Thursday, September 20, 2012

Dua perkara yang mungkin anda dapat apabila berblogging

KSG selalu ditanya perkara-perkara yang KSG dapat apabila berblogging. "Apalah yang kau dapat dengan berblogging ni?" Kata Si Petak. KSG hari ini nak senaraikan dua perkara yang mungkin akan kita dapat apabila berblogging. Kemungkinan besar untuk ,mendapat perkara-perkara di bawah dengan jayanya adalah sangat tinggi. Anda semua dijemput untuk menjenguk dua perkara tersebut yang KSG letakkan di bawah:- 


1.Kawan
Yes! Anda akan mendapat kawan jika anda berblogging dengan cara yang betul. Hasil keramahan dan tidak tahu malu untuk menegur blogger lain adalah bonus untuk mendapat kawan dalam berblogging. Insyallah anda akan mempunyai rakan yang baru dan mempunyai latar belakang yang berbeza. Jika ditambah dengan post anda menarik dan sedap di baca, blogging akan menjadi pukat harimau kawan untuk anda. Mungkin ada akan menjadi kegilaan remaja-remaja di luar sana dan ramai dengan rela hati yang terbuka untuk  berkawan dengan anda. Menulis sesuatu yang menarik di mata orang adalah tersangat susah, KSG rasa belum mampu lagi sampai ke tahap ini. Alhamdullilah, KSG masih mendapat kawan baru dari berblogging ini. 

2.Musuh
Dapat ke? Kemungkinan besar ada apabila post atau entri anda kurang disenangi oleh orang lain. Ini pasti akan mengundang musuh dalam kehidupan anda. Salah satu sebab adalah bahasa  yang anda gunakan untuk menyampai entri menyakitkan hati individu lain dan adakalanya itu adalah niat anda sebenar. Mengunakan ketajaman kekunci keybord untuk menyakitkan hati orang lain bukan susah, mudah sahaja. Beberapa patah perkataan sudah cukup untuk menyakitkan hati orang lain. Paling ditakuti, musuh ini wujud tanpa anda sedari. 

Pasti ramai yang ingin mencari kawan bukannya musuh semasa berblogging, begitu juga KSG. KSG sentiasa cuba mencari dan menarik seberapa ramai kawan semasa berblogging ini. Tidak kiralah blog anda berbentuk apa, jenis entri anda dan apa-apa lagi, anda semua tetap sesuai untuk berkawan dengan KSG. 


Terima Kasih ya! Jemput baca entri yang lain.. :)


17 comments:

  1. betul tu... kdg2, org yg baik dengan kita selama ni, tetiba jadi musuh yg sejati.. huaaaaaaaaaa.. siap buat anony lg.. hukhuk

    ReplyDelete
  2. Sejak berblog memang ramai pun kawan fie dapat, musuh baru sorang. Entah sape lah tu. Haha. Anon yang suka kutuk2.

    ReplyDelete
  3. mark zuckerberg pernah kata "nak mencipta berjuta-juta pengaruh haruslah mempunyai sedikit musuh" lebih kurang macam tu la wa rasa..

    ReplyDelete
  4. Harap2 kak M tak da musuh la di alam maya ni...

    ReplyDelete
  5. seyesly, blogging ni memang dapat kenal ramai orang..dan ada jugak yg dapat jodoh dengan berblog..huhu

    bagi aku la, kalo ada musuh aka anon yg tak puas hati, maknanya entri yg kita tulis tu betul2 ada impak sebab terkena dekat diorang..ataupun entri tu ditulis tanpa ada bukti yg kukuh so pembaca marah la..sebab tu nak tulis entri kena consider sume perkara.

    ReplyDelete
  6. betul tu.. yang paling penting kita dapat kenal ramai kawan2 baru..hehe

    ReplyDelete
  7. hidup KSG..hehhe keep blogging..insyallah when we put all the truth heart on it then the good things will come afterward... keep moving and learn.. :)

    ReplyDelete
  8. asyraf..shida dua2 dpt tp plg byk kawan lah hihihi :)

    ReplyDelete
  9. fitrah manusia yang masih bernyawa mmg macam tu. bila dah tak bernyawa barulah tiada dua benda tersebut.hehe

    ReplyDelete
  10. so far xde lagik lah musuh.. tp tak tahu la kan... huhu

    ReplyDelete
  11. ermm dpt kawan tkpe,,tp jgnla yg buat kita musuh plak kan,,,huhu

    ReplyDelete

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)