Mesti majoriti orang disini kenal apa itu Durian bukan? Durian adalah sejenis buah yang berduri dan biasanya berwarna hijau (ada yang warna lain ke?). Mempunyai bau yang agak kuat dan boleh merebak jauh dari lokasi sebenar serta meninggal kesan bau dalam tempoh yang agak lama. Serba sedikit tentang durian, walaupun anda semua dah tahu apa itu durian.
Ini durian :) |
Bagaimana KSG melihat durian di sudut kehidupan harian kita?
1. Durian mempunyai kulit yang keras dan duri yang tajam.
Bayangkan jika kita ingin memakan durian, kita perlu menghadapi kulit durian yang keras dan berduri itu. Ada beberapa teknik dapat membantu kita boleh membuka durian dengan elok dan selamat. Seperti kehidupan, jika kita ingin mencapai sesuatu kejayaan, kita perlu menghadapi cabaran yang hebat lagi memeritkan. Walaubagaimanapun, jika kita tahu caranya, kehidupan kita akan mudah dan dapat mengurangkan keperitan cabaran tersebut.
2.Isi durian tidak sentiasa elok
Setelah berhempas pulas membuka durian,adakalanya sehingga pedih-pedih jari memegang duri-duri durian. Kadang-kadang sehingga berpeluh-peluh cuba membuka durian. Setelah bersusah-payah, didapati isi duriannya tidak elok. Didalam kehidupan, kadang-kadang kita bersusah-payah didalam kehidupan tetapi hasilnya tidak beberapa memuaskan hati.Jangan putus asa ya!
3.Bau durian yang tidak menyenangkan tetapi disukai ramai
Durian mempunyai bau yang kuat dan tajam. Dulu KSG akan pening kepala dan hampir muntah-muntah, jika pulang dari kampung dengan bonet kereta penuh dengan durian. Terseksa rasanya, tetapi KSG tetap menyukai buah ini. Apa yang ingin KSG sampaikan adalah kehidupan memang penuh dengan perkara yang memeningkan atau menyeksakan tetapi kita lakukan kerana tahu kita akan mendapat hasilnya.(puas atau tidak belakang kira)
Itu adalah serba-sedikit apa yang KSG dapat sampaikan. Semoga KSG dan anda semua dapat manfaat dari entri kali :)
p/s: Dapat idea masa nampak orang jual durian di tepi jalan. :)
Apa yang komen anda pula? KSG nak tahu juga :)
Bagusnya aplikasikan cerita durian dalam kehidupan...:) sooo interesting.. good entry :)
ReplyDeletethanks.. tetiba terfikir :)
Deletekorn x minat sangat makan durian.. stakat merasa seulas dua okei lah.. begitu jugak dalam kehidupan.. Tak semua yg org suka tu, kita jugak kita kena suka...
ReplyDelete*thanks sebab sudi baca entry korn..(xpasti lg nak publish komen2 ke tak)
betul-betul..
Deletebest entri anda.. :)
oohh durian jaa suka tau!
ReplyDeletebtw, kekasih hati dpt jejak org misteri gegar...wahh bestnya! kakak jaa suka jejak OMG ni, tapi hampeehhh x penah jumpa..laa...susah!
Rezeki dia, terkejut juga masa dia call dia dapat cari orang thr gegar.. :)
DeleteSimbolik, memang hidup ada persamaan dengan durian. Baru sedar.
ReplyDeletehuhuhuhu..thanks sudi baca..
Deleteterbaik la durian..Pok Nik rasa yg paling sodap Musang King..habih dalam dalam 75 hinggit sekali makan..
ReplyDeletemusang king memang mahal.. xpernah makan.. :)
DeleteBetul tu.. bau durian tu ramai tak suka mcm ap yg kita buat tak semua org suka kan? ;D
ReplyDeletetapi dalam ramai org tak suka mesti ada juga yg suka ^^
bagus la perumpamaan ni ;D
betul..x semuanya orang suka tentang apa yang kita lakukan.. :)
DeleteAku tak pernah makan durian seumur hidup aku :D
ReplyDeleteyeke? x minat erk?
Deletenice header.! owh saya sangat suka duriaann... belah lah susah mana pun.. saya suka kan nya.
ReplyDeletethanks.. :)
Deletewow..fans durian ni.. :)
follow sini lepas abih makan durian...eceh..gurau saja, skrg durian dah tak musim..
ReplyDeletebetul..harga pun mahal :(
Deletekurang makan durian kikiki
ReplyDelete