Tuesday, July 3, 2012

Kasino oleh Saifullizan Tahir ! Nice one lah!

Kasino oleh Saifullizan Tahir (Sori gambar tangkap pakai hp saja)


Kasino karya Saifullizan Tahir. Naskah yang berada ditangan aku adalah cetakan kedua dalam tahun yang sama novel ini diterbitkan iaitu 2011. Antara novel Fixi terawal yang dibaca oleh aku. Penulis berjaya mengambarkan kehidupan seorang insan bernama Mohd Narcissus Yusof yang biasa dengan kemewahan dan kehedonisan dalam kancah permasalahan yang berat dengan baik. Anda akan perasan watak utama ini mempunyai sifat-sifat tersendiri yang boleh dikatakan sudut gelap kehidupan orang-orang  yang selalu mendapat  penghormatan daripada kita. Tetapi ingat, ini adalah fiksi dan jangan terbawak-bawak ke alam nyata. 

Novel ini akan menceritakan adakah Mohd Narcissus Yusof mampu atau tidak membayar hutangnya kepada kerajaan negeri yang bernilai RM3.8 Juta. Masa yang ada untuk Mohd Narcissus Yusof adalah selama 2 minggu. Anda akan bersama-sama watak protagonis ini bergelut dengan masa dalam mencari jumlah sebanyak itu dengan berjudi. Novel yang mempunyai 280 muka surat ini sesuai untuk anda yang mencari sesuatu kelainan dan bacaan yang mudah dicernakan otak.     

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)