Wednesday, July 11, 2012

Bingkisan aktiviti: Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat melancarkan Buku Bertemu Janji Allah

Assalamualaikum,

Disclaimer: Sebelum saya memulakan entri ini, aku ingin menegaskan di sini, aku bukan pro untuk mana-mana pihak parti politik. Ini adalah perkongsian aku tentang satu acara yang sempat aku kunjungi. Tidak salah bukan?

Pada 8 Julai 2012 yang lepas, aku sempat melihat majlis pelancaran buku 'Bertemu Janji Allah' yang disempurnakan oleh Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat. Pelancaran ini dijalankan di Shah Alam Convention Center bersempena Pesta Buku Selangor 2012 yang lalu. Kalau mengikut kajian aku, buku ini sudah diterbitkan pada tahun 2008 (Betulkan aku, jika aku silap). Untuk kali ini, buku ini muncul dengan kulit muka baru yang memaparkan gambar Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan dalam versi kulit keras. Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat memberitahu bahawa buku ini bukan ditulis oleh beliau tetapi ditulis berdasarkan ceramah-ceramah Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat sendiri sebelum ini. Selain itu, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat juga berkongsi bahawa beliau lebih cenderung membaca buku ditulis dari tulisan jawi dari tulisan rumi dan buku-buku yang berasal dari timur tengah. Mari jenguk-jenguk gambar yang sempat aku snap masa sesi pelancaran.


Sedikit sharing bersama Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat. Antaranya adalah guru hanyalah penyampai apa yang telah dicipta dan ditetap oleh ALLAH.


Try buat snap gambar yang kreatif sedikit :) 




P/S: itu sahaja gambar yang sempat di snap sebab tengah bertugas semasa waktu tersebut. 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)