Beliau sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PHD di UM. Beliau
juga sudah bergelar seorang suami. Tetapi beliau mempunyai sedikit
kekurangan daripada kita semua. Tuan Zamzuri adalah cacat
penglihatan tetapi beliau bukan jenis yang suka memohon derma malah
mempunyai kerjaya yang tersendiri. Saya
terjumpa beliau semasa beliau membuka booth di Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Putrajaya untuk sebuah acara. Beliau
meniaga penanda
buku Braille dan sticker Braille. Sempat juga buat sebuah sticker
Braille dan dapatkan penanda buku dari Tuan Zamzuri ini. Sambil itu,
mohon sedikit tunjuk ajar daripada Tuan Zamzuri tentang cara membaca
tulisan Braille. Sebenarnya boleh agak tulisan braille ni kalau kita
buka mata, apabila tutup memang x dapat bajet apa yang di baca. Tuan
Zamzuri juga menunjukkan cara bagaimana beliau mengunakan telefon
bimbit. Bagaimana beliau membaca sms yang dihantar kepadanya. Satu
perbualan yang berinformasi bersama beliau.
Untuk informasi anda, Tuan Zamzuri
membuka kelas kepada sesiapa yang ingin belajar tulisan Braille ini dan
mengadakan sesi motivasi mengikut jemputan. Apa yang saya nampak pada
Tuan Zamzuri ni, beliau sedikit pun tidak merasa kekurangan beliau
adalah satu halangan. :)
As'kum Ashraf...Kak Sha dah add Ashraf tau.. Insyallah bila free nanti kak sha buat N3 khas buat Ashraf semoga bertambah rakan blogger kita yaa... tq so much.. jumpa nanti!!!! :))
ReplyDeleteWaalaikumsalam Salam kak, thanks kak! jumpa nanti ye..
Delete