Tuesday, July 31, 2012

Kaya semasa Raya, Papa selepas Raya

Assalamualaikum kepada Bloggers, Readers dan Rakan-rakan,

Alhamdullillah, sudah lebih 10 hari kita sudah berpuasa. Bagaimana? Masih bersemangat dan steady? KSG harap-harap dan doakan anda sentiasa sihat dan bersemangat untuk menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan ini.

Semakin bertambah hari di bulan Ramadhan ini berlalu, semakin rancak juga kita membuat persiapan hari raya ditambah pula stesen radio yang sudah memasang lagu-lagu raya yang menghangatkan suasana. Shopping Mall di hari minggu baru-baru semakin penuh dengan kehadiran pengunjung yang membeli persiapan hari raya, tempahan baju raya pun sudah penuh dan tempahan kuih raya pun ada yang sudah disiapkan oleh peniaga.  Tidak pelik juga apabila kita melihat pelbagai gerai menjual kuih raya wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan di tepi-tepi jalan.

Disini, KSG ingin mengingatkan diri KSG dan rakan-rakan yang lain agar berhati-hati dalam membuat persiapan Hari Raya. Mengikut pendapat, KSG rasa tidak perlu berbelanja terlalu besar dalam persiapan hari raya kerana bagi KSG dengan berbelanja dalam kuantiti yang sederhana dan mengikut kemampuan kita sudah mencukupi untuk kita merasai nikmat Hari Raya yang mulia. Ini juga tidak membuat kita menyesal dan mendapat masalah di kemudian hari .

Ya benar, tidak salah untuk membeli pakaian baru, membeli perabot rumah yang baru dan menukar sesuatu yang lama kepada yang baru tetapi ia mestilah mengikut keperluan. Berbelanja mengikut keperluan bermaksud membeli sesuatu diatas sebab yang kukuh dan bukan atas dasar tunjuk-menunjuk atau sebab-sebab negatif yang lain. Sebagai contoh:- KSG membeli seluar yang baru kerana KSG tidak mempunyai seluar yang sesuai untuk menziarahi saudara mara kerana seluar yang lama telah sendat kerana saiz KSG sudah bertambah. :)

Mungkin entri pendek ini dapat mengingatkan KSG dan rakan-rakan untuk berhati-hati semasa berbelanja dan tidak mengundang pembaziran. Perlu diingat juga hari raya pada tahun ini jatuh pada pertengahan bulan. (Bukan bulan raya pun dah senak) :)

Apa komen anda pula ya?

Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan kaya semasa raya, Jangan papa selepas raya ya!      

4 comments:

  1. Beringat-ingat semasa berbelanja :)
    sebab lps raya lagi byk duit nak pakai untuk benda-benda lain.

    ReplyDelete
  2. kita sendiri kena rancang kewangan yang berpatutan dan mengikut kemampuan

    ReplyDelete
  3. rancang dulu sbelum shopping..

    jom singgah baca entry kenangan ramadhan kt blog dya
    http://yayabunga.blogspot.com/2012/07/hari-ini-aku-nak-join-segmen-dari-kak.html

    ReplyDelete
  4. urmm...betoi2x...jangan lepas raya makn pasir lak..sama2x muhasabah diri

    ReplyDelete

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)