Tuesday, June 25, 2013

Trip ke Bukit Tinggi, Padang Indonesia - Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka

Jika ke Bukit Tinggi, Padang, Indonesia, tidak sah jika anda tidak singgah sebentar di Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka. Setelah melalui selekoh-selekoh maut Kelok 44, Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka sesuai untuk menjadi tempat melepas lelah sebentar. Pasti ramai yang tahu bahawa Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai HAMKA lahir di Bukit Tinggi.

Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka kelihatan seperti rumah minang lain dan tidaklah terlalu besar. Mengikut info dari tour guide, Museum ini terletaknya tapak asal rumah Hamka dan 70% kos pembinaan semula rumah tersebut ditaja oleh Angkatan Belia Islam Malaysia.

Size rumah ini tidaklah terlalu besar dan agak sesak juga jika satu rombongan masuk ke dalam rumah ini secara serentak. Tiba di dalam rumah ini, anda akan menyaksikan koleksi-koleksi buku yang ditulis oleh Buya Hamka, tongkat-tongkat dan paling menarik jubah yang dipakai oleh beliau semasa mendapat anugerah di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kepada yang ingin membawa pulang buah tangan dari Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka, anda boleh dapatkan karya-karya beliau yang terjual di dalam rumah tersebut. Harga? Harganya kalau diikut kiraan KSG agak sama dengan apa yang ada di Malaysia. Sebagai contoh karya 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck' dijual dengan harga 100000 rupiah yang mana jika diconvert lebih kurang rm30. Harga yang sama terdapat di Malaysia.

Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka, Bukit Tinggi Padang Indonesia

Antara koleksi buku Buya Hamka

Karya Buya Hamka yang dijual 


Wednesday, June 12, 2013

Trip ke Bukit Tinggi, Padang Indonesia - Tasik Maninjau

Untuk ke Tasik Maninjau, anda perlu melalui jalan ke arah Gunung Sigalang. Nama gunung yang agak pelik ini mendapat nama dari perkataan Singgah Helang. Mengikut cerita orang tempatan, di atas gunung ini terdapat satu telaga yang dipanggil Telaga Dewi. Dipercayai air di telaga itu membuat orang yang mengunakannya awet muda. Percaya kepada kuasa Allah sahaja.

Untuk ke Tasik Maninjau, ada perlu melalui Kelok 44. Kelok 44 yang merupakan selekoh tajam. Bayangkan gaya pemanduan mereka apabila jalan digunakan agak kecil dan sesuai dengan bas yang berbentuk mini sahaja. Sebelum ke Kelok 44, anda akan melalui Anak Kelok 44 dahulu. Itu jika anda dari pekan Bukit Tinggi.

Tasik Maninjau ini adalah terjadi disebabkan letusan gunung berapi mengikut info orang tempatan. Di bawah Tasik Maninjau ini masih aktif lagi aktiviti Gunung Berapi dimana kadang-kadang menyebabkan objek seperti belerang timbul. Apabila kejadian ini berlaku industri perikanan yang dijalankan di situ akan mengalami kerugian akibat ikan-ikan mati.

Tasik Maninjau sangat cantik jika dilihat dari salah satu Kelok 44 ini. Tidak pasti anda di Kelok berapa? Jangan risau, terdapat nombor yang tertulis di setiap kelok/selekoh disitu. Tasik Maninjau agak cantik jika datang pada waktu siang kerana keadaan belum terik dan view yang lebih menarik. Sesuai kepada anda yang meminati bidang photography.

Disini juga ada penjaja kecil yang menjual barangan cenderahati seperti telekung, t-shirt dan macam-macam lagi. Harganya biasa-biasa sahaja dan membeli-belah bukan fokus di sana.

Tasik Maninjau , Padang, Indonesia

Tuesday, June 11, 2013

Trip ke Bukit Tinggi, Padang, Indonesia - Air Terjun Lembah Anai

Air Terjun Lembah Inai? Pasti Majoriti sesiapa yang melancong di Bukit Tinggi, Padang, Indonesia pasti akan singgah atau terlihat Air Terjun Lembah Anai ini. Kenapa? Ini kerana Air Terjun Lembah Inai terletak di tepi jalan raya tunggal dari Padang ke Bukit Tinggi. Jika anda ke Bukit Tinggi bersama Tour Guide pasti anda akan di bawa singgah di sini.

Air Terjun Lembah Anai ini agak cantik tetapi agak sempit sedikit. Hati-hati semasa menuruni tangga agar anda tidak terterjun tiruk ke dalam air. Pengunjung biasanya akan dicharge sebanyak 3000 rupiah untuk dewasa dan 2000 rupiah untuk kanak-kanak. Tidaklah mahal iaitu lebih kurang RM1 duit Malaysia. Selalunya jika trip bersama Travel Agency selalu dah berbayar.

Mungkin disini untuk anda mengambil gambar kenangan anda sebelum bergerak ke Bukit Tinggi. View yang agak cantik. Banyak juga kelihatan orang tempatan yang ambil-ambil gambar disini. Mungkin ini satu destinasi special bagi mereka juga.

Berdasarkan info orang tempatan, ramai orang akan membasuhkan muka untuk awet muda di air terjun tersebut. KSG cuba-cuba basuh muka tapi taklah yakin sangat untuk awek muda. Airnya dingin dan menyegarkan.

Air Terjun Lembah Anai, Bukit Tinggi, Padang, Indonesia



Monday, June 3, 2013

Majalah BOBOI muncul di pasaran JUN ini!

Majalah Komik Stylo Gila! Mungkin itu tagline majalah komik terbaru di pasaran iaitu BOBOI. Mungkin ramai yang mengenali BOBOI iaitu kumpulan pelawak Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Nabil Raja Lawak yang pernah bertanding di Maharaja Lawak Mega 2012. Tak perlu memperkenalkan mereka ini kerana mereka sudah cukup dikenali oleh majaroti rakyat Malaysia.

Apa yang KSG ingin kongsikan adalah tentang majalah BOBOI. Ya! BOBOI tampil dalam bentuk majalah pula. Mungkin anda yang pergi ke Pesta Buku Selangor 2013 perasan dengan kehadiran booth BOBOI ini. Ada jual cenderahati BOBOI, t-shirt BOBOI, topi BOBOI dan paling penting majalah BOBOI.

Apa yang menarik tentang BOBOI? BOBOI menampilkan kartun berdasarkan filem-filem arahan Afdlin Shauki dan dikelakarkan lagi kartunis-kartunis terpilih. Berbeza dengan komik-komik yang lain. Usaha branding yang baik oleh saudara Afdlin Shauki.Tahniah ya! Harga yang ditawarkan adalah RM7.90 (Mampu milik berdasarkan gaji minimum yang dikenakan kerajaan). Berbaloi sangat! Antara barisan kartunis adalah Adal, Bobhairy, xsrizal, awi smiley, Akmal kuca, aie sulong Nik dan kartunis-kartunis yang oshem-oshem di tanah air.

Pelancaran untuk komik telah dijalankan di Pesta Buku Selangor 2013 pada 31 Mei 2013 yang turut dihadiri Afdlin Shauki sendiri. Akhir kata, tutup post ini dan dapatkan majalah BOBOI di pasaran sekarang!

Afdlin Shauki bersama barisan kartunis

majalah BOBOI

Sunday, May 12, 2013

Apa yang perlu dibawa semasa Outstation

Outstation! Kadang-kadang ia amat meletihkan bagi KSG jika perlu memandu berseorangan beratus-ratus kilometer secara berseorangan. Adakalanya tersengguk-sengguk dibuatnya.

Hari ini KSG nak kongsikan apa yang perlu dibawa semasa Outstation atau bertugas luar kawasan. Ini adalah penting, sebab kadang-kadang kita tidak membawa kelengkapan yang mencukupi atau terlebih bawa barangan seperti mahu berpindah rumah.

Kadang-kadang, stress juga memikirkan barang-barangan yang perlu dibawa. Yelah, takut tak cukup atau pun terlebih. Tips yang KSG kongsikan kali ini adalah mengikut pengalaman KSG tau. Kalau terkurang sila tinggalkan di tempat komen disediakan. Kita bincang... Kita bincang... Jangan gaduh-gaduh...

1. Pakaian 
Anda: "Erk! Apa ni KSG! Mestilah kena bawak!"

KSG: "Sabar-sabar! Baca dulu!" 

Pastikan pakaian yang dibawa tidak terlebih dan mengcukupi. Rancangkan pemilihan pakaian anda agar mungkin boleh dipakai dalam jangka masa yang lama dan bersesuaian dengan occasion. 

2.Kelengkapan pembersih peribadi 

Anda: "Wajiblah! Apalah KSG ni." 

KSG: "Hahaha... Ya! Wajib..."

Pastikan anda membawa sekurang-kurang berus gigi, ubat gigi, deoderent, sabun, pencukur dan pencuci muka. Lebih tepat, kelengkapan yang basic sahaja. Nanti takut kelengkapan itu jadi perhiasan dalam beg anda sahaja. 

3.Charger Telefon Bimbit 

Anda: "Yup! that's important."

KSG: "OK... erkk..."

Pasti anda tidak mahu telefon bimbit anda kehabisan bateri. Selalunya, KSG akan bawa dua jenis charger iaitu charger kereta dan charger plug (Erk...KSG tak pakar dalam term yang digunakan". Ini kerana selalunya kita akan habiskan masa dijalan semasa Outstation dan hanya menghabiskan masa di dalam bilik hotel semasa waktu malam sahaja.

4.Alat penghilang bosan

Anda: " Apa tu?" 

KSG: "KSG adalah seorang yang cepat bosan. KSG akan membawa sesuatu bersama semasa KSG outstation." 

Selalunya, KSG akan membawa buku. Buku yang KSG akan gunakan sewaktu menunggu atau sedang berehat di dalam bilik hotel. Al maklumlah, KSG tak rajin nak berjimba-jimba setelah tamat tugasan, lebih-lebih lagi jika outstation berseorang. Mungkin ada boleh bawa konsol game atau apa-apa yang anda rasa mampu menghilang kebosanan anda semasa Outstation. 

Jika anda rasa tidak cukup lagi. Sila kongsikan pendapat anda diruang komen mungkin untuk dikongsikan juga kepada pengunjung.



Wednesday, April 17, 2013

Adik-adik jom ngaji bersama Upin Ipin

Seperti yang anda semua tahu ilmu agama adalah sangat penting. Ibu bapa mana yang tidak mahu anaknya berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat. Mengaji adalah satu aspek penting atau asas yang perlu diketahui oleh umat Islam. Ibu bapa pasti tidak melepaskan peluang untuk anak mereka ke kelas-kelas mengaji. Pasti ada anak-anak kita yang liat apabila ingin ke kelas mengaji. Betul? Ok. Kita berhenti di sini sebentar. 

Siapa yang tidak mengenali Upin Ipin? Telatah animasi adik-beradik kembar yang hangat di pasaran sejak kebelakangan ini. Baru-baru ini telah wujudnya satu pakej terbaru iaitu 'Jom Ngaji' bersama Upin dan Ipin. Erkkkk... apa tu? 

Pakej Jom Ngaji bersama Upin Ipin ini adalah alat bantuan mengajar mengaji. Alat bantuan mengikut silibus Al-Quran UPKK(Ujian Penilaian Kelas Kafa) dan diluluskan KDN. Menarik bukan? Didalam alat bantuan belajar ini terdapat Juzuk Amma bertajwid, berwarna dan beraudio visual untuk membantu anda dan anak-anak anda membaca Al-Quran dengan kaedah yang betul. Jangan risau, kerana terdapat juga panduan kod warna disediakan untuk menerangkan kaedah bacaan seperti dengung, qalqalah, bacaan harakat dan sebagainya. 

Klik untuk tumbesaran yang pesat


Dengan harga RM399 anda akan memiliki:-

1.Inteligent Readpen Jom Ngaji ada gambar Upin Ipin
2.Buku Ilmuan Cilik, Juzuk 30
3.Buku Teknik Al-Badar (Kaedah Cepat Mengaji Al-Quran)
4.Beg Sandang Upin dan Ipin (Seronoknya)
5.Petunjuk/ Penanda Buku
6.Pengecas, Fon Telinga, Kabel USB

Sambung balik perkara diatas, dengan RM399 anda boleh memupuk minat anak anda untuk mengaji. Pasti itu anda mahukan bukan. Anak anda akan gembira dalam proses pembelajaran dan anda gembira anak anda  berjaya dalam dunia dan akhirat. In Sha Allah. Untuk proses order, Sila SMS -  Asyraf 01123455633 (Call selalu terlepas nak jawab). 

Terima Kasih



Sunday, April 14, 2013

Adakah setiap benda dari hutan adalah berbeza?

Kucing hutan berbeza dengan kucing biasa. Ayam hutan berbeza dengan ayam biasa. Adakah setiap benda yang berasal dari hutan adalah berbeza dari yang berasal dari kampung atau bandar.

Kali ini, KSG jumpa Durian Hutan dan ternyata agak berbeza dengan durian yang biasa kita lihat. (Mungkin KSG lihat). Beza sangat ke? Cuba lihat dibawah:-


Perbezaan pada durian hutan ini adalah:-

1.Duri Extra Panjang
Durian hutan mempunyai duri yang panjang-panjang. Nampak lagi ganas lah dari durian biasa.

2.Bau
Bau durian ini agak lain. Sukar untuk digambarkan, memang berlainan dengan durian yang biasa. Rasa bau ubat sedikit dan tak tajam.


3. Keadaan Isinya
Agak cantik dan kekuning-kuningan.

4. Rasa
Rasanya seakan-akan nangka. erkk... mesti ada rasa pelik kan?

Friday, January 25, 2013

Bijak menjana pendapatan: Pendapatan harian, mingguan, bulanan dan tahunan?

Beberapa hari yang lepas, KSG berpeluang untuk berjumpa dengan seorang rakan. Beliau merupakan seorang penulis dan juga usahawan yang semakin meningkat maju bisnesnya. Sambil sembang-sembang dan mencicip teh tarik segelas. KSG kusyuk mendengar beliau berceritakan tentang pendapatan harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Elok rasanya KSG kongsikan kepada anda semua tentang konsep menjana pendapatan ini. 

Dalam dunia yang betul-betul memerlukan kita hidup dengan competative ini. Pendapatan tidak dapat disangkal amat penting walaupun kita hanya sementara disini. Cabaran yang perlu dihadapi oleh setiap orang hanya adalah dengan bergantung kepada satu sumber pendapatan. Mana tidak mencabar, kita gunakan satu sumber untuk dipecah-pecahkan kepada pelbagai expenses wajib setiap bulan. (Pelbagai bil, kereta, rumah dan lain-lain lagi). 

Hari ini KSG nak kongsikan tentang pendapatan harian, mingguan, bulanan, dan tahunan. Sebelum itu, KSG ingin menegaskan kepada anda semua, ini bukanlah formula yang perlu digunakan bulat-bulat. Anda boleh variasikan dengan diri anda sendiri. 



1. Pendapatan harian atau mingguan 
Pendapatan yang anda boleh dapatkan wang secara cepat dan tangkas. Sesuatu yang menjamin kepada cash sales. Maksudnya barang keluar, duit masuk. Biasanya jumlah kemasukkan agak sikit daripada pendapatan tahunan atau mingguan.

Sebagai contoh: 
1.Bisnes yang memerlukan pelanggan membayar secara tunai.
2.Barangan yang tidak putus demand 
3.Bisnes makanan, top up dan ceramah agama. 
4.Pendapatan active.


2. Pendapatan bulanan atau tahunan
Pendapatan yang memerlukan anda menunggu untuk mendapatkan pembayaran. 

Sebagai contoh:-
1.Bisnes yang bermusim (Ada musim laju, Ada musim xde sales langsung)
2.Pulangan tinggi dan berbaloi nak tunggu lama2
3.Bayaran gaji bulanan (Untuk yang kerja makan gaji)


Contoh aplikasi dalam kehidupan:-

Razman mempelbagai sumber pendapatan beliau. Beliau berkerja makan gaji disebuah syarikat swasta di Shah Alam. Setiap pagi beliau akan membawa nasi lemak untuk dijual di pejabat. Untuk mengelakkan menganggu waktu kerja, beliau meletakkan nasi lemak tersebut di pantri dan sebuah tabung disitu. Duit tersebut digunakan sebagai modal untuk menjalani kehidupan seharian seperti kos ke tempat kerja dan duit makan tengahari. Akhir bulan, beliau akan mengunakan gaji bulanannya untuk menampung bil-bil bulanan. Selain itu, dia juga melaburkan duitnya dan hasilnya akan dikutip pada akhir tahun. 

Itulah serba sedikit tentang perjelasan tentang sumber pendapatan harian, mingguan, bulanan dan tahunan ini. KSG sedang cubi aplikasikan dalam kehidupan, doakan KSG berjaya ya! 

Apakah pendapatan harian, bulanan, mingguan dan tahunan anda? Jom kongsikan. 

Terima Kasih