Monday, September 3, 2012

Drama Trilogi Cinta 2 : Drama diadaptasi ke novel pula

Siapa yang masih ingat tentang drama terhangat di RTM 1 ini? Mungkin ada antara anda pernah menonton drama keluaran Suhan Movies yang menampilkan lakonan Rosyam Nor dan beberapa pelakon hebat lain. Mungkin juga anda adalah antara peminat setia drama ini.  

Oleh kerana sambutan hangat daripada peminat di atas drama Trilogi Cinta, pasti ramai yang menunggu sambungan drama bersiri ini. Setelah sekian lama, kerinduan peminat-peminat drama Trilogi Cinta akan terubat apabila siri kedua atau musim kedua drama Trilogi Cinta iaitu Trilogi Cinta 2 akan menemui peminat pada 6/9/2012 ini. Trilogi Cinta 2 akan bersiaran di RTM 1 pada jam 10 malam. Drama ini akan ditayangkan setiap hari Khamis dan Jumaat, so pastikan anda tidak terlepas tayangan drama selama sejam setiap episod ini. Khabarnya, ada 40 episod kesemuanya.

Seperti anda tau, Trilogi Cinta adalah sebuah drama adaptasi dari 3 novel bersiri hasil nukilan Sharifah Abu Salem tetapi pada kali ini sesuatu kelainan ditonjolkan. Drama Trilogi Cinta 2 tidak diadaptasi daripada sebuah novel tetapi diadaptasi menjadi sebuah novel. Novel  ini telah pun dilancarkan semasa majlis pratonton drama ini yang lalu dan dihadiri oleh barisan pelakon-pelakon dan penulis skrip/novelis, Sharifah Abu Salem. Novel terbitan Alaf 21 ini mempunyai ketebalan lebih dari 900 muka surat (Baca puas-puas ya!) dan akan dijual dengan harga rm30 sahaja. Dapatkan di kedai-kedai berhampiran anda.

Sharifah Abu Salem, Penulis Yang Indah Hanya Mimpi dan Penulis Skrip Trilogi Cinta 2

Rupa cover novel Yang Indah Hanya Mimpi

Barisan Pelakon, Komposer, Pengarah dan Penulis skrip Trilogi Cinta 2

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)