Wednesday, July 18, 2012

Penulis Novel Harry Potter akan muncul dengan novel terbaru September ini

J.K. Rowling, Novelis Jutawan 'Harry Potter' dan 'The Casual Vacancy'

Pembaca dan penonton siri Harry Potter mana yang tidak mengenali J.K. Rowling. Penulis asal kisah pengembaraan Harry Potter yang telah terjual lebih daripada berjuta-juta naskah dan memenangi beberapa anugerah akan muncul dengan novel terbaru iaitu 'The Casual Vacancy'. Novel pertama selepas berakhirnya siri Harry Potter. 

Penerbit untuk 'The Casual Vacancy', 'Little, Brown' telah mempamerkan kulit buku terbaru J.K. Rowling yang akan berada di pasaran dalam akhir bulan september ini. Pasaran di Malaysia? Sila hubungi kedai buku  yang terdekat. 

Kulit Buku 'The Casual Vacancy' - Simple 

Buku yang mempunyai 512 muka surat ini juga akan dikeluarkan dalam bentuk ebook dan audiobook. Audiobook untuk novel ini dibaca oleh seorang pelakon dari British iaitu Tom Hollander. Tom Hollander pernah berlakon dalam filem 'Pirate of the Carribean'.

Ini adalah Tom Hollander, Cam tak dia dalam 'Pirate Of The Carribean'?

'The Casual Vacancy' berbeza daripada novel Harry Potter yang fokus kepada pembaca kanak-kanak (Baru Harry Potter fokus kepada kanak-kanak) kerana sasaran pembacanya adalah orang dewasa. Ini adalah termasuk orang dewasa yang tidak pernah membaca Harry Potter. Novel ini digambarkan sebagai "Blackly Comic, Though-provoking and Constantly Surprising" oleh Little,Brown penerbit 'The Casual Vacancy'. Pasti anda akan ternanti, adakah kualitinya akan seperti novel Harry Potter yang terdahulu? Mari baca sinopsis untuk 'The Casual Vacancy'.


'The Casual Vacancy'


When Barry Fairweather dies unexpectedly in his early forties, the little town of Pagford is left in shock.


Pagford is, seemingly, an English idyll, with a cobbled market square and an ancient abbey, but what lies behind the pretty façade is a town at war. 


Rich at war with poor, teenagers at war with their parents, wives at war with their husbands, teachers at war with their pupils…Pagford is not what it first seems.


And the empty seat left by Barry on the parish council soon becomes the catalyst for the biggest war the town has yet seen. Who will triumph in an election fraught with passion, duplicity and unexpected revelations?



5 comments:

  1. suka baca novel karya JKR ni, kreatif!... wahh tak sabar nak grab one...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Lady Aina.. Nanti kita beli ye? thanks.. :)

      Delete
  2. adoii,,English tinggi ni,,baru baca skit pun akak dah tak paham,,,huhu,,

    ReplyDelete

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)