Batman, Superman, Spiderman dan banyak lagi mungkin adalah antara superhero yang dikenali ramai. Mereka adalah adiwira yang tidak asing lagi bagi kita tidak mengira usia. Untuk kali ini, KSG nak memperkenalkan kepada anda semua sebuah komik yang memaparkan seorang adiwira perempuan bertudung. Bagaimana rupanya? Ada ke komik seperti ini?
|
Haris Norman Harizan - Pelukis Super Nur |
Komik ini diberi nama Super-nur dan kartunisnya adalah Haris Norman Harizan. Konsep berbeza dari komik adiwira lain cuba dipertengahkan oleh Haris Norman Harizan kali ini. Haris Norman Harizan cuba untuk membawa sebuah watak adiwira yang berpewatakan muslimah iaitu bertudung dan menutup aurat. Bagi pencinta-pencinta komik di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan siri satu komik ini di pasaran. Jika kedai tersebut takde, sila paksa kedai tersebut dapatkan stok. Doakan Super-nur akan sentiasa sukses dan akan muncul dengan siri 2 pada tahun depan. Berapa harganya? Harganya cuma RM9.90 sahaja..
|
KSG sempat beli satu dan dapatkan tandatangan dari pelukis Supernur sendiri |
wahh hebat! kalau watak ala2 ninja asassins lagi superb! sebab berpurdah..
ReplyDeletekat mane ne .. nk mntak atograp jugak
ReplyDeletewah wah!! untunglah dapat tndatangan dari kartunis.... huaaaaaaaaaaaaaaaa..... sopannya komik tu.. tabik2... hehehe
ReplyDeleteaku layan bleach, one piece ngan naruto je..kekeke
ReplyDeletelayan dari sekolah smpai skng.
superheroin ler nie.... ala muslimah........
ReplyDeletecomelnya superhero in tu =)
ReplyDeleteMmg nice sgt..sweet ja Super Nur tu..
ReplyDelete