Wednesday, September 5, 2012

Sesi Temu Mesra bersama Aisya Sofea, Aaron Aziz dan Nadia Nisaa

Drama Adam dan Hawa menjadi sebutan rakyat Malaysia sejak akhir-akhir ini. Drama adaptasi novel yang dilakonkan oleh Aaron Aziz dan Nadia Nisaa ini banyak mendapat respon positif daripada peminat. Lagi-lagi, ini ditayangkan dalam bentuk HD (Nampak terang je).

Pada Ahad yang lepas bersamaan 2 September 2012, berlangsungnya satu sesi autograf novel Adam dan Hawa. Sesi ini melibatkan novelis Adam dan Hawa, Aisya Sofea dan Pelakon utama Drama Adam dan Hawa, Aaron Aziz dan Nadia Nisaa. Orang  ramai sudah memenuhi kedai buku MPH One Utama sejak jam 11 pagi lagi walaupun sesi bermula pada jam 12 tengahari. Fuhh..KSG sampai di MPH pada jam 12 pagi dah terpaksa elak-elak orang. Yang paling penting, KSG dah dapatkan awal novel Adam dan Hawa versi kulit muka drama lebih awal untuk mengelakkan kekecewaan. KSG datang ke sesi ini pun untuk tambah nilai sentimental novel ini dengan tandatangan penulis dan pelakon Adam dan Hawa .

Berkat kesungguhan dan kesabaran yang tinggi (Barisan panjang gila), KSG berjaya membawa pulang novel Adam dan Hawa lengkap bertandatangan penulis asal novel dan pelakon utama Adam dan Hawa ini. Semestinya novel ini akan disimpan sebagai koleksi peribadi KSG. :)


Kulit Muka Limited edition Adam dan Hawa
Nadia Nisaa, Aaron Aziz dan Aisya Sofea
Pengunjung-pengunjung yang sedang menunggu giliran. (Ramaikan? Panjang lagi beraturnya)

Tandatangan kenang-kenangan oleh Nadia Nisaa, Aaron Aziz dan Aisya Sofea :)




2 comments:

  1. Replies
    1. :).. aaron dan nadia sangat sempoi.. kak Aisya x perlu diperkatakan lagi.. tersangat sempoi

      Delete

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)