Sunday, July 15, 2012

Dicakar-cakar semasa menbaca novel Kougar oleh Shaz Johar



Yeahhhyuuuuhuuu..
Ini adalah novel kedua yang sudah aku baca dari terbitan fixi dan Shaz Johar adalah penulisnya. Tajuknya adalah Kougar. Cetakan pertama Kougar adalah pada Mei 2012. Definasi Kougar mengikut kamus urban adalah wanita yang meminati atau sangkut  (bercinta lebih tepat) dengan lelaki yang lebih muda. (Selalu terlebih muda dari dia). 332 muka surat sahaja, pendek dan padat. Ringan novel (Senang bawa pergi ke mana-mana).

Kisahnya adalah tentang seorang wanita moden bujang bernama Kisha yang belum berkahwin walaupun sudah berumur 40tahun. Seperti biasa, bahasa yang mudah dihadam oleh insan seperti aku.  Jalan cerita best, watak-watak menarik dan konflik mantap. Suka cara Shaz Johar men'twist' sifat watak dalam novel. Betulkah ini novel pertama Shaz Johar,gayanya penulisannya tidak seperti begitu. Anyway, akan cuba dapatkan 'tabu' plak lepas ini.

2 comments:

  1. ye. ini novel pertama saya - shaz johar. twitter @malayrhapsody

    ReplyDelete

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)