Saturday, September 8, 2012

Niat sebenar menulis blog, metarialistik atau sosialistik?

Assalammualaikum semua dan selamat sejahtera,

Mungkin kebanyakkan antara anda adalah seorang blogger. Setelah menulis blog dengan entri-entri menarik, memerahkan otak untuk mendapatkan idea-idea terbaru, dan bertungkus-lumus mengemas kini blog untuk nampak menawan di mata pembaca. Pernahkah anda terdetik, niat sebenar anda untuk menceburi bidang blog ini? Pernahkah rakan-rakan anda mempersoalkan niat anda berblogging? Metarialistik atau sosialistik?

Apa yang KSG ingin lontarkan pada entri kali ini adalah niat, sebab atau tujuan menulis blog ini adalah subjektif. Ia bergantung kepada individu terbabit atau blogger itu sendiri. Jika diajukan soalan kepada KSG, adakah tujuan KSG menulis atas dasar atau sebab metarialistik? Jika jawapan KSG adalah tidak, KSG adalah menipu. Bagi KSG tidak salah untuk kita menjana pendapatan sambil berblogging tetapi bagi blogger picisan seperti KSG ini bukanlah tujuan atau niat utama.

Sejak berblogging ini, KSG banyak berkenalan dengan rakan-rakan baru. Menjadi kepuasan bagi KSG apabila ada orang yang sudi membaca sharing yang ditulis oleh KSG. Pada mulanya, KSG tidak pasti dimana keseronokkan berblogging ini. Apabila sudah menulis beberapa entri dan mula tau selok-belok berblogging ini, KSG perasan salah satu rewards adalah sosialistik. Bertukar-tukar pandangan adalah satu perkara yang baik di dalam medium seperti ini. Oleh itu, KSG tulis sahaja apa yang KSG ingin sharing di blog www.kisahsigemok.com dengan niat sosialistik dan bagi KSG matarilistik akan datang dengan sendirinya. InsyaAllah :)

Terima Kasih kerana sudi membaca

Apakah pendapat anda pula ye? Jangan malu-malu untuk nyatakan ye? Jangan lupa follow dan like fanpage kisahsigemok.com. :)

25 comments:

  1. beblogging ni klu tak atas dasar minat, mmg susah...

    ReplyDelete
  2. betul tue..tipu la jika xde langsung pk nk jana pendapatan..tp lebih kekal blog itu seandainya ianya datang dari minat..macam saya..dulu pernah buat blog sbb kejarkan duit n trafik..tp xkekal lama..lani nak buat blog berdasarkan tulisan sendiri..
    salam perkenalan dari blog mediasiber..saya follower awk yg ke 181..sudilah kiranya berkunjung dan menjadi follower blog saya..

    Korang mesti baca nie --> Sucinya Hati Seorang Isteri Kepada Suaminya

    ReplyDelete
  3. momoy pula sekadar catatan peribadi
    heheh...

    ReplyDelete
  4. SUKE BLOG SBB LEH LUAH SUME PASAAN (TAPI XLA SMPAI MENCARUT2) ..

    JANA PENDAPATAN TU SBGAI SMPINGAN JE .. DAH ALANG2KAN ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. perlukan orang lain untuk membaca hati kita.. :)

      Delete
  5. HAI salam perkenalan :) bagi ima tak jana pendapatan pape pun cukup sekadar tempat utk luahkan perasaan , berkenalan dan tempat simpan cerita-cerita kenangan, pengalamn , gambar-gambar manis dan juga tarikh-tarikh keramat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai..salam perkenalan.. :)

      Betul, x salah pun.. :)

      Delete
  6. blogging sebenar nya utk suka2.. tapi bila dah ramai kawan..kita akan rasa nak berkongsi.. melalui perkongsian akan dapat pengalaman.. pendapatan sampingan pula akan lebih lumayan jika tahu caranya... yang penting happy2 jew ^_^

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.... hyep2!!

    Salam ukhuwah dr Miss Light...~

    Done follow here...! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaalaikumsalam.. hai :)

      salam..

      terima kasih follow :)

      Delete
  8. yeah.. sebenarnya nilai sosialistik tu lebih menarik daripada soal materialistik. sosialistik yang patut diberi keutamaan kerana jika soal meterialistik yang menjadi keutamaan, memang tak lama jangka hayat seorang blogger tu. kerana jika terlalu kejarkan meterialistik, mereka akan putus asa bila apa yang mereka target tak tercapai. dan bila tiba saat tu, mulalah semangat untuk berblog akan goyah. percayalah.

    P/s : hahahaha. jangan gelak sangat, nanti pengsan.hehehehe

    ReplyDelete
  9. hihihi Sis pun sokong apa yg di tulis...

    ReplyDelete
  10. blog untuk suka2 jea.suka bila dapat kenal ramai kawan alam maya.
    kat blog boleh membebel panjang2.bukan mcm kat facebook.terhad..hehe

    ReplyDelete
  11. Dulu waktu mula-mula berblog, tujuan fie untuk saja saja. nak cari kenalan baru dan nak meluahkan apa yang fie rasa. tapi dah lama-lama tujuan tu dah bertukar dari cari kawan baru apa salah nya jana pendapatan.

    ReplyDelete
  12. Kalau nak tau camna akak start berblogging Dan tujuan asalnya kena terjah my first entry hi hi...

    ReplyDelete

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)