Saturday, September 15, 2012

Orang akan beratur apabila kambing di _________

Assalamualaikum kepada semua Bloggers dan readers,

Syawal sudah hampir ke penghujungnya tetapi rumah terbuka masih banyak lagi dijalankan. KSG sempat berkunjung ke rumah-rumah terbuka yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat swasta dan badan kerajaan. Majoriti menu wajibnya adalah:


KAMBING BAKAR/GOLEK

Kambing Golek


Sanggup orang ramai beratur panjang untuk dapatkan Kambing Golek ini. Selalunya menu ini habis paling cepat. Adakalanya sampai lenguh-lenguh kaki tunggu giliran untuk mendapatkan menu ini.

Moral yang boleh diambil dari Kambing Golek ini adalah:-

Kambing terkenal dengan kata-kata 'Ishhh..apa nak jadi ko ni, x mandi macam kambing' dan 'Ko ni busuklah macam kambing'. Situasi ini akan berubah apabila kambing dibakar dan akan menjadi santapan. Nilai seekor kambing akan menjadi lebih tinggi dan menjadi rebutan orang ramai. Maksudnya?

"UNTUK DIDEKATI ORANG RAMAI, KITA PERLU MEMPUNYAI ASET DAN NILAI YANG BAIK"


Tidak semestinya WANG tetapi termasuk perwatakan, ilmu, dan lain-lain yang membuat kita lebih menonjol. 

Semoga entri ini memberi manfaat kepada KSG dan anda semua. wink2x 






10 comments:

  1. shida dah lama dah stop beraya start kje lg..open house pn dah xpegi keje byk huhuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. shida kan busy, banyak tempahan nak dibuat.. :)

      Delete
  2. kalau ada kambing panggang baru ada semangat nak makan he he

    ReplyDelete
  3. kalo ade open hoouse buat kambing , mun paling sedih sebab mun tak boleh makan daging kambing . kang angin satu badan .

    btw , jom exchange bloglist :)

    ReplyDelete
  4. kambing golek nie sedappp tue yg samggup beratur kikiki

    ReplyDelete
  5. tak shuke kambing . tapi kena beratur jgk ! hiihhi :)

    "buat ramai itu awesome ! ihihih"

    ReplyDelete

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)