhisyam Ahmad ini akan ditayangkan pada akhir tahun ini atau awal tahun depan pasti aku tontoni.  

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)