Saturday, July 14, 2012

Aktiviti di hari Sabtu - Membakar 'Ikan Pari Bakar Serai Mewangi'

Assalamualaikum kepada yang sudi membaca

Anyway, hari ini dapat berehat sedikit di rumah. Pagi tadi selepas hantar adik ke sekolah, tiada apa yang perlu dibuat. Oleh itu, aku singgah ke dapur untuk belajar masak. hahahahaha. Menu hari ini adalah 'Ikan Pari Bakar Serai Mewangi'. Nama itu aku yang bagi, bukan ibu aku.  



Ini adalah isi ikan pari, ibuku berkata lebih kecil ikan pari itu, lebih sedap. bagi aku, lebih besar ikan pari itu, lebih kenyang! hahaha.


Ini adalah ramuan-ramuan yang digunakan serai, bawang putih, kunyit basah dan bawang besar. Sebenarnya pakai bawang besar untuk mengantikan bawang merah dan tiada di dalam gambar adalah cili kering dan limau nipis.


Daun Pisang sebagai pelapik untuk tidak membiar ikan melekat di talam pembakar dan menambahkan aroma kepada ikan pari tersebut. 


Kisar semua ramuan yang ada tadi, aku kisar sampai lumat. :)


Lumurkan garam dan perahan limau ke ikan pari kita tadi. Ibu kata nak hilangkan bau hanyir. 




Lumurkan pula bahan-bahan kisar kita tadi dan letak kan sedikit minyak. Ok dah siap dan boleh dibakar. Selalu aku masukkan dalam ketuhar dan tunggu sehingga 30 minit. Kadang-kadang tunggu sampai ikan parit ni kering sedikit.

Ok tamat kelas memasak kita pada hari ini. Jumpa Lagi ye. 






No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)