Tuesday, July 10, 2012

Pelancaran Buku Kuih Melayu - Buku mesti ada sempena bulan puasa

Baru-baru ini, sebuah lagi buku resepi terbaru selamat dilancarkan dengan jayanya. Buku resepi tersebut adalah 'Kuih Melayu - Langkah Demi Langkah' hasil nukilan Zaine Hj. Puteh. Mari kita lihat sedikit bingkisan   pelancaran tersebut.

 

Pn Sri Diah , Pengurus Besar Editorial Grup Buku memberikan sepatah dua kata dan ucapan tahniah kepada Pn Zaine Hj Puteh. Pn Sri Diah juga menyarankan pengunjung untuk membeli buku ini. "Gerenti Jadi!" kata  Pn Sri Diah. 


Sesi pelancaran diteruskan dengan demo membuat 'karipap pusing'. Saya tidak pasti generasi baru masih  kenal atau tidak jenis-jenis karipap lagi.  


Pn Zaine menunjukkan cara-cara menguli tepung dengan betul. Banyak-banyak tips dan rahsia dikongsikan oleh Pn Zaine, rugi kepada yang tidak hadir.


Operasi membentuk karipap pusing dijalankan, nampak mcm mudahkan? Belilah buku Pn. Zaine, semua step ditunjuk dengan lengkap.


Jika anda melihat rupa karipap anda semasa digoreng seperti ini, tahniah! Anda telah mengunakan step dengan betul (Gurau je). Gambar feveret adalah gambar makanan sedang dimasak, terliur beb.

Dah siap! Pn Zaine siap tolong posingkan karipap-karipap dia :)


Ini adalah sedikit bingkisan sesi pelancaran buku Pn Zaine. Anda boleh dapatkan buku ini dengan harga rm22 sahaja di Kedai-kedai buku seluruh Malaysia. Sekian dari saya melaporkan dari Shah Alam :)



2 comments:

  1. As'kum dik..akak dah beli masa di Pesta Buku Selangor hari tu.. memang wajib beli!! i like.. hehhee.. nak cuba tu yang tak tahu bile heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam..hahaha..bulan puasa ni bole cuba kot kak.. :)

      Delete

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)