Showing posts with label Pesta Buku Selangor 2012. Show all posts
Showing posts with label Pesta Buku Selangor 2012. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

Merasa masakan Masterchef Shahriah Abdullah secara live di Pesta Buku Selangor 2012

Assalamualaikum.. Salam kepada semua.. Alhamdullillah Syukur, Pesta Buku Selangor sudah berakhir dengan jayanya. Macam-macam pahit manis pengalaman yang dapat dirasai. Penat? Mestilah penat tapi puas hati..  :)

Hari ini  nak kongsi sedikit pengalaman dengan anda semua.. Ahad yang lepas bersamaan 9 Julai 2012, aku bertuah kerana terpilih untuk mengendalikan satu sesi Demo Memasak bersama Masterchef Malaysia Shahriah Abdullah di SACC, Shah Alam. Sesi demo ini boleh dikatakan sebagai sesi roadtour promosi buku masakan terbaru Kak Sha iaitu 'Sajian Istimewa Shahriah Abdullah'. Tersangat-sangat terharu kerana Kak Sha sudi hadir dari Johor semata-mata untuk menjayakan sesi ini. 



Kak Sha tengah tunjukkan first demo tunjuk cara buat 'Cempedak Nestum'. Mula-mula ternganga juga masa Kak Sha bagitau nak tunjuk demo 'Cempedak Nestum' semasa tengah stand by dekat tepi pentas.



Itu dia cempedak bukan kat luar pagar lagi,tapi sudah berada di dalam kuali. Bau kesedapan 'Cempedak Nestum' dah naik masa ni, buat penonton-penonton di sekeliling menelan air liur.


Kak Sha juga sempat memberi tunjuk ajar cara menghias hidangan sebelum dihidangkan kepada orang ramai. Kat atas ini gambar sambal telur puyuh yang dibawa Kak Sha dari rumah. 


'Ginger Bread' air tangan Kak Sha berstandard MasterChef. Untuk kali, Kak Sha tidak mengunakan Roti Perancis. Katanya, Kak Sha Tak Jumpa Roti Perancis di Shah Alam.

 Antara hidangan disediakan Kak Sha pada hari tersebut. 'Ginger Bread' dicicah dengan sambal telur puyoh, Roti Pita berinti sambal Telur Puyoh, dan 'Cempedak Nestum'.



Untuk gambar ini, jangan silap faham ye. Bukan rusuhan ye, tapi orang ramai berpusu-pusu mendengar pengalaman dan tips-tips daripada Kak Sha.


Sesi berakhir dengan upacara rasa-merasa masakan Kak Sha. Dengar cerita ada yang sampai bertambah-tambah. huhuhu. Sesi berjalan dengan lancar dan berjalan dengan aman. Tiada pengunjung yang cedera semasa testing food session berjalan. Terasa sesi 1 jam ini adalah sangat tidak mencukupi. :)

Kepada yang ingin berhubung dengan Kak Sha @ Shahriah Abdullah, boleh ke link salah satu dari blog beliau iaitu http://shahriahnovelis.blogspot.com
  

Wednesday, July 4, 2012

Sharing bersama Ramlee Awang Murshid - Perkongsian yang bermakna

Mungkin ramai yang tidak asing lagi Ramlee Awang Murshid yang terkenal dengan novel bersiri Laksamana Sunan beliau iaitu Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi, Sutera Bidadari dan Sunan Musafir. Koleksi ini telah pun dimiliki oleh aku termasuk limited Edition Hard Cover Sunan Musafir. Selain itu, Hatiku Di Harajuku, Rayyan Fantasi, Adam, Mikhail dan Fiksyen 302 antara judul yang sudah menyertai koleksi aku. Karya Ramlee Awang Murshid tidak boleh disangkal lagi kualitinya. 

Ramlee Awang Murshid bersama novel-novelnya.

Hari Sabtu, 30 Jun 2012 yang lepas aku berkesempatan untuk bersama-sama mendengar sesi sharing bersama Ramlee Awang Murshid di Pesta Buku Selangor 2012. Ramlee Awang Murshid berkongsi dengan pengunjung tentang bagaimana beliau boleh berjaya dalam bidang penulisan ini. Pei Pan adalah novel pertama Ramlee Awang Murshid yang telah diterbitkan oleh DBP. Ramlee Awang Murshid telah memenangi  Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002 dengan karya ini. Tombiruo dalam proses difilemkan oleh Ramlee Awang Murshid sendiri antara info yang disampaikan oleh beliau. Beliau juga menegaskan beliau tidak akan membenarkan novel beliau diadaptasi oleh pihak lain kerana ingin mengelakkan rasa tidak puas hati dan rungutan dari beliau sendiri yang boleh mendatangkan dosa untuk beliau.

Ramlee Awang Murshid sedang menyampaikan sharing


Aku juga teruja apabila beliau mengatakan ilham beliau datang dari Allah apabila beliau ditanya tentang bagaimana beliau mendapat ilham. Antara rutin yang beliau lakukan adalah dengan membaca Al Fatihah sebelum memulakan penulisan novel beliau. Beliau juga banyak mengambil pendapat peminat-peminat beliau semasa menyiapkan sesuatu novel. Beliau juga membuat research tentang sesuatu perkara sebelum menulisnya.

Dari segi pemilihan nama sesuatu watak dan tempat didalam sesuatu novel beliau. Beliau berkata beliau banyak bermain silangkata ataupun apa yang difahami oleh aku kombinasi huruf atau perkataan. Sebagai contoh tempat orang halus didalam novel Sunan Musafir iaitu Gualis.'Gualis' adalah kobinasi perkataan Gua dan juga Iblis. Selain itu, nama watak juga dipilih dari nama orang dekat dengan beliau. Beliau berkongsi dengan pengunjung beliau akan memilih nama watak yang menarik dan mudah diingat oleh pembaca.

Ok..ini adalah sedikit info yang aku masih ingat pada sesi tersebut.. jangan lupa baca entri yang lain ye.. :)