Saturday, July 21, 2012

Limit atau had hosting untuk user blogger (Blogspot.com)

Assalammualaikum kepada semua readers, 

Mesti antara kalangan readers KSG adalah user tegar medium blogger.com (blogspot) untuk berblogging. Walaubagaimana pun, adakah anda semua tahu bahawa blogspot mempunyai had limit hosting tersendiri. Mungkin entri KSG hari ini dapat membantu anda untuk lebih memahami tentang had limit hosting blogger.com. 

Seperti anda semua tahu, blogger.com adalah sebuah perkhidmatan hosting percuma dari Google. Limit atau had hosting blogger.com adalah lebih cenderung kepada blogger yang suka meletakkan gambar di blog mereka. Ini kerana Google akan menyimpan semua gambar anda di Picasa Web Album. Had limit storage yang diberikan kepada anda secara percuma adalah 1Gb sahaja. Ini adalah jauh lebih sedikit daripada jumlah storage untuk Gmail iaitu sebanyak 7Gb hingga 8Gb. Walaubagaimana pun, berita gembira bagi anda yang jarang mengunakan gambar dalam blog anda kerana anda boleh menulis sebanyak mana pun entri di blog anda. Kepada anda yang suka meletakkan banyak gambar di dalam blog anda, jangan bersedih kerana anda boleh upgradekan hosting anda dengan harga-harga seperti dibawah:-

10Gb   - $20 setahun
40Gb   - $75 setahun
150Gb - $250 setahun 
400Gb - $500 setahun

Sila convert sendiri ke ringgit malaysia ya. :) Apa pula komen anda? Sila berkongsi dengan KSG di sini.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri 'Limit atau had hosting untuk user blogger.com (Blogspot.com)'

KSG akhiri entri ini dengan serangkap pantun
Terima Kasih Daun Keladi, Harap Jadi Follower Sekali :)

1 comment:

  1. cik siti da balas komen kat sini...http://eimah2328.blogspot.com/2012/06/jom-tambah-duit-poket.html?showComment=1342891991388#c2329919650093082872

    ReplyDelete

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)