Hari ini nak kongsi sedikit pengalaman dengan anda semua.. Ahad yang lepas bersamaan 9 Julai 2012, aku bertuah kerana terpilih untuk mengendalikan satu sesi Demo Memasak bersama Masterchef Malaysia Shahriah Abdullah di SACC, Shah Alam. Sesi demo ini boleh dikatakan sebagai sesi roadtour promosi buku masakan terbaru Kak Sha iaitu 'Sajian Istimewa Shahriah Abdullah'. Tersangat-sangat terharu kerana Kak Sha sudi hadir dari Johor semata-mata untuk menjayakan sesi ini.
Kak Sha tengah tunjukkan first demo tunjuk cara buat 'Cempedak Nestum'. Mula-mula ternganga juga masa Kak Sha bagitau nak tunjuk demo 'Cempedak Nestum' semasa tengah stand by dekat tepi pentas.
Itu dia cempedak bukan kat luar pagar lagi,tapi sudah berada di dalam kuali. Bau kesedapan 'Cempedak Nestum' dah naik masa ni, buat penonton-penonton di sekeliling menelan air liur.
Kak Sha juga sempat memberi tunjuk ajar cara menghias hidangan sebelum dihidangkan kepada orang ramai. Kat atas ini gambar sambal telur puyuh yang dibawa Kak Sha dari rumah.
'Ginger Bread' air tangan Kak Sha berstandard MasterChef. Untuk kali, Kak Sha tidak mengunakan Roti Perancis. Katanya, Kak Sha Tak Jumpa Roti Perancis di Shah Alam.
Antara hidangan disediakan Kak Sha pada hari tersebut. 'Ginger Bread' dicicah dengan sambal telur puyoh, Roti Pita berinti sambal Telur Puyoh, dan 'Cempedak Nestum'.
Untuk gambar ini, jangan silap faham ye. Bukan rusuhan ye, tapi orang ramai berpusu-pusu mendengar pengalaman dan tips-tips daripada Kak Sha.
Sesi berakhir dengan upacara rasa-merasa masakan Kak Sha. Dengar cerita ada yang sampai bertambah-tambah. huhuhu. Sesi berjalan dengan lancar dan berjalan dengan aman. Tiada pengunjung yang cedera semasa testing food session berjalan. Terasa sesi 1 jam ini adalah sangat tidak mencukupi. :)
Kepada yang ingin berhubung dengan Kak Sha @ Shahriah Abdullah, boleh ke link salah satu dari blog beliau iaitu http://shahriahnovelis.blogspot.com.