Assalamuaalaikum kepada semua Bloggers, Readers dan Rakan-rakan
Alhamdullilah, sudah tiba kita di bulan Ogos 2012. KSG tidak sedar yang KSG sudah berada hampir di hujung tahun 2012. Terasa sangat cepat masa berlalu. Bagi pelajar di sekolah mesti yang tengah bekerja keras untuk mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM sudah semakin dekat manakala yang sudah bekerja mesti sedang mencongak-congak prestasi masing-masing untuk tahun adalah baik atau tidak.
Bulan Ogos adalah satu bulan yang sinonim dengan dengan Bulan Kemerdekaan di negara kita.Ya! Benar bukan? Pengalaman KSG semasa di sekolah dulu, pihak sekolah akan mengadakan banyak aktiviti bertemakan patriotik sepanjang bulan lapan setiap tahun. Antara aktiviti yang terkenal pada masa itu adalah, pertandingan laungan merdeka, pertandingan mewarnakan bendera, kuiz kemerdekaan, pertandingan nyanyian lagu patriotik dan banyak lagi. KSG pernah menang pertandingan melaungkan kemerdekaan semasa di tingkatan dua, siap pakai tanjak lagi. :) Bangga betul masa itu, sebab dapat kalahkan ketua pengawas.
Anyway, tahun ini kita akan menyambut kemerdekaan yang kelima puluh lima. Adakah anda sudah merasai kehangatan bulan kemerdekaan untuk tahun ini? KSG harap anda bukan hanya dihangatkan dengan isu logo dan lagu kemerdekaan itu tapi lebih hangat disebabkan semangat patriotik anda. Jika kita fikirkan sejenak, adakah kemerdekaan negara ini membawa erti kepada kita atau hari Kemerdekaan adalah hari cuti umum semata-mata. Jika ditanyakan kepada semua rakyat Malaysia, adakah mereka ingat bilakah tarikh kemerdekaan. Satu yang respon yang positif daripada rakyat Malaysia, hampir tiada rakyat Malaysia yang tidak mengingati tarikh 31 Ogos 1957. Teringat zaman KSG di sekolah rendah, lagu kemerdekaan yang dinyanyikan Sudirman iaitu 'Tanggal 31' banyak membantu KSG menghafal tarikh kemerdekaan pada zaman persekolahan dulu. Persoalannya, adakah semangat kemerdekaan ini hanya hangat semasa kita di zaman persekolahan sahaja.
KSG mengaku KSG yang lahir selepas hari kemerdekaan ini, tidak dapat merasai sentimental value dalam kemerdekaan negara. Semangat patriotik itu mungkin ada tetapi tidak seperti generasi yang merasai zaman sebelum kemerdekaan. Kadang-kadang kala, KSG terfikir adakah KSG antara orang tidak bersyukur di atas keamanan di negara ini kerana tidak menghargai kemerdekaan negara kita. Apakah yang diperlukan untuk memahami erti kemerdekaan ini, adakah KSG kena perlu banyak membaca sejarah kemerdekaan kita, mengikuti pebarisan hari Kemerdekaan atau memasang bendera Malaysia di kenderaan KSG?
Akhir kata, KSG bersyukur kerana kita masih boleh dan mampu mempertahankan kemerdekaan sehingga ke tahun ke 55. Oleh itu, mari kita beramai-ramai mencari erti kemerdekaan yang telah dicapai oleh negara kita sebagai motivasi diri kita ya!
Terima Kasih kerana sudi membaca. Apa komen anda pula?
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)