Saturday, September 1, 2012

Program Imarah Masjid Anjuran Karya Bestari dan Majalah i di Masjid As Salam Puchong


Program terbaru anjuran dua entiti islamik di bawah syarikat Kumpulan Media Karangkraf iaitu Karya Bestari dan Majalah I iaitu Imarah Masjid akan dijalankan pada 1 September 2012. Program ini menampilkan aktiviti-aktiviti bersama penulis-penulis Karya Bestari. Program ini bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir 11.00 malam. 

Antara aktiviti yang akan ada adalah program permainan bahasa al-quran, demo memasak bersama ustaz-ustaz Karya Bestari dan malam kemuncaknya adalah Forum Bicara Cinta Anak Muda siri 6 anjuran Majalah i. Forum untuk kali ini menampilkan Yatt Hamzah, Farah Asyikin, Dr Robiah K Hamzah dan Moderator kali ini adalah Syafiq Zulakifli yang juga penyampai Radio IKIM. 

P/S: dengar cerita ada jualan buku dengan diskaun menarik dan jamuan hari raya Masjid As Salam Puchong Perdana.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)