Showing posts with label Demo Memasak. Show all posts
Showing posts with label Demo Memasak. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

Demo Memasak bersama Suwarsi M Arukin, Lynn Hassan, Dato Fazley Yaakob dan Azwan Ali (Part 4) - Celoteh Azwan Ali yang mencuit hati pengunjung :)

Kepada semua pembaca,

Sesi terakhir di 'Marathon Demo Memasak Bersama Chef dan Selebriti' adalah sesi bersama Azwan Ali. Azwan Ali juga adalah salah seorang peserta Masterchef Selebriti Malaysia yang baru sahaja habis. Azwan Ali siap buat sesi nyanyi-nyanyi dengan peminat-peminat dia. Yang paling penting, pengunjung-pengunjung yang hadir tidak berhenti-henti dengan mendengar celoteh Azwan Ali. Untuk demo memasak kali ini, Azwan Ali menghidangkan Sandwich dan juga Rojak Buah. Simple tapi dijalankan di dalam suasana yang sangat ceria. 


Nampak tak akak pakai tudung pink tu? Itulah pembantu Azwan Ali yang dipilih daripada kalangan pengunjung.


Azwan Ali menunjukkan bahan-bahan yang diperlukan.


Azwan Ali menunjukkan cara-cara menyapu majerin di atas roti dengan celoteh beliau yang mencuit hati. 






Adik kecik ini yang paling setia di acara Marathon Demo Memasak bersama Chef dan Selebriti.

Warga india pun join sekali sesi bersama Azwan Ali, Untung dapat rasa sandwich tu.

Acara merebut makanan kata Azwan Ali! Tangan  pengunjung berbelit-belit mengambil apa yang ada diatas meja.


Pengunjung-pengunjung semasa sesi merebut makanan.


Demo Memasak bersama Suwarsi M Arukin, Lynn Hassan, Dato Fazley Yaakob dan Azwan Ali (Part 3) - Pengalaman melihat demo dan merasa masakan Dato' Fazley Yaakob..

Dato' Fazley Yaakob baru sahaja dinobatkan sebagai juara masterchef selebriti yang pertama dengan mengalahkan Angah Raja Lawak. Tahniah kepada Dato' Fazley Yaakob. Untuk kali ini, aku nak kongsikan bingkisan sesi ketiga 'Marathon Demo Memasak Bersama Chef dan Selebriti'. Sesi diteruskan dengan Dato' Fazley Yaakob. Dato' Fazley menunjukkan cara membuat hiasan pinggan dan membuat hidangan hotel 5 bintang dalam masa yang singkat. Betul! terbukti pada hari tersebut. Yang paling penting, seronok dapat lihat Dato' Fazley Yaakob membuat demo memasak secara live.


Dato' Fazley lengkap dengan equipment-equipment memasak beliau.


Dato' Fazley menunjukkan ramuan-ramuan yang akan digunakan untuk kali ini. Sebenarnya banyak yang aku  tak ingat. : (


Dato' Fazley tengah menerangkan cara-cara untuk menyediakan Merangue/meringue. 


dimana-mana ada kamera, mana taknya, demo masak bersama selebriti betul-betul di depan mata. X payah nak pakai lens panjang-panjang.


Pengunjung-pengunjung melihat cara-cara Dato' Fazley membuat hiasan pinggan. plating (Betul ke eja? tolong betulkan..) 


Jumlah pengunjung yang hadir adalah sangat luar biasa, nasib baik tidak kemalangan tolak-menolak berlaku. 


Siap! Dato' Fazley dengan Waffle Biscuits with merangue. Simple tapi Unik. 


Second dish, Pineapple with Chocolate. Sedap! aku dapat rasa! hahahaha.








Monday, July 16, 2012

Demo Memasak bersama Suwarsi M Arukin, Lynn Hassan, Dato Fazley Yaakob dan Azwan Ali (Part 1) - Chilled Cheese Cake Chef Suwarsi M Arukin!

Bulan ramadhan hampir tiba beberapa hari lagi. Selain daripada persediaan rohani untuk meningkatkan amalan atau ibadah di bulan puasa, buku resepi dan demo memasak adalah sangat significant dengan musim bulan puasa ini. Slot rancangan memasak di televisyen juga akan bertambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Grup Buku Karangkraf juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama mengadakan demo memasak. Untuk kali ini, Grup Buku Karangkraf membawa kelainan dengan mengadakan demo memasak di dalam sebuah kedai buku. Dengan bekerjasama bersama Popular, demo memasak yang dinamakan 'Marathon Demo Memasak bersama Chef dan Selebriti' ini dijalankan di Popular, Aeon Jusco Bukit Tinggi, Klang. Demo memasak ini menampilkan 2 orang chef profesional dan juga 2 orang selebriti yang juga adalah peserta masterchef selebriti. 

Marathon demo memasak ini dimulakan dengan Chef Suwarsi M Arukin. Aku sebenarnya dah banyak kali melihat sesi demo memasak Chef Suwarsi ini, tidak pernah mengecewakan pengunjung - pengunjung yang hadir. Dua resepi yang ditunjukkan oleh Chef Suwarsi ialah 'Chill blueberry cheese cake' dan kerabu.


Chef sue memperkenalkan bahan-bahan untuk membuat 'Chill Blueberry Cheese Cake'. Aku selalu tersasul cakap 'Chill Blackberry Cheese Cake' dekat kawan-kawan aku so jadi bahan gelaklah. :)


Inilah dikatakan demo memasak menyatukan bangsa dan negara, pengunjung-pengunjung yang menyertai demo memasak ini terdiri daripada pelbagai bangsa. Melayu, Cina dan India.



Chef Suwarsi menunjukkan cara-cara untuk mengadun ramuan-ramuan untuk membuat Chill Cheese Cake. Chill Cheese Cake ini tidak perlu dibakar cuma perlu dimasukkan di dalam peti ais untuk mengeraskannya. 


Pengunjung-pengunjung yang hadir. Ramaikan? 


Chef Suwarsi menunjukkan cara-cara menyediakan Kerabu dalam versi jawa.


Gambar kreatif untuk hari tersebut. :)



Setel! dah siap Chilled Blueberry Cheese Cake dan Kerabu versi Jawa.


Aktiviti food testing, Chilled Blueberry Cheese Cake dan kerabu tadi diagihkan kepada pengunjung-pengunjung yang hadir. 


Tamat untuk part 1 bingkisan Demo Memasak Bersama Chef Suwarsi M Arukin, Lynn Hassan, Dato Fazley Yaakob dan Azwan Ali.


Wednesday, July 11, 2012

Marathon Demo MeMasak Bersama Selebriti dan Chef Anjuran Grup Buku Karangkraf bersama Popular :)



Kepada penduduk-penduduk sekitar Aeon Bukit Tinggi, satu marathon demo masak akan dijalankan pada 15 Julai 2012 ini di Popular Aeon Bukit Tinggi. Demo Memasak selama 4 jam tanpa henti ini akan menampilkan beberapa selebriti dan chef yang menulis dibawah penerbitan Grup Buku Karangkraf. Acara akan bermula pada jam 12 tengahari, jangan ketinggalan ya? Mereka akan membuat demo masak secara live dan anda berpeluang bertemu mesra dengan mereka di sana. Jangan lepaskan peluang anda dan jumpa anda di sana!

p/s: Masuk Percuma

Tuesday, July 10, 2012

Merasa masakan Masterchef Shahriah Abdullah secara live di Pesta Buku Selangor 2012

Assalamualaikum.. Salam kepada semua.. Alhamdullillah Syukur, Pesta Buku Selangor sudah berakhir dengan jayanya. Macam-macam pahit manis pengalaman yang dapat dirasai. Penat? Mestilah penat tapi puas hati..  :)

Hari ini  nak kongsi sedikit pengalaman dengan anda semua.. Ahad yang lepas bersamaan 9 Julai 2012, aku bertuah kerana terpilih untuk mengendalikan satu sesi Demo Memasak bersama Masterchef Malaysia Shahriah Abdullah di SACC, Shah Alam. Sesi demo ini boleh dikatakan sebagai sesi roadtour promosi buku masakan terbaru Kak Sha iaitu 'Sajian Istimewa Shahriah Abdullah'. Tersangat-sangat terharu kerana Kak Sha sudi hadir dari Johor semata-mata untuk menjayakan sesi ini. 



Kak Sha tengah tunjukkan first demo tunjuk cara buat 'Cempedak Nestum'. Mula-mula ternganga juga masa Kak Sha bagitau nak tunjuk demo 'Cempedak Nestum' semasa tengah stand by dekat tepi pentas.



Itu dia cempedak bukan kat luar pagar lagi,tapi sudah berada di dalam kuali. Bau kesedapan 'Cempedak Nestum' dah naik masa ni, buat penonton-penonton di sekeliling menelan air liur.


Kak Sha juga sempat memberi tunjuk ajar cara menghias hidangan sebelum dihidangkan kepada orang ramai. Kat atas ini gambar sambal telur puyuh yang dibawa Kak Sha dari rumah. 


'Ginger Bread' air tangan Kak Sha berstandard MasterChef. Untuk kali, Kak Sha tidak mengunakan Roti Perancis. Katanya, Kak Sha Tak Jumpa Roti Perancis di Shah Alam.

 Antara hidangan disediakan Kak Sha pada hari tersebut. 'Ginger Bread' dicicah dengan sambal telur puyoh, Roti Pita berinti sambal Telur Puyoh, dan 'Cempedak Nestum'.



Untuk gambar ini, jangan silap faham ye. Bukan rusuhan ye, tapi orang ramai berpusu-pusu mendengar pengalaman dan tips-tips daripada Kak Sha.


Sesi berakhir dengan upacara rasa-merasa masakan Kak Sha. Dengar cerita ada yang sampai bertambah-tambah. huhuhu. Sesi berjalan dengan lancar dan berjalan dengan aman. Tiada pengunjung yang cedera semasa testing food session berjalan. Terasa sesi 1 jam ini adalah sangat tidak mencukupi. :)

Kepada yang ingin berhubung dengan Kak Sha @ Shahriah Abdullah, boleh ke link salah satu dari blog beliau iaitu http://shahriahnovelis.blogspot.com