Assalammualaikum semua dan selamat sejahtera,
Mungkin kebanyakkan antara anda adalah seorang blogger. Setelah menulis blog dengan entri-entri menarik, memerahkan otak untuk mendapatkan idea-idea terbaru, dan bertungkus-lumus mengemas kini blog untuk nampak menawan di mata pembaca. Pernahkah anda terdetik, niat sebenar anda untuk menceburi bidang blog ini? Pernahkah rakan-rakan anda mempersoalkan niat anda berblogging? Metarialistik atau sosialistik?
Apa yang KSG ingin lontarkan pada entri kali ini adalah niat, sebab atau tujuan menulis blog ini adalah subjektif. Ia bergantung kepada individu terbabit atau blogger itu sendiri. Jika diajukan soalan kepada KSG, adakah tujuan KSG menulis atas dasar atau sebab metarialistik? Jika jawapan KSG adalah tidak, KSG adalah menipu. Bagi KSG tidak salah untuk kita menjana pendapatan sambil berblogging tetapi bagi blogger picisan seperti KSG ini bukanlah tujuan atau niat utama.
Sejak berblogging ini, KSG banyak berkenalan dengan rakan-rakan baru. Menjadi kepuasan bagi KSG apabila ada orang yang sudi membaca sharing yang ditulis oleh KSG. Pada mulanya, KSG tidak pasti dimana keseronokkan berblogging ini. Apabila sudah menulis beberapa entri dan mula tau selok-belok berblogging ini, KSG perasan salah satu rewards adalah sosialistik. Bertukar-tukar pandangan adalah satu perkara yang baik di dalam medium seperti ini. Oleh itu, KSG tulis sahaja apa yang KSG ingin sharing di blog www.kisahsigemok.com dengan niat sosialistik dan bagi KSG matarilistik akan datang dengan sendirinya. InsyaAllah :)
Terima Kasih kerana sudi membaca
Apakah pendapat anda pula ye? Jangan malu-malu untuk nyatakan ye? Jangan lupa follow dan like fanpage kisahsigemok.com. :)