Monday, July 16, 2012

Demo Memasak bersama Suwarsi M Arukin, Lynn Hassan, Dato Fazley Yaakob dan Azwan Ali (Part 1) - Chilled Cheese Cake Chef Suwarsi M Arukin!

Bulan ramadhan hampir tiba beberapa hari lagi. Selain daripada persediaan rohani untuk meningkatkan amalan atau ibadah di bulan puasa, buku resepi dan demo memasak adalah sangat significant dengan musim bulan puasa ini. Slot rancangan memasak di televisyen juga akan bertambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Grup Buku Karangkraf juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama mengadakan demo memasak. Untuk kali ini, Grup Buku Karangkraf membawa kelainan dengan mengadakan demo memasak di dalam sebuah kedai buku. Dengan bekerjasama bersama Popular, demo memasak yang dinamakan 'Marathon Demo Memasak bersama Chef dan Selebriti' ini dijalankan di Popular, Aeon Jusco Bukit Tinggi, Klang. Demo memasak ini menampilkan 2 orang chef profesional dan juga 2 orang selebriti yang juga adalah peserta masterchef selebriti. 

Marathon demo memasak ini dimulakan dengan Chef Suwarsi M Arukin. Aku sebenarnya dah banyak kali melihat sesi demo memasak Chef Suwarsi ini, tidak pernah mengecewakan pengunjung - pengunjung yang hadir. Dua resepi yang ditunjukkan oleh Chef Suwarsi ialah 'Chill blueberry cheese cake' dan kerabu.


Chef sue memperkenalkan bahan-bahan untuk membuat 'Chill Blueberry Cheese Cake'. Aku selalu tersasul cakap 'Chill Blackberry Cheese Cake' dekat kawan-kawan aku so jadi bahan gelaklah. :)


Inilah dikatakan demo memasak menyatukan bangsa dan negara, pengunjung-pengunjung yang menyertai demo memasak ini terdiri daripada pelbagai bangsa. Melayu, Cina dan India.



Chef Suwarsi menunjukkan cara-cara untuk mengadun ramuan-ramuan untuk membuat Chill Cheese Cake. Chill Cheese Cake ini tidak perlu dibakar cuma perlu dimasukkan di dalam peti ais untuk mengeraskannya. 


Pengunjung-pengunjung yang hadir. Ramaikan? 


Chef Suwarsi menunjukkan cara-cara menyediakan Kerabu dalam versi jawa.


Gambar kreatif untuk hari tersebut. :)



Setel! dah siap Chilled Blueberry Cheese Cake dan Kerabu versi Jawa.


Aktiviti food testing, Chilled Blueberry Cheese Cake dan kerabu tadi diagihkan kepada pengunjung-pengunjung yang hadir. 


Tamat untuk part 1 bingkisan Demo Memasak Bersama Chef Suwarsi M Arukin, Lynn Hassan, Dato Fazley Yaakob dan Azwan Ali.


2 comments:

  1. nape ko tak ajak akak sampai hati... *stok ketap bibir dan gigi* patutlah ko tak ada kat bukit jalil sebab tak nak berpanas yerk.. kisahnya..jawapan teka teki tu ko tunggu sambungan esok muahhhaahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ishhh kak, bukan xnak ajak..yang ni saya handle je..kena pecah team kepada dua..bukit jalil tu tetibe ada.. :)

      Teka-teki tu memang tengah tunggu jawapannya.. :)

      Delete

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)