Saturday, July 28, 2012

segmen kenangan ramadhanku


Assalamualaikum kepada semua bloggers dan Readers, 

Masuk tahun 2012, ini adalah tahun kedua KSG berpuasa di rumah bersama keluarga selepas mendapat segulung ijazah.Pada hari ini, KSG nak kongsi sedikit tentang kenangan ramadhan KSG selama 4 tahun berpuasa di Universiti dulu. Pengalaman berpuasa di perantauan (Ececehhh) seperti biasa ada yang manis atau pahit. Biasanya, hanya sehari sebelum puasa, KSG akan pulang ke kampung halaman untuk berbuka puasa dan bersahur dengan family. KSG jarang pulang ke kampung halaman semasa bulan puasa kerana faktor keletihan.  Opss..dah lari tajuk sikit. Semasa menyambut ramadhan di Universiti juadah sahur adalah yang paling simple. Sahur pada waktu itu adalah sangat ala kadar sahaja. Jika KSG rajin, KSG akan membeli nasi campur atau jika tidak, KSG tidak bersahur apa yang ada di penginapan, kadang-kadang KSG hanya bersahur mee segera. Selection air selalunya teh yang dibuat sendiri atau milo paket. Waktu sahur KSG selalunya awal, takut-takut bangun dah subuh. KSG akan berjaga sehingga jam 2 atau 3 pagi untuk bersahur. Berpuasa di Universiti, tidak banyak beza cuma KSG akan sibuk menghadiri kuliah dan tidak terasa sangat semasa berpuasa. Masalah yang KSG hadapi semasa  dahulu adalah masalah kenderaan. KSG akan membeli lauk pauk di cafe penginapan sahaja untuk berbuka, jika teringin merasa juadah yang lebih special sedikit kenalah tumpang rakan-rakan untuk ke Bazar Ramadhan. Bazar Ramadhan di kawasan penuh mahasiswa dan mahasiswi selalunya sangat ramai kalau tengok dekat Shah Alam pun keadaannya pun macam itu. Nak jalan pun kadang-kadang sukar kerana terlalu ramai orang. Hidangan paling KSG sukai adalah Nasi Ayam Madu, Mee goreng rm 1 (selalu beli dua, sebab agak sikit) dan air beli 2 free 1. Tempat study KSG berbuka lebih awal sedikit dari tempat-tempat lain, KSG akan memasang telinga untuk mendengar azan dari masjid terdekat kerana selalu kami hampir habis berbuka, tv sedang menyiarkan laungan azan.  

Itulah serba sedikit tentang kenangan KSG berpuasa di Universiti. :)

Terima Kasih

21 comments:

  1. Macam ni laa hidup di perantauan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..alhamdullillah dapat membentuk diri untuk lebih tabah.

      Delete
  2. Replies
    1. Samalah..dulu gerai nasi ayam madu tu je yang clear cepat..Kalau lambat memang x dapatlah. :)

      Delete
  3. makan meggi tu buat tambah dahaga je siang2 hari tau huhu

    ReplyDelete
  4. sy skrg bljar di kedah, famly di kl. sadis parents tak bg pulang puasa brsama. jimat duit katanya. dugaan swktu blajar bsama kawan. maggi aset penting students :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..dugaan :), Kos x cukup itu pun antara yang sebab xleh balik selalu.. :)

      Delete
  5. wahhh ! sama lah.. hehe, tapi kat tempat saya belajar , kmiorang ada bukar bazar ramadhan sendiri khas untuk pelajar kampus kami..student jugak lah yg jual.. seronok, tak perlu pergi bazar luar pom.. hehe =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin student ramai kot.. KSG belajar dekat uniten Muadzam Shah dulu.. so kena g bazar luar..

      Delete
  6. kesiannya sahur mkn mee segera je..
    tak elok taw..nnt botak..huhuhu...

    ReplyDelete
  7. maggi memg bnda wjib tuk student...huhu

    http://akulovehunter.blogspot.com/2012/07/segmen-kenangan-ramadhanku.html#
    salam knl..jmput singgah :)

    ReplyDelete
  8. maggi tu menu wajib..

    jom singgah baca entry dya pula..hehe
    http://yayabunga.blogspot.com/2012/07/hari-ini-aku-nak-join-segmen-dari-kak.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramadhan di uni yg paling syahdu kan..hihi

      jom baca kisah saya pula..

      http://sweetylikecandycan.blogspot.com/2012/07/segmen-kenangan-ramadhanku.html

      Delete
  9. wah...Nurul pernah merasa puasa di perantauan...tapi..waktu tu Nurul duk asrama lah...
    salam kenal...
    http://nbarakah.blogspot.com/2012/08/segmen-kenangan-ramadhanku.html

    ReplyDelete
  10. pasti xleh nk lupa kenangan tu kan..:)

    iza dtg dari segmen yg sama ya..jemput singgah..:)

    ReplyDelete
  11. datang mengira- ngira di sini... :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)