Wednesday, December 12, 2012

Bunting dan Banner penyeri dalam perniagaan selain daripada penyebar informasi

Pada zaman ini, pelbagai bisnes-bisnes baru muncul di kalangan rakyat-rakyat Malaysia. Banyak bisnes muncul tidak kira secara part time atau full time dijalankan oleh rakyat malaysia.Kebanyakkan juga telah membuka perniagaan kecil digerai-gerai dan juga di acara-acara keramaian.

Antara cara promosi yang termudah dan professional yang boleh digunakan adalah banner dan bunting. Banner dan bunting boleh dikatakan medium komunikasi antara anda dan pengunjung. Bagi yang meniaga di gerai-gerai dan acara-acara keramaian. 

Banner dan bunting adalah tool promosi anda yang paling penting dan mudah kerana:-

1. Banner dan bunting adalah marketing tool yang boleh tahan lama. (Boleh pakai berulang kali)
2. Mudah dibawa ke mana-mana. (Ringan serta boleh dilipat atau digulung)
3. Mudah untuk disetup. (Tidak perlu tenaga kerja yang ramai)
4. Selain itu juga mampu memeriahkan gerai anda. (Banner dan bunting sebagai hiasan booth)

Pengalaman KSG bekerja dalam bidang marketing atau pemasaran banyak mengajar tentang kepentingan sesuatu benda yang remeh tetapi penting ini. Banner ibarat identiti untuk booth anda. Banner boleh menjadi penganti kepada papan tanda kedai yang jauh lebih mahal. Dengan kretiviti anda, banner atau bunting tersebut mampu menyerlah gerai anda dari gerai-gerai yang lain. 

Oleh itu apa lagi? Mari serlah perniagaan anda dengan bunting-bunting dan banner profesional. :)


Teringin untuk dapat banner dan bunting perniagaan anda sendiri? Geopbytes Resources menawarkan khidmat nasihat, designing dan printing untuk banner atau bunting perniagaan dengan harga yang berpatutan. Berpengalaman dalam menyediakan bunting untuk beberapa acara swasta dan kerajaan. Jika berminat boleh hubungi Asyraf - 0176800273 atau ke fanpage Geopbytes Resources

Antara yang sudah merasai hasil tangan Geopbytes Resources:-

Banner hari raya GCB Court Management Corporation

Majlis perkahwinan saudara Nizam  dari  Johor Bharu

Banner acara pejabat kesihatan daerah gombak

Zass Craft dari Melaka


Beban sebenar perkahwinan masa kini?

Kebanyakkan insan pasti mengimpikan majlis perkahwinan gilang-gemilang dan meriah seperti kebanyakkan artis-artis, orang-orang ternama dan orang kaya. Pasti ada yang mengharapkan majlis perkahwinan dijalankan di hotel-hotel mewah atau sekurang-kurangnya khemah berdozen-dozen dipasang, Pelbagai makanan-makanan mewah dihidangkan bukan setakat ayam masak merah dan kari dalca sahaja, Pelamin sebesar pentas konsert dihiasai bunga-bunga sekedai, majlis diserikan dengan nyanyian artis-artis tempatan, dan diabadikan dalam gambar  yang ditangkap oleh photographer terkenal. 

Pasti ini akan menakutkan kaum lelaki yang baru nak  'hidup' dengan makan gaji untuk mendirikan rumah tangga. Tempias juga dirasai di muka si penaip blog ini. Jujur dari diri KSG, kadang-kadang perkahwinan itu rasanya mustahil. Bukan ingin majlis yang besar-besar cuma mahu membuatkan si dia gembira sahaja untuk hari perkahwinannya nanti. Bukan si dia yang meminta-minta tetapi di sudut hati ini ingin si dia rasa seperti orang lain rasa di hari perkahwinan. Mungkin ini dapat mengajar KSG supaya lebih bertanggungjawab selepas perkahwinan nanti. Doakan KSG mampu menyediakan yang terbaik untuk si dia ya. TQ semua. :)

Ok diatas adalah luahan bajet retis dibuat oleh KSG. Mari mulakan entri ini dengan membaca posting FB oleh seorang rakan KSG. Post tersebut sebegini:-

-Boikot duit hantaran yang tinggi
-Boikot pelamin
-Boikot baju pengantin yg terlalu menyerlah
-Boikot kenduri besar2an
-Boikot make up
-Boikot upah cameraman
-boikot buat loan semata2 nak buat kenduri besar2an
Elakkan pembaziran. Utamakan agama terlebih dahulu daripada adat. Utamakan apa yg wajib (akad) .kerana islam itu mudah dan tidak menyusakhkan. Yg menyusahkan adalah diri sendiri... perkahwinan sentiasa dirahmati Allah.. in shaa Allah.... :)   

Wah! tengok betapa banyak unsur-unsur tidak penting dalam majlis perkahwinan kita. Bagi yang mampu, tidak mengapa. Bagaimana pula yang tidak mampu. Walaupun bagaimana pun, bagi KSG ini bukannya beban sebenar perkahwinan tetapi susulan dari bebanan yang sebenar. Bagi KSG bebanan yang sebenar adalah:-

1. Kata-kata orang sekeliling
Kita takut orang mengata perkahwinan kita. Kalau majlis itu terlalu simple, mulalah kita dapat mendengar macam-macam cerita sensasi dari orang ramai.

2.Pengaruh rakan
Jika rakan anda mempunyai majlis perkahwinan yang grand, pasti sekulumit di hati anda untuk sedaya upaya sekurang-kurang majlis yang lengkap atau hampir setanding.

3.Trend
Kadang-kadang trend masa kini juga menjadi beban kita sebenarnya. Bukan kita impikan perkahwinan yang besar tetapi trend yang setkan sebegitu. Itu membuatkan orang ramai merasa bahawa pelamin, baju pengantin, make up dan buat loan bank untuk kahwin adalah penting.

Ini adalah sedikit perkongsian tentang beban sebenar perkahwinan dari KSG. Moga-moga berguna untuk diri KSG dan rakan-rakan KSG sekalian. Apa komen anda pula? 

Jangan lupa baca dan komen 'Bayang' ye..

Khasiat Kolagen Asli (Rumpai Laut)

Rumpai Laut Kolagen atau Kolagen Mentah menjadi perbualan hangat dalam usaha rakyat Malaysia untuk menjaga kesihatan, kecantikkan dan kehenseman masing-masing. Khasiatnya berkali-kali ganda dari sirip ikan yu dan sarang burung layang-layang yang ternyata lebih mahal membuatkan ramai orang memilih untuk mengunakan Rumpai Laut Kolagen dalam rutin suppliment harian mereka. 

Rumpai Laut Kolagen Kering
Hari ini, KSG nak memperkenalkan kepada anda semua tentang khasiat Kolagen Asli ini.

1. Mengurangkan toksin dalam badan.
Ternyata pada zaman sekarang, badan mudah menerima toksin dari pemakanan dan alam sekitar yang tercerma. Dengan mengambil rumpai laut kolagen kehidupan mampu mengurangkan toksin dalam badan.

2.Membantu meningkatkan metabolisme
Peningkatan metabolisme adalah sinonim dengan pengurangan berat badan.

3.Meningkat pengedaran darah
Pengedaran darah yang elok sinonim dengan badan yang sihat. Badan pun akan kurang merasa sakit-sakit.

Rupanya adalah sepeti agar setelah direbus dan ditapis. :)


Selain itu, rumpai laut kolagen ini adalah sangat sesuai untuk kaum-kaum Hawa. Kerana apa erk? Cuba baca khasiat dibawah:-

1.Peningkatan payudara
2.Menegangkan payudara
3.Meningkatkan penghasilan susu ibu.


Sebenarnya banyak lagi khasiat yang dijumpai tetapi terlalu teknikal dan sukar difahami. Bagi KSG, lebih baik kita beritahu fakta-fakta yang mudah orang fahami bukan. Kang lebih-lebih pening pula si pembaca. :)

Kalau anda nak dapatkan rumpai laut kolagen gred AAA, boleh hubungi Asyraf ditalian 0176800273 atau klik gambar di bawah tu untuk ke fanpage 'Rumpai Kolagen' (Jemput like juga ye). :)


Rumpai Kolagen dibungkus dalam bentuk 100+ (takkan kurang dari itu)  :)

Psssssttt! Jangan lupa baca dan komen 'Bayang' ye..

Tuesday, December 11, 2012

Pukauan Kek Lapis Sarawak

Ya! Hari ini nak sambung semula pengalaman di Sarawak. Lama bukan gap masa antara entri dan entri yang baru ini. Erk.. bukan apa baru berkesempatan.

Semasa di Sarawak, KSG telah mengalami satu pengalaman buruk. Habis duit KSG disebabkan kejadian ini. Apa yang terjadi? KSG telah dipukau. Dipukau dek jenis-jenis kek lapis yang berada di sana. :)

Seperti ramai orang tahu, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan. Antaranya, memborong Kek Lapis selain daripada memborong gambir sarawak. Begitu juga KSG, KSG berjaya memborong Kek Lapis dengan jayanya semasa disana. Piunggg ke bababommm (Bunyi letupan mercun new year. Lantaklah korang nak panggil aku gedik ke pe..)

Di Kuching sahaja rasanya sudah ada berpuluh-puluh (mungkin beratus) buah kedai yang menjual Kek Lapis. Setiap Berpuluh-puluh ke beratus-ratus kedai pula menjual beratus-ratus ke beribu-ribu jenis Kek Lapis. Ya! Pasti rambang mata dan tak tahu yang mana akan dibawa pulang.

Kedai yang menjadi pilihan semasa KSG di Kuching adalah kedai Kek Lapis Dayang Salhah. Kami memilih kedai ini di atas saranan tour guide dari semenanjung iaitu saudara Apai.

Cari Papan Tanda ini apabila tiba ya!

Tester2! Kena test dulu sebelum rasa. :)

Ini kurang dari suku kek lapis yang berada di situ. :)


Harga dijual mengikut size dan jenis. Ada yang rm10, ada yang berharga rm20 dan ada yang berharga rm80++ (untuk yang size seakan-akan kek biasa tu). Untuk pergi ke kedai ini, ada boleh gunakan jalan darat  atau naik sampan/bot/perahu dari waterfront.

Kepada yang rasa nak bawa pulang ke semenanjung kek lapis ini. Jangan takut kerana setiap pembelian anda akan dipacking dengan kemas seperti gambar dibawah.


Kek Lapis yang yummy2x.. :)

Ilmu mutiara hidup

Pukau mengikut Kamus Dewan Pelajar Edisi Kedua adalah:-

1 ubat yg dibuat drpd biji kecubung dll utk memabukkan atau utk menjadikan orang tidur nyenyak. 2 jampi yg dpt membuat orang lupa atau tidak sedar akan keadaan yg sebenarnya. memukau 1 mengenakan atau membubuh pukau. 2 ki memperdaya orang lain; menipu. terpukau 1 kena pukau. 2 ki terpedaya; tertipu. 3 ki terpesona oleh sesuatu atau seseorang yg sangat menarik.


Jangan lupa baca dan komen 'Bayang' ye..



Wednesday, November 28, 2012

Mari memborong buku di Jualan Gudang Penghabisan Stok Kumpulan Media Karangkraf

klik untuk tumbesaran yang hebat. :)

Buka mata,tutup mata...dah sampai akhir tahun...Seperti biasa Kumpulan Media Karangkraf akan mengadakan jualan gudang sekali lagi untuk penyokong-penyokong tegar mereka. Kali ini, mereka menawarkan diskaun sehingga 80%.

Jualan gudang yang akan bermula pada 30 November 2012 akan menyajikan kepada anda diskaun-diskaun yang lebih luar biasa dari jualan gudang sebelum ini. Oleh itu, pastikan diri anda sudah tiba di jualan gudang ini pada jam 9.00 pagi dan gunakan sepenuh masa anda di sana sehingga jam 7.00 malam.

Antara promosi yang mengliurkan adalah ada buku yang akan dijual dengan harga semurah RM3. Selain itu, dapatkan novel-novel dan buku-buku terbitan Karangkraf dengan pakej-pakej menarik.

Antara pakej yang ditawarkan.. :)

Apa lagi? Jom pergi! :)


Sunday, November 25, 2012

Terbang ke Sarawak! Best ke Sarawak?

Salam Ceria Semua!

Apa khabar? Sihat atau tidak? Rasanya sudah hampir bersawang blog tanpa diupdate. Bukan hilang semangat cuma KSG agak kesibukkan untuk beberapa minggu ini. Alhamdullilah! Berjaya juga untuk menciptakan posting terbaru ini.

Baru-baru ni, KSG berpeluang untuk terbang ke Sarawak! (Lebih tepat lagi, Kuching)

Julung-julung kalinya KSG berada di sana membuatkan KSG betul-betul teruja. Ini adalah sedikit info KSG korek tentang Sarawak dari Mr Wiki. :)

Sarawak (Malay pronunciation: [saˈrawaÊ”]) is one of two Malaysian states on the island of Borneo. Known as Bumi Kenyalang ("Land of the Hornbills"), Sarawak is situated on the northwest of the island, bordering the Malaysian state of Sabah to the northeast, Indonesia to the south, and surrounding Brunei. It is the largest state in Malaysia.

Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia. Ada juga dengar-dengar size Sarawak ni besar semenanjung tolak Melaka. Memang nampak besarlah kan? Kawasan di Kuching pun x sempat untuk dikunjungi dalam masa satu hari tau. 

Kek Lapis yang terkenal di Sarawak. Nanti KSG post ye tentang  Kek Lapis ni di Entri akan datang  



Hari ini KSG nak ceritakan tentang perancangan trip ke Kuching. Apa yang perlu anda tahu dan etc etc. 

1. Tiket Kapal Terbang
Sekarang tidak perlu risau, dengan Air Asia semua orang boleh terbang. Kos untuk ke Sarawak dari LCCT pergi balik dalam RM400 ke bawah jika anda booking awal. Pastikan anda booking awal untuk ke sana. 

2. Pengangkutan di Kuching
Ada beberapa pengangkutan di Kuching iaitu Kereta Sewa, Teksi dan Tour Guide. 

Kereta Sewa ada yang semurah rm100 satu hari mengikut jenis kenderaan dan itu pun belum masuk lagi kos duit minyak. Pastikan anda membawa GPS jika tidak biasa dengan jalan-jalan di Kuching. 

Teksi pula agak mahal kerana satu trip anda akan dikenakan charge dalam RM12 hingga ke RM30. Jika anda ingin mengunakan teksi, pasti kosnya agak tinggi kerana kawasan-kawasan di Kuching ini jauh-jauh belaka. 

Penggunaan Tour Guide lebih kurang memenatkan dan pastinya anda dapat mengunjungi lebih banyak kawasan perlancongan. Paling murah yang pernah KSG dengar adalah RM250. Kenderaan yang digunakan adalah Avanza. (Info dari Kak Shahriah Abdullah sebab dia guna khidmat ini semasa di sana) 

3. Hotel atau tempat bermalam
Di Kuching ada banyak hotel yang boleh dipilih oleh anda dari semurah rm70++. KSG bermalam di Hotel Abell yang baru dibuka pada tahun 2011 dan berdekatan dengan kawasan waterfront (tarikan pelancong di sana). Harga untuk bilik yang boleh membuatkan 2 orang itu berharga RM158++. Kalau seorang dalam RM79. 


Ok..itu serba sedikit tentang persiapan ke sarawak. Nanti KSG post entri tentang Sarawak nanti. Yang pastinya, Kuching sangat best! 

Saturday, November 24, 2012

Cungkil bakat menulis di Ilham Grup Buku Karangkraf

Anda seorang yang pakar dalam penulisan novel dan cerpen? Kawan-kawan anda kagum dengan bakat yang dipunyai oleh anda? Anda ada beberapa manuskrip yang telah siap tetapi tidak pasti di mana untuk pertengahkan bakat anda?

Jangan risau kerana semua manuskrip anda boleh dikongsikan di Ilham Grup Buku Karangkraf. Anda boleh menghantar bab demi bab atau hantar sekali harung manuskrip anda.


Ia adalah sebuah laman web untuk mempromosikan novel terbaru anda. Boleh dikatakan sebagai 'test power' untuk karya anda. Tidak ada bayaran dikenakan untuk anda memaparkan karya anda malah karya anda berpeluang diterbitkan di bawah terbitan karangkraf.

Ilham Grup Buku Karangkraf

Bagaimana teruja? Apa tunggu lagi. Mari beramai-ramai menghantar karya masing-masing ke Ilham Grup Buku Karangkraf. Mari lihat terma dan syarat untuk menghantar karya:-

Terma dan Syarat (Diambil dari Ilham Grup Buku Karangkraf)
  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
  • Karya yang dihantar sama ada novel dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
  • Pengkarya bebas memilih genre penulisan sama ada kekeluargaan, percintaan, thriller, seram, aksi, Islamik, travelog dan sebagainya.
  • Karya tidak pernah diterbitkan oleh mana-mana syarikat penerbitan
  • Setiap karya hendaklah tidak menyentuh isu-isu sensitif tentang perkauman, keagamaan, politik, seks dan lain-lain lagi.
  • Karya mestilah untuk bacaan umum. Karya 18SX, 18SG dan 18PL tidak akan disiarkan.
  • Karya yang diciplak daripada mana-mana sumber tidak dibenarkan sama sekali.
  • Cover yang diciplak daripada mana-mana sumber tidak dibenarkan sama sekali.
  • Karya di Ilham yang berkualiti dan paling banyak mendapat maklum balas positif daripada pembaca akan diterbitkan oleh Grup Buku Karangkraf dalam apa jua bentuk penerbitan. (Tertakluk pada terma dan syarat perjanjian)
  • Keputusan menerbitkan karya di Ilham dalam bentuk novel bercetak adalah hak pengurusan Ilham.
  • Tiada bayaran dikenakan kepada pengkarya apabila karyanya disiarkan di Ilham.
  • Pihak Ilham tidak bertanggungjawab jika karya yang tersiar di Ilham diciplak.
  • Karya yang mendapat aduan spam akan dihentikan dan tidak akan disiarkan serta-merta.
  • Karya yang diterbitkan dalam bentuk novel atau apa sahaja bentuk penerbitan akan mendapat bayaran royalti sebagaimana yang tertakluk dalam perjanjian yang ditandatangani oleh penerbit dan pengkarya. (Tertakluk pada terma dan syarat perjanjian).


Nak lihat contoh karya di Ilham di Grup Buku Karangkraf? Boleh lihat di sini.

Sekian Terima Kasih.

Selamat Mencuba :)


Tuesday, October 9, 2012

Unsur-Unsur menyebabkan pasukan bola menang atau kalah...

Rakan-rakan, apakah pasukan bola kegemaran anda? Pasukan Bola Sepak Negara? Pasukan Bola Sepak Negeri? Pasukan bola sepak kelab luar negara? dalam negara?

Pasti ada antara anda adalah penyokong-penyokong fanatik pasukan bola sepak masing-masing. Kecewa jika pasukan kesayangan tewas adalah perkara biasa, lagi-lagi mendapat perlian dari rakan-rakan. Hari ini KSG nak kongsikan beberapa unsur atau faktor yang menyebabkan kekalahan sesuatu pasukan bola sepak. Seperti biasa KSG hanya sebagai atletnya dan anda adalah pengadilnya. Jangan lupa untuk meninggalkan komen anda.


1. Latihan
Ya! Latihan adalah faktor yang paling penting. Dengan latihan yang baik, kebanyakkan pasukan yang lemah menjadi berjaya. Latihan juga adalah antara resepi yang selalu menjadi faktor dikaji di dalam pasukan yang hebat.

2.Ahli Pasukan
Sesuatu pasukan juga akan dinilai kekuatan daripada ahli pasukan yang bermain untuk pasukan tersebut. Pasukan yang mempunyai ahli pasukan yang hebat juga menjamin kehebatan sesuatu pasukan. Individual skill masing-masing merupakan satu aset untuk pasukan tersebut. Sebagai contoh, syarikat yang mempunyai pekerja yang baik mampu membuatkan syarikat tersebut berjaya di industri masing-masing.

3.Penyokong
Penyokong juga mampu menjadi faktor kemenangan bagi sesuatu pasukan. Sorakan padu dari penyokong-penyokong mampu memberi semangat kepada pasukan masing-masing. Malah mungkin ia juga mampu membuat pasukan lawan gugup dan hilang fokus.

4.Persekitaran
Faktor padang juga mampu memainkan peranan. Kualiti padang juga mampu memberi sedikit efek kepada kualiti pemainan sesuatu pasukan. Pasti ada bezanya bermain di padang rumput semulajadi dan rumput tiruan. Pasti beza bermain di atas padang yang rata dan padang yang seperti sawah bendang.

5.Stamina/ Fitness
Ada pasukan yang hebat tetapi tidak mempunyai pemain yang rata-rata mempunyai stamina yang tinggi. Pernah anda melihat pasukan yang hebat hanya diawal perlawanan. Di minit-minit awal permainan mendominasi setiap sudut padang dan pemainnya berlari ke sana sini tetapi di akhir perlawanan bermain seperti pasukan bola sepak tadika atau taska.

6.Mental
Kekuatan mental juga menjadi faktor sesuatu kemenangan. Mesti ramai yang tahu tentang perang psychology yang digunakan oleh sesetengah pasukan. Kebanyakkannya menjadi dan menawarkan kejayaan kepada pasukan. Pasukan yang mempunyai mental yang kuat akan mempunyai fokus. Fokus membantu sesuatu pasukan mampu membaca strategi sesuatu pasukan lawan.


Mungkin ini adalah antara faktor-faktor sesuatu pasukan untuk menang. Apa komen anda pula? :)

Tuesday, October 2, 2012

Perempuan merajuk kerana apa?

Mempunyai pasangan yang suka merajuk? Tidak tahu punca atau sebab utama perempuan merajuk. Hari ini KSG nak kongsikan beberapa sebab seorang insan yang berjantina perempuan ini merajuk. Ini adalah pendapat individu dari KSG dan anda adalah pengadilnya. Sifat seseorang adalah sangat subjektif dan berbeza-beza. Jangan terasa erk.


1.Hatinya terluka
Perempuan selalu akan merajuk jika hatinya  terluka. Bagi lelaki-lelaki diluar sana imbas kembali apa yang anda lakukan dan cuba cari apa yang membuat hati si dia terluka. Kadang-kadang kita tidak perasan kita telah menyakitkan hati pasangan kita, yelah semua orang tidak sempurna.

2.Tarik perhatian
Kadang-kadang ini adalah cara pasangan anda untuk menarik perhatian anda. Selalunya, jenis rajukan ini dilakukan dengan harapan anda akan memberi sedikit perhatian dengan memujuk dia.

3.Mood kurang baik
Mungkin anda tahu perempuan ada masa mereka akan menjadi moody. Pada masa ini, mungkin ada beberapa perkara kecil yang tidak disenangi mereka. Kepada lelaki di luar sana sabar dan berikan mereka ruang seluas-luasnya.

4.Perisai
Kadang-kadang, merajuk adalah sebagai perisai. Apabila anda memarahi mereka, mereka akan guna rajukkan sebagai perisai. Ini adalah untuk menghalang anda daripada terus memarahi mereka.

5.Tanda Protes
Tanda protes diatas keputusan anda adalah salah satu sebab mereka merajuk. Kadang-kala, keputusan yang kita lakukan tidak disetujui oleh mereka dan mereka terpaksa mengikut keputusan tersebut. Merajuk adalah satu protes bagi mereka, ambil perhatian ya.

Diatas adalah beberapa sebab atau mesej yang cuba disampaikan bagi seseorang perempuan yang merajuk. Apa komen anda? betul atau salah? :)




Saturday, September 29, 2012

Program hujung minggu..

Kepada yang berdekatan dengan area Subang dan Shah Alam, satu program cintai buku akan dijalankan di SK Subang Bestari. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda, antaranya anda berpeluang berjumpa dan bertemu mesra dengan novelis-novelis novel terbitan terbaru. Selain itu, ada beberapa artis akan bersama dengan pengunjung-pengunjung pada hari tersebut. Nak tau siapa? Kena datanglah.. KSG pun tidak tahu siapa.

Selain itu, anda juga boleh dapatkan novel, buku dan majalah terbitan Karangkraf dengan diskaun sehingga 20%. Tiada caj tersorok atau terlindungan akan dikenakan. Setiap 5% dari hasil jualan akan diserahkan kepada pihak SK Subang Bestari untuk proses upgrade beberapa kemudahan di SK Subang Bestari.




Jom Sertai Peraduan "Click! Click! bersama Murni Aqila" untuk memenangi Samsung Ace dan banyak lagi hadiah menarik

Peraduan "Click! Click! bersama Murni Aqila" 

Kepada peminat-peminat novelis Murni Aqila, Murni Aqila mengadakan satu peraduan yang menawarkan hadiah-hadiah yang menarik. Antara hadiah yang ditawarkan adalah Samsung Ace, Samsung Y, novel terbaru Murni Aqila dan banyak lagi. Kepada anda semua jangan lepaskan peluang ya!

Cara-cara untuk menyertai peraduan ini.
1.Like page Murni Aqila di facebook
2.Ambil gambar seseorang bersama kesemua novel Murni Aqila. Ada 4 kesemuanya.
3.Hantar gambar dalam bentuk mesej ke page Murni Aqila.
4.Tinggalkan sekali Nama FB, Nama penuh, Alamat, Nombor Telefon, Alamat Emel dan Saiz T-shirt

1 nama untuk 1 penyertaan dan tarikh tutup adalah 14 Oktober 2012.

Untuk info lengkap dan lebih terperinci, anda boleh jenguk sini.

Selamat Mencuba :)

Komik Superhero Bertudung dari Malaysia

Batman, Superman, Spiderman dan banyak lagi mungkin adalah antara superhero yang dikenali ramai. Mereka adalah adiwira yang tidak asing lagi bagi kita tidak mengira usia. Untuk kali ini, KSG nak memperkenalkan kepada anda semua sebuah komik yang memaparkan seorang adiwira perempuan bertudung. Bagaimana rupanya? Ada ke komik seperti ini?

Haris Norman Harizan - Pelukis Super Nur

Komik ini diberi nama  Super-nur dan kartunisnya adalah Haris Norman Harizan. Konsep berbeza dari komik adiwira lain cuba dipertengahkan oleh Haris Norman Harizan kali ini. Haris  Norman Harizan cuba untuk membawa sebuah watak adiwira yang berpewatakan muslimah iaitu bertudung dan menutup aurat. Bagi pencinta-pencinta komik di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan siri satu komik ini di pasaran. Jika kedai tersebut takde, sila paksa kedai tersebut dapatkan stok. Doakan Super-nur akan sentiasa sukses dan akan muncul dengan siri 2 pada tahun depan. Berapa harganya? Harganya cuma RM9.90 sahaja..

KSG sempat beli satu dan dapatkan tandatangan dari pelukis Supernur sendiri


Wednesday, September 26, 2012

Kuruskan badan dengan bantuan berkesan slimming patch Detox Jun Gong

Adakah berat badan anda naik mendadak selepas raya? KSG pun sama, membesar dengan pesat. KSG sekarang sedang berjinak-jinak untuk menguruskan badan. Oleh itu, KSG cuba gunakan satu produk yang di panggil slimming patch. Baru beberapa hari pakai tapi boleh tahanlah. Ada tanda-tanda efektik yang dapat dirasai. Harganya pun sangat berpatutan. KSG dah cuba, anda bila pula?

Mari kita baca sendiri tentang produk ini dari En Muadz (0193568709)



- Adakah anda tiada masa bersenam disebabkan kesibukan bekerja, jadi macamana nak kuruskan badan jika tak bersenam?
 

- Adakah anda sudah diet tapi tak kurus juga?
 

- Adakah anda bersenam hari-hari tapi masih juga tak kurus-kurus?

Itu persoalan biasa, tetapi masalah berat bagi kebanyakkan orang terutama wanita. Masalah itu boleh selesai dengan cara yang mudah sekarang dengan bantuan SLIMMING PATCH. Dirumus khas dengan ramuan semulajadi, membuang lemak berlebihan ketika anda sedang duduk berehat. Salah satu fungsinya juga mengurangkan rasa lapar kepada pengguna. Jadi, makan bukan lagi ketika mahu tetapi ketika perlu sahaja.
Tidak perlu lagi bersusah payah berlapar untuk dapatkan tubuh yang selesa.

Cara menggunakan sangat mudah, hanya tampalkannya di bahagian badan yang bermasalah seperti perut, peha, dan lengan. Cukup dengan sekeping sehari, tetapi boleh juga di pakai lebih dalam satu masa. Asalkan jangan melebih 6 keping sekali pakai.

Nak kurus bukan tidak bersyukur dengan apa yang ada, tetapi niatkan untuk kesihatan. Badan yang ideal memudahkan aktiviti harian, juga ibadah anda. Untuk lebih info like Detox Jun Gong.

Tuesday, September 25, 2012

Ramlee Awang Murshid akan menemui peminat di Jitra

Klik untuk tumbesaran yang sihat

Ramlee Awang Murshid, salah seorang  novelis bergenre thriller yang terkenal dengan novel bersiri yang mempunyai watak Laksamana Sunan di dalam novel-novel tersebut. Mungkin ramai juga mengenali beliau sebagai bekas pengacara tv di RTM sesuatu ketika dahulu.

Berita baik untuk peminat-peminat Ramlee Awang Murshid, Ramlee Awang Murshid akan berada kedai I Love Novel di Jitra Mall pada 29/9/2012 (Sabtu). Kepada adik-adik, abang-abang, dan akak-akak yang mempunyai novel-novel beliau, bolehlah dapatkan tandatangan beliau disana. Sesi akan bemula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang. Kepada anda semua, jangan lepaskan peluang ye.

Terima Kasih

Monday, September 24, 2012

Kembara Ilmu Kolej Dar Al Hikmah untuk anda yang mencari aktiviti hujung minggu

Klik untuk paparan lebih jelas dan indah

Satu program yang diberi nama Kembara Ilmu akan dijalan di Kolej Dar Al Hikmah di Kajang Selangor. Program yang akan berlangsung pada 29 September 2012 (Sabtu) ini akan menampilkan aktiviti-aktiviti menarik yang pasti tidak patut di lepaskan oleh anda semua. Dapatkan juga buku-buku dan Majalah terbitan Grup Buku Karangkraf dengan diskaun yang menarik. Kepada anda semua jangan lepaskan peluang untuk hadir ya! 

Program ini terbuka untuk orang awam dan akan berlangsung dari jam 9 pagi hingga 11.00 malam. 



Sunday, September 23, 2012

Beberapa tentang lelaki yang perempuan selalu perkatakan

KSG hari ini nak kongsikan beberapa sifat kebanyakkan lelaki yang perlu wanita tahu. KSG nak menegaskan tidak semua lelaki akan berperangai begini kerana sifat sesorang manusia berubah-ubah dan subjektif. Mungkin entri ini akan menjawab beberapa kemusykilan perempuan-perempuan di luar sana tentang lelaki. Semoga anda lebih memahami kami selepas ini dengan lebih baik. Doakan kami juga untuk memahami anda dengan lebih baik juga.



1. Teguran lelaki adalah kasar
Kasar disini bukan bermaksud kaki pukul, samseng atau gangster sebagainya. Kasar ini adalah dari segi percakapan dan teguran. Pernahkah anda rasa yang teguran pasangan anda terlalu kasar? Ya! teguran lelaki kebanyakkan kasar tetapi semua tidak datang hati kecil kami.

2. Lelaki tidak suka  memujuk.
Merajuk memang sifat neutral sesetengah perempuan tetapi pastikan berpada-pada. Kebanyakkan lelaki tidak faham kenapa sesuatu perkara itu akan membuat perempuan merajuk Merajuk berpanjangan semestinya tidak membaikkan keadaan, malah memburukkan keadaan. Kami akan nampak anda seperti mencabar kami sebenarnya. Kadang-kadang, kami sendiri tidak tahu apa puncanya, anda perlu beritahu sebab anda merajuk

3.Lelaki lebihkan kawan?
Mesti ramai perempuan merasakan begitu tetapi tahukah andalah tetap yang pertama. Kami rasa, anda akan memahami kami bukan sepeti rakan-rakan kami. Tidak semua lelaki mampu bersama anda sepanjang masa. Berikan kami ruang untuk bersama rakan-rakan lelaki kami yang lain dari melayan anda sepanjang masa secara paksa. Jika anda nampak mereka terlalu lebihkan kawan, tegur dengan baik bukan dengan bebelan dan rajukan yang melampau.

4.Lelaki tidak faham anda?
 Ya, kami tidak faham anda semestinya, anda perempuan dan kami lelaki. Beritahu perasaan anda dan apa anda mahukan. Jangan suka memendam perasaan anda dengan harapan kami akan tahu sendiri. Boleh tapi semestinya sukar.

5.Lelaki sibuk dengan aktiviti lain
Kebanyakkan lelaki ada aktiviti yang diminati seperti futsal, memancing dan lain-lain lagi. Kebanyakkan perempuan tidak suka pasangan mereka menghabiskan masa dengan aktiviti tersebut. Itu semestinya memberi tekanan dan lelaki selalu akan keras kepala. Jangan disebabkan begitu, pasangan anda akan dapat dosa kering kerana menipu anda kerana takut anda akan bermasam muka. Jangan tunjukkan anda benci dengan aktiviti yang mereka lakukan. Pasangan anda mesti suka bercerita tentang hobi mereka, dengarlah dengan hati terbuka dan pergilah ikut mereka menjalankan aktiviti yang mereka sukai walaupun bosan bagi anda. Mungkin boleh menjadi modal anda apabila anda ingin membawa mereka bershopping.

Bagi pendapat KSG, dalam perhubungan tolak ansur dan komunikasi adalah penting. Mengalah jika perlu dan saling maaf-memaafi. Pasti anda mahukan perhubungan anda sesuatu yang mengembirakan dan bukan tekanan. Tidak rasa bersalahkah jika pasangan kita rasa tertekan disebabkan diri kita sendiri. Entri ini adalah peringatan kepada diri KSG dan semoga memberi manfaat kepada diri anda semua.

Terima Kasih   

Sistem Saman Automatik (AES) di beberapa kawasan sudah bermula

Mungkin antara anda telah alert tentang kewujudan Sistem Saman Automatik (AES) ini. Tujuannya adalah untuk menangkap pesalah jalanraya yang memandu melebihi had kelajuan dan melanggar lampu isyarat. Kamera AES ini telah dipasang di beberapa lokasi di sekitar Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Kamera Aes berfungsi untuk mendapat no plat kenderaan yang melakukan kesalahan dan semua data akan dihantar ke Pusat Kawalan AES. Semua info ini akan disemak oleh pihak JPJ dan saman akan dikeluarkan (memang wajib akan keluarlah)
Lokasi-lokasinya adalah seperti berikut


Mengikut pendapat KSG, perkara ini tidak perlu ditakuti. Kita hanya perlu memandu dengan mematuhi had laju yang ditetapkan dan tidak melanggar undang-undang jalanraya. Ini pun adalah untuk keselamatan diri kita juga. Mungkin selepas ini kita akan memandu dengan lebih berhati-hati dan penuh waspada. :)
 
KSG mendapat info tentang Sistem Saman Automatik ini di Blog pencetusfenomena.blogspot.com. Sumber gambar dan info diambil dari blog tersebut. Jangan lupa lawat sana ye. :)

 Terima Kasih

Saturday, September 22, 2012

Rice Experiment Masaru Emoto - Keajaiban air dalam kehidupan?

Pernahkah anda mendengar atau melihat eksperimen ini? Atau pun anda pernah membuatnya? Rice Experiment adalah sebuah kajian Dr. Masaru Emoto. KSG tertarik dengan rice experiment ini kerana experiment ini menunjukkan bahawa perkataan yang negatif akan mengakibatkan nasi akan menjadi reput/membusuk dan manakala perkataan yang positif menghasilkan sebaliknya.

Secara ringkasnya, rice experiment ini dijalankan mengunakan dua balang berisi nasi dan air. Satu balang dilekatkan dengan perkataan positif dan manakala satu balang dilekatkan dengan perkataan negatif. Nasi di dalam bekas yang dilekatkan perkataan positif akan terurai dan berbau seperti tapai. Manakala, Nasi di dalam balang yang dilekatkan perkataan negatif akan membusuk dan mereput. Dengan izin allah keadaan nasi didalam bekas yang dilekatkan perkataan positif lebih baik daripada nasi di dalam balang dilekat perkataan negatif. Jangka masa atau jarak masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti ini adalah selama 1 bulan.

rice experiment masaru emoto

KSG pernah melihat hasil rice experiment  ini secara live yang ditunjuk oleh seorang penceramah motivasi. Komen KSG ingin berikan adalah rice experiment ini memang menjadi. KSG dapat lihat perbezaan ketara antara kedua-dua balang tersebut. Memang hasilnya hampir dengan gambar diatas. Menakjubkan bukan? Fenomena ini dikatakan disebabkan tindakbalas air dengan perkataan-perkataan yang dilekatkan.

Jika ini disebabkan tindak balas air, pasti anda tahu badan kita dipenuhi air. Apakah tindakbalas air dalam badan kita terhadap apa yang kita fikirkan, apa yang kita tuturkan dan apa yang kita dengar. Kepada anda semua yang ingin melihat eksperimen boleh ke link ini.

Sekian Terima Kasih

Ekspo Buku Islam kembali untuk warga pantai timur kali ini

klikposter untuk lebih jelas


Akhirnya, Ekspo Buku Islam muncul semula untuk siri ke 3. Kali ini, Ekspo Buku Islam ini akan diadakan di Kuantan Parade, Pahang. Pesta Buku Islam yang menampilkan beberapa personaliti terkenal dan penulis-penulis dari pelbagai penerbit ini akan diadakan pada 26 September 2012  hingga 2 Oktober 2012. 

Bukan sahaja jualan buku akan diadakan malah pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan di sana nanti. Oleh itu, warga-warga pantai timur dinasihatkan untuk tidak melepaskan peluang untuk hadir beramai-ramai. Untuk pengetahuan pembaca, sebelum ini ekspo buku islam ini pernah dijalankan di KL Sentral dan Putrajaya, Kuantan adalah lokasi pertama yang diadakan di luar wilayah persekutuan. 

Antara aktiviti yang dijalankan  - klik untuk lebih jelas




Thursday, September 20, 2012

Dua perkara yang mungkin anda dapat apabila berblogging

KSG selalu ditanya perkara-perkara yang KSG dapat apabila berblogging. "Apalah yang kau dapat dengan berblogging ni?" Kata Si Petak. KSG hari ini nak senaraikan dua perkara yang mungkin akan kita dapat apabila berblogging. Kemungkinan besar untuk ,mendapat perkara-perkara di bawah dengan jayanya adalah sangat tinggi. Anda semua dijemput untuk menjenguk dua perkara tersebut yang KSG letakkan di bawah:- 


1.Kawan
Yes! Anda akan mendapat kawan jika anda berblogging dengan cara yang betul. Hasil keramahan dan tidak tahu malu untuk menegur blogger lain adalah bonus untuk mendapat kawan dalam berblogging. Insyallah anda akan mempunyai rakan yang baru dan mempunyai latar belakang yang berbeza. Jika ditambah dengan post anda menarik dan sedap di baca, blogging akan menjadi pukat harimau kawan untuk anda. Mungkin ada akan menjadi kegilaan remaja-remaja di luar sana dan ramai dengan rela hati yang terbuka untuk  berkawan dengan anda. Menulis sesuatu yang menarik di mata orang adalah tersangat susah, KSG rasa belum mampu lagi sampai ke tahap ini. Alhamdullilah, KSG masih mendapat kawan baru dari berblogging ini. 

2.Musuh
Dapat ke? Kemungkinan besar ada apabila post atau entri anda kurang disenangi oleh orang lain. Ini pasti akan mengundang musuh dalam kehidupan anda. Salah satu sebab adalah bahasa  yang anda gunakan untuk menyampai entri menyakitkan hati individu lain dan adakalanya itu adalah niat anda sebenar. Mengunakan ketajaman kekunci keybord untuk menyakitkan hati orang lain bukan susah, mudah sahaja. Beberapa patah perkataan sudah cukup untuk menyakitkan hati orang lain. Paling ditakuti, musuh ini wujud tanpa anda sedari. 

Pasti ramai yang ingin mencari kawan bukannya musuh semasa berblogging, begitu juga KSG. KSG sentiasa cuba mencari dan menarik seberapa ramai kawan semasa berblogging ini. Tidak kiralah blog anda berbentuk apa, jenis entri anda dan apa-apa lagi, anda semua tetap sesuai untuk berkawan dengan KSG. 


Terima Kasih ya! Jemput baca entri yang lain.. :)


www.kisahsigemok.com terpilih dalam segmen 'review tiga suku' blog www.mksyahir.com


Erk..ini adalah keputusan segmen dari blog www.mksyahir.com, tak sangka kali ini KSG terpilih. Peserta dipilih menguna random.org. Terima Kasih ye www.mksyahir.com

Tuesday, September 18, 2012

Cuba sebut nama tempat ini dengan satu nafas

Assalamualaikum kepada anda semua, cuba anda sebutkan nama tempat ini dengan satu nafas. Nama tempat tersebut adalah seperti dibawah..


Taumata­whakatangihanga­koauau­o­tamatea­turi­pukakapiki­maunga­horo­nuku­pokai­whenua­kitanatahu

Mesti ada yang kata dalam hati, apa yang kau merepek ni KSG kan? Untuk informasi anda, nama tempat wujud dan adalah antara nama tempat yang terpanjang di dunia. Rasanya yang terpanjang nama betul Bangkok kot. Lokasi tempat ini adalah di new zealand dan apabila diterjemah kan akan berbunyi seperti serangkap cerita pendek. Nama asal bangkok dah macam syair pahlawan apabila di terjemahkan cuba anda search di google.  

sumber: Google

P/S: Taumatawhakatangihangakoauauotamateapokaiwhenuakitanatahu adalah nama sebuah bukit.

Gadis kilang campak bayi ditahan : Panik atau apa?

Pasti ramai sudah tahu tentang penangkapan seorang remaja perempuan tentang kes campak bayi yang hangat baru-baru ini. Ibu muda yang berusia 20 tahun ini telah ditangkap dan akan direman. Adakah anda terfikir bagaimana seorang gadis yang berumur 20 tahun tergamak untuk mencampak bayinya dari tingkat tiga sebuah Flat? Atas sebab apa? Panik? Takut? Malu? Hilang arah.

Kadang-kadang kita sedar atau tidak, adakah kita adalah punca keadaan ini berlaku? Adakah perkara ini dapat dielakkan? Seperti biasa, cerita sama tetapi lain orangnya.

Dimana ayah kepada bayi tersebut di saat ibunya akan dijatuh hukuman Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh?

Untuk siapa yang belum sempat membaca artikel tentang penangkapan gadis ini, anda boleh baca di link ini http://www.harian-metro-online.com/gadis-kilang-campak-bayi-direman 

Monday, September 17, 2012

Kes buli remaja perempuan: Cerita sama tetapi lain orang

Sekarang telah tersebar tentang video remaja perempuan dibuli tersebar di internet. Video selama 6 minit lebih itu menunjukkan beberapa remaja perempuan (3 orang je kot) membelasah seorang remaja perempuan lain. Lepas tu, ada aktiviti potong memotong rambut perempuan tu. Puncalah adalah erkk.. KSG pun tak pasti. KSG cuma terdengar bunyi fitnah, pak li (betul ke? erkk..) dan handphone. Nampak gaya mereka ni seperti tengah menyoal siasat remaja yang lagi seorang tu.  

video remaja dibuli: mangsa- pakai baju merah, pembuli: baju putih dan hijau

Rasanya sebelum ini sudah terdapat videoclip-videoclip seperti ini dijumpai. Video Aksi sepak terajang adik-adik dan anak-anak kita tersebar di laman sosial. Boleh diibaratkan cerita sama tetapi lain orang. Untuk kali ini, cuma terdapat tambahan beberapa aksi potong-memotong rambut oleh adik kita yang pakai tudung tu. 

Ini menunjukkan begitu seriusnya keadaan remaja kita sekarang dan ini hanya satu yang dirakam. Bagaimana pula yang tidak di rakam di luar sana.  KSG harap ini mampu membuka mata orang-orang di luar sana, apa yang terjadi kepada sesetengah remaja kita. Kecil-kecil sudah berlagak seperti ini. Selalunya kita fokus kepada remaja lelaki (kesian kami) tetapi sekarang telah merebak ke remaja perempuan. 

Seperti yang anda lihat, mereka ini adalah generasi baru di dalam negara kita. Perlukah kita ragui mereka? Kita sama-sama doakan mereka berubah selepas ini dan semoga video ini memberi iktibar kepada KSG dan anda semua.   

Marilah bersama-sama kita mencari solusi dan jangan asyik menuding jari. 

Kalau adik-adik dalam video ni terbaca entri ini : Jangan buat macam ni lagi ye, tak baik tau...  Malu orang tengok...






Kritikan Menegur vs Kritikan Menjatuhkan

Apabila membuat sesuatu benda, pasti kita akan mendapat pujian dan juga kritikan. Apabila sesuatu yang kita lakukan tidak senang di mata orang, mempunyai kelemahan, mempunyai masalah atau lain-lain, pasti kita akan menerima kritikan. Mengikut pendapat KSG, ada dua jenis kritikan. Pertama, kritikan yang bermaksud menegur dan yang kedua kritikan yang bersifat menjatuhkan.

Seperti orang lain tahu, menegur bermaksud kita memberi kritikan dengan harapan satu perubahan lebih baik akan berlaku. Kritikan sebegini, amat diperlukan untuk meningkatkan potensi kita ke satu tahap yang baru. Yelah, mana ada orang yang prefect bukan? Oleh itu, kritikan menegur ini juga diberi nama kritikan membina dan pemberi kritikan tiada niat buruk atau agenda lain.

Apa pula kritikan yang menjatuhkan? Apa yang KSG faham adalah kalau kritikan ini lebih berniat untuk menjatuhkan moral atau lebih untuk menghalang seseorang itu lebih berjaya. Bagi yang menerima kritikan ini, lebih baik anda abaikan dan terus mencari jalan untuk memajukan diri anda. :)

KSG kena berhati-hati dalam membuat kritikan, takut kritikan KSG adalah kritikan menjatuhkan. 

Anda rasa bagaimana pula? 

Bersenam dengan aktiviti yang disukai oleh anda


Syawal sudah berakhir, maksudnya berakhir sudah siri rumah terbuka yang rancak berlaku pada bulan tersebut. Pastinya ada yang mengalami masalah berat badan naik pada bulan Syawal ini. Perut sudah naik  sedikit dan ada yang pipi sudah tembam adalah bukti awal kenaikkan berat badan kita. Mulalah rasa nak bersenam untuk menguruskan badan.

Mungkin aktiviti yang akan digemari dan famous dalam program menguruskan badan adalah berjogging. Bagi KSG, KSG tidak minat berjogging kerana ia amat menyeksakan. Logiknya, apabila kita rasa terpaksa melakukan sesuatu, takut-takut kita tidak mendapat manfaat dari aktiviti tersebut. Oleh itu, KSG lebih suka lakukan senaman dengan aktiviti yang KSG sukai, biar aktiviti itu dijalankan berterusan sehingga habis dari berhenti di sekerat jalan. Semestinya pastikan aktiviti yang dipilih mampu mengeluarkan peluh dan membakar lemak. :)

Oleh itu, lakukan aktiviti yang anda sukai untuk program menguruskan badan anda kali ini. :)


Sunday, September 16, 2012

Penunggang motosikal, kami sayang anda!

Setiap pagi, KSG akan melalui jalan yang dipenuhi dengan kenderaan. Seperti jalan-jalan di tempat lain, jalan yang KSG lalui kaya dengan pelbagai jenis kenderaan. Antara yang mengusai jalan raya adalah motosikal . Kepada penunggang motorsikal dan basikal, kami sayangkan anda MAKA..

JANGAN


1.Tidak memakai topi memakai topi keledar
Walaupun anda mempunyai kepala yang keras, tapi tetap tidak sekeras topi keledar. Topi keledar pun boleh pecah, inikan lagi kepala anda. 

2.Ikut belakang kereta dekat-dekat
Kami takut kami brek anda tidak perasan,kalau bumper kami pecah tidak mengapa tapi kalau anda cedera, anda susahkan? 

3.Cilok-mencilok dengan cara berbahaya
Kami tahu anda hebat, anda mampu mengawal motor anda dengan hebat. Kami tidak hebat, takut masa anda mencilok, kami terlanggar anda. Nanti anda marah kami pula.

4.Duduk tengah jalan (tidak memberi ruang untuk memotong, xtau nak panggil pe..hahaha)
Berilah kami ruang untuk memotong anda dengan selamat. Takut nanti bergesel dengan anda, anda cedera dan anda susah nanti. 



Ini adalah sedikit pesanan ikhlas dari KSG kepada penunggang motosikal. Tiada niat buruk apa-apa. Maafkan KSG jika anda tersinggung. 

Terima Kasih kerana sudi menjenguk www.kisahsigemok.com. Sila baca entri lain di list sebelah ya! :)

Saturday, September 15, 2012

Ayat Ketot #4 - Tapak

Berjalan setapak sehari lebih baik dari berlari bertapak-tapak sekali terus berhenti.

Maksud: Usaha yang kita buat berterusan dengan tenang dan mengikut kemampuan lebih baik dari membuat sesuatu perkara dengan skala yang besar tetapi terkandas di tengah jalan.

Tanpa Follower siapalah kita

Assalamualaikum  kepada semua, 

Follower adalah antara orang terawal yang akan aware tentang update kita. Tahap kepantasannya adalah sebanyak sesaat selepas kita tekan butang publish. Follower adalah sangat penting bagi blog-blog yang baru ingin menonjolkan diri di dalam dunia blogging ini seperti kisahsigemok.com pun begitu. 

Kepada anda semua yang baru-baru seperti KSG, KSG memohon anda menghargai follower-follower anda.   Tanpa follower, siapalah kita yang kecil dan nipis ini. Takut-takut lemas di lautan blogger yang terdapat di dunia ini. Follower-follower ini boleh diibaratkan customer tetap untuk blog kita dan anda pasti tahu layanan yang bagaimana perlu diberikan. :) 

Kepada blogger yang telah follow www.kisahsigemok.com, KSG ucapkan ribuan terima kasih. Tanpa anda siapalah KSG. :)


Terima Kasih 

Nota Kaki: Sila baca entri yang terdapat di list tepi blog ini dan juga boleh baca yang popular di footer blog ini. :)

Orang akan beratur apabila kambing di _________

Assalamualaikum kepada semua Bloggers dan readers,

Syawal sudah hampir ke penghujungnya tetapi rumah terbuka masih banyak lagi dijalankan. KSG sempat berkunjung ke rumah-rumah terbuka yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat swasta dan badan kerajaan. Majoriti menu wajibnya adalah:


KAMBING BAKAR/GOLEK

Kambing Golek


Sanggup orang ramai beratur panjang untuk dapatkan Kambing Golek ini. Selalunya menu ini habis paling cepat. Adakalanya sampai lenguh-lenguh kaki tunggu giliran untuk mendapatkan menu ini.

Moral yang boleh diambil dari Kambing Golek ini adalah:-

Kambing terkenal dengan kata-kata 'Ishhh..apa nak jadi ko ni, x mandi macam kambing' dan 'Ko ni busuklah macam kambing'. Situasi ini akan berubah apabila kambing dibakar dan akan menjadi santapan. Nilai seekor kambing akan menjadi lebih tinggi dan menjadi rebutan orang ramai. Maksudnya?

"UNTUK DIDEKATI ORANG RAMAI, KITA PERLU MEMPUNYAI ASET DAN NILAI YANG BAIK"


Tidak semestinya WANG tetapi termasuk perwatakan, ilmu, dan lain-lain yang membuat kita lebih menonjol. 

Semoga entri ini memberi manfaat kepada KSG dan anda semua. wink2x 






Friday, September 14, 2012

Kesah Cik Rongoks (www.ikapukpuk.blogspot.com) di mata www.kisahsigemok.com

Assalamualaikum kepada semua,

Hari ini nak share sedikit tentang seorang rakan blogger KSG iaitu Kesah Cik Rongoks. Mesti ramai yang kenal blog ini dengan linknya www.ikapukpuk.blogspot.com. Blog ini adalah salah satu blog rujukan KSG diawal kemuncul KSG di dunia blog ni. Ownernya pun friendly orangnya. KSG minat pada susunan blog Kesah Cik Rongoks ini yang tersusun rapi dan senang mata memandang.

Anyway, blog ni baru siap renovation. Baru beberapa hari yang lepas, blog ini muncul dengan header baru yang menampil doodle Mr. Rongoks yang cute tu. Nama tertera di header berubah kepada Mr & Mrs Rongoks. KSG tidak menulis panjang-panjang, sila gunakan masa anda untuk menerjah blog ini. Kepada yang ingin singgah lalu di sana, sila menekan banner di bawah. :)


Thursday, September 13, 2012

Ayat Ketot #3 - langit

Jangan fikir tentang langit,
Kerana langit tidak sentiasa cerah

Maksud: Jangan fikir tentang nasib dan cabaran yang dihadapi apabila melakuan sesuatu, kerana cabaran dan nasib itu di tangan Allah. Sentiasa lakukan sesuatu dengan usaha yang kuat dan sentiasa berdoa yang terbaik.

Wednesday, September 12, 2012

Makanan kesukaan Zombie ditemui di Malaysia

Assalamualaikum kepada semua Bloggers, Pembaca dan rakan-rakan yang disayangi,

Setelah beberapa hari KSG membuat kajian untuk mencari makanan zombies ini, akhirnya ia membuahkan hasil. Beberapa jalan di sekitar tempat tinggal KSG, habis KSG susuri dan setiap kedai KSG ceroboh masuk satu-persatu. huhuhu. Tujuannya adalah satu iaitu mencari makanan kesukaan zombies ini.

Ini zombie yang cun. sumber: Google


KSG telah attack sebuah kedai ini kerana terdapat tanda-tanda kehadiran makanan kesukaan zombies ini. Kehadiran pertama KSG ke kedai tersebut, KSG gagal. Tiada tanda-tanda KSG akan ketemu dengan makanan kesukaan Zombie ini. KSG tidak berputus asa, kerana menurut kata orang ramai, makanan tersebut ada di sorok kedai tersebut.

Kali kedua KSG datang ke kedai itu, KSG ternampak kepulan asap keluar dari kedai tersebut. KSG tersenyum "Yes! akhirnya kita ketemu jua". Hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan KSG masa tersebut. KSG mengambil tempat duduk dan memerhati sambil menunggu peluang. Akhirnya, masanya hampir tiba, makanan tersebut makin hampir kepada KSG. Perasan menjadi lebih berdebar-debar, pelayan restoran meletakkan makanan tersebut tanpa berkata apa-apa lalu pergi. Dalam hati KSG menjerit "Ya akhirnya aku berjaya menjamu selera dengan makanan kesukaan zombies ini. Apakah makanan tersebut?




 "OTAK-OTAK"






Otak-otak sejenis makanan yang kenyal. Otak-otak diperbuat daripada isi ikan. Sejenis makanan yang dibakar dan dimakan panas-panas :)

p/s: zombies suka makan otak, bukan otak-otak ye.. KSG suka makan otak-otak bukan otak :)

Ayat Ketot 2# Pahat

Hati-hati memahat kata,
Takut terpahat hati..

Maksudnya: berhati-hari berkata-kata, takut menyakitkan hati orang lain.

Ayat Ketot #1 Petik vs Jolok

Biar memetik dari menjolok buah,
Memetik buahnya di tangan,
Menjolok buahnya di lantai. 

Maksud: Jika kena alat dan caranya, apa yang diusahakan kurang risiko dan berjaya. 

Cara kreatif memberi peringatan (Wordless Wednesday)


Siapa yang boleh explain pantun ini? huhuhu.. Semakin hari, semakin kreatif cara menegur orang :)

Sinis tetapi tidak menyakitkan hati. :)

Terima Kasih sudi membaca...

Tuesday, September 11, 2012

Makanan mampu menyatukan kita semua?

Siapa di sini tidak perlukan makanan, sila angkat tangan? Ececeh..betul ke? huhuhu. Makanan bermaksud sesuatu yang dapat mengeyangkan perut kita. (Betul ke?). Maafkan KSG jika explaination itu salah. Ada pelbagai jenis makanan di dunia ini.

Nasi lemak adalah sejenis makanan juga. :)

Perasankah anda? Makanan mampu menyatukan kita semua? Bagaimana?

1. Menjadi tajuk sapaan kerap apabila kita terserempak dengan seseorang yang kurang rapat.
Apabila kita terserempak dengan rakan ofis yang jarang kita temui, soalan 'Hai, dah makan?' sering menjadi tajuk sapaan. Kadang-kadang menjadi kebiasaan bagi semua orang. :)

2. Makanan cara kita hargai seseorang paling mudah
Kita selalu menghargai seseorang dengan makanan. Apabila ada tetamu hadir dari jauh, kita selalunya akan menghidangkan makanan. Dialog yang biasa kita dengar "Bro, thanks tolong gua, meh gua belanja lu makan."

3.Kita kumpulkan orang dengan makanan
Perasankah kita dapat mengumpulkan orang di jamuan makan. Jumlahnya selalu lebih ramai dari kapasiti. Kadang-kadang yang hadir mempunyai berlainan pendapat dan latar belakang. Selalunya lebih mudah kita kumpulkan orang dengan cara ini.

4.Makanan bermaksud Aman
Apabila kita membuat perbincangan atau perjumpaan di dalam jamuan makan, perbincangan atau perjumpaan tersebut akan menjadi lebih mesra dan mudah. Emosi akan lebih terkawal.

5.Makanan digunakan sebagai medium merapatkan hubungan dan mengenali seseorang.
Perasan atau tidak, apabila kita ingin rapat kepada seseorang. Kita selalunya akan mengajak seseorang itu keluar makan. "Sudikah awak keluar makan dengan saya," ayat novel atau drama cinta. :)

p/s: Dapat idea masa makan tengahari tadi :) 

Persoalannya, betulkah makanan mampu menyatukan kita semua? Apakah komen anda pula? :)










Monday, September 10, 2012

Durian jika dilihat dalam sudut kehidupan manusia

Assalamualaikum kepada semua,

Mesti majoriti orang disini kenal apa itu Durian bukan? Durian adalah sejenis buah yang berduri dan biasanya berwarna hijau (ada yang warna lain ke?). Mempunyai bau yang agak kuat dan boleh merebak jauh dari lokasi sebenar serta meninggal kesan bau dalam tempoh yang agak lama. Serba sedikit tentang durian, walaupun anda semua dah tahu apa itu durian.

Ini durian :)


Bagaimana KSG melihat durian di sudut kehidupan harian kita?

1. Durian mempunyai kulit yang keras dan duri yang tajam.
Bayangkan jika kita ingin memakan durian, kita perlu menghadapi kulit durian yang keras dan berduri itu. Ada beberapa teknik dapat membantu kita boleh membuka durian dengan elok dan selamat. Seperti kehidupan, jika kita ingin mencapai sesuatu kejayaan, kita perlu menghadapi cabaran yang hebat lagi memeritkan. Walaubagaimanapun, jika kita tahu caranya, kehidupan kita akan mudah dan dapat mengurangkan keperitan cabaran tersebut.

2.Isi durian tidak sentiasa elok
Setelah berhempas pulas membuka durian,adakalanya sehingga pedih-pedih jari memegang duri-duri durian. Kadang-kadang sehingga berpeluh-peluh cuba membuka durian. Setelah bersusah-payah, didapati isi duriannya tidak elok. Didalam kehidupan, kadang-kadang kita bersusah-payah didalam kehidupan tetapi hasilnya tidak beberapa memuaskan hati.Jangan putus asa ya!

3.Bau durian yang tidak menyenangkan tetapi disukai ramai
Durian mempunyai bau yang kuat dan tajam. Dulu KSG akan pening kepala dan hampir muntah-muntah, jika pulang dari kampung dengan bonet kereta penuh dengan durian. Terseksa rasanya, tetapi KSG tetap menyukai buah ini. Apa yang ingin KSG sampaikan adalah kehidupan memang penuh dengan perkara yang memeningkan atau menyeksakan tetapi kita lakukan kerana tahu kita akan mendapat hasilnya.(puas atau tidak belakang kira)

Itu adalah serba-sedikit apa yang KSG dapat sampaikan. Semoga KSG dan anda semua dapat manfaat dari entri kali :)

p/s: Dapat idea masa nampak orang jual durian di tepi jalan. :)

Apa yang komen anda pula? KSG nak tahu juga :)