Sunday, September 9, 2012

Jangan biar 'Monday Blues' menganggu anda!

Kebiasaannya, semua pekerja atau pelajar akan kembali semula ke tempat kerja atau sekolah pada hari isnin   setelah bercuti selama dua hari. Apabila isnin menjelang, kadang-kadang pada petang ahad dah terasa bahang kemalasan dan kemerosotan motivasi. Adakah anda pernah rasa tidak?

Term yang selalu kita dengar untuk mengambarkan situasi ini adalah Monday Blues. Kemalasan dan keadaan tidak selesa ini akibat daripada tranformasi dari hari yang kita boleh lakukan apa yang kita suka kepada hari yang kita perlu lakukan apa yang kita disuruh (amboi..panjangnya..).


Ini KSG nak kongsi beberapa tips yang boleh diguna pakai:-

1.Mind set
Selalunya KSG akan setkan minda sebegini 'Esok Kerja Tau'. Ini adalah untuk memastikan minda KSG tidak terkejut apabila bertugas nanti. 

2.Buat to do list
Selalunya kerja akan bertimbun akibat kita tinggalkan semasa cuti. Selalunya selepas kita bercuti, kita akan sedikit lost apabila bekerja semula. Oleh itu, KSG akan buat simple to do list untuk esok dan selalunya disimpan di dalam hp sahaja.(Jangan peningkan kepala dengan perkara tidak perlu)

3.Positif
Selalunya mood kita adalah efek dari apa yang kita rasa tentang perkara tersebut. Jika fikir positif, mood kita akan menjadi positif. Oleh itu, KSG akan bayangkan KSG tidak sabar untuk bekerja esok. Alhamdullilah, tiada masalah mood yang tidak baik pada pagi isnin yang indah.

4.Motivasi 
Selalunya KSG akan cari sesuatu yang akan memberi motivasi kepada KSG untuk hadir ke tempat kerja. Sebagai contoh, cafe di tempat kerja itu makanannya sedap-sedap untuk ke sana kita kena hadir ke tempat kerja. (Contoh sahaja ye..) 




Itulah serba-sedikit sharing daripada KSG dan diharap ia berguna kepada KSG sendiri dan juga anda semua.

Terima Kasih kerana sudi membaca, KSG nak juga dengar pendapat anda semua. :)




6 comments:

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)