Sunday, September 16, 2012

Penunggang motosikal, kami sayang anda!

Setiap pagi, KSG akan melalui jalan yang dipenuhi dengan kenderaan. Seperti jalan-jalan di tempat lain, jalan yang KSG lalui kaya dengan pelbagai jenis kenderaan. Antara yang mengusai jalan raya adalah motosikal . Kepada penunggang motorsikal dan basikal, kami sayangkan anda MAKA..

JANGAN


1.Tidak memakai topi memakai topi keledar
Walaupun anda mempunyai kepala yang keras, tapi tetap tidak sekeras topi keledar. Topi keledar pun boleh pecah, inikan lagi kepala anda. 

2.Ikut belakang kereta dekat-dekat
Kami takut kami brek anda tidak perasan,kalau bumper kami pecah tidak mengapa tapi kalau anda cedera, anda susahkan? 

3.Cilok-mencilok dengan cara berbahaya
Kami tahu anda hebat, anda mampu mengawal motor anda dengan hebat. Kami tidak hebat, takut masa anda mencilok, kami terlanggar anda. Nanti anda marah kami pula.

4.Duduk tengah jalan (tidak memberi ruang untuk memotong, xtau nak panggil pe..hahaha)
Berilah kami ruang untuk memotong anda dengan selamat. Takut nanti bergesel dengan anda, anda cedera dan anda susah nanti. 



Ini adalah sedikit pesanan ikhlas dari KSG kepada penunggang motosikal. Tiada niat buruk apa-apa. Maafkan KSG jika anda tersinggung. 

Terima Kasih kerana sudi menjenguk www.kisahsigemok.com. Sila baca entri lain di list sebelah ya! :)

16 comments:

  1. hahhaha nice info..
    yang aku lucu nya, duduk tengah jalan, aku bayangkan yang aku turun dari motor, then pergi duduk kat tengah jalan. hehehehehe

    alang2 masuk, aku follow terus. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. thanks.. bro..kawe dah ubah sikit explanation tentang tu.. thanks diatas teguran.. :)

      Delete
    2. huhh. ore kelate ko? hahaha

      huhh, dah buat pembetulan dah. huhuhu

      Delete
  2. doklah.. haha.. orang mix jawa.. :)

    ReplyDelete
  3. kadang-kadang orang yg suka cilok mencilok sesuka hati sampai bahayakan org lain ni, rasa mcm nak campak je dlm hutan. SCARY tau tak~

    ReplyDelete
  4. bagus, ingatan berguna buat semua
    mat rempit atau bukan,
    mesti baca!

    ReplyDelete
  5. setuju tuh! jangan bahayakan orang lein

    ReplyDelete
  6. hihihi betul tue...kadang2 pembawa motosikal berani mati...cilok sini cilok sana...

    ReplyDelete
  7. kita sayang dorang .
    tapi dorang tak sayang nyawa dorang sendiri .
    hehe :)

    ReplyDelete
  8. hahahaha.. satu teguran yang sangat2 berhemah.. aku suka.hehehe..

    ReplyDelete
  9. selalu ena tengok budak2 sekolah ni yang suka sangat tak pakai topi keselamatan tu... nasib baik ena bukan lady merempit, tp lady mendrift.. yawwwwwwwwwww... XD

    ReplyDelete
  10. tu la kdg2 kesian kt si pembawa motor ni,
    bukan ap sebab kalau berlaku accident ke ap2, nauzubillah
    yg teruk tu mereka juga..

    InshaAllah akan cuba memastikan benda ni :P

    ReplyDelete
  11. setuju.. akak pun salah sorang penunggang yang amat berkhemah :)

    ReplyDelete
  12. betul tu ksg..
    malang tak berbau......
    so kena hati hati......

    ReplyDelete

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)