Rakan-rakan, apakah pasukan bola kegemaran anda? Pasukan Bola Sepak Negara? Pasukan Bola Sepak Negeri? Pasukan bola sepak kelab luar negara? dalam negara?
Pasti ada antara anda adalah penyokong-penyokong fanatik pasukan bola sepak masing-masing. Kecewa jika pasukan kesayangan tewas adalah perkara biasa, lagi-lagi mendapat perlian dari rakan-rakan. Hari ini KSG nak kongsikan beberapa unsur atau faktor yang menyebabkan kekalahan sesuatu pasukan bola sepak. Seperti biasa KSG hanya sebagai atletnya dan anda adalah pengadilnya. Jangan lupa untuk meninggalkan komen anda.
1. Latihan
Ya! Latihan adalah faktor yang paling penting. Dengan latihan yang baik, kebanyakkan pasukan yang lemah menjadi berjaya. Latihan juga adalah antara resepi yang selalu menjadi faktor dikaji di dalam pasukan yang hebat.
2.Ahli Pasukan
Sesuatu pasukan juga akan dinilai kekuatan daripada ahli pasukan yang bermain untuk pasukan tersebut. Pasukan yang mempunyai ahli pasukan yang hebat juga menjamin kehebatan sesuatu pasukan. Individual skill masing-masing merupakan satu aset untuk pasukan tersebut. Sebagai contoh, syarikat yang mempunyai pekerja yang baik mampu membuatkan syarikat tersebut berjaya di industri masing-masing.
3.Penyokong
Penyokong juga mampu menjadi faktor kemenangan bagi sesuatu pasukan. Sorakan padu dari penyokong-penyokong mampu memberi semangat kepada pasukan masing-masing. Malah mungkin ia juga mampu membuat pasukan lawan gugup dan hilang fokus.
4.Persekitaran
Faktor padang juga mampu memainkan peranan. Kualiti padang juga mampu memberi sedikit efek kepada kualiti pemainan sesuatu pasukan. Pasti ada bezanya bermain di padang rumput semulajadi dan rumput tiruan. Pasti beza bermain di atas padang yang rata dan padang yang seperti sawah bendang.
5.Stamina/ Fitness
Ada pasukan yang hebat tetapi tidak mempunyai pemain yang rata-rata mempunyai stamina yang tinggi. Pernah anda melihat pasukan yang hebat hanya diawal perlawanan. Di minit-minit awal permainan mendominasi setiap sudut padang dan pemainnya berlari ke sana sini tetapi di akhir perlawanan bermain seperti pasukan bola sepak tadika atau taska.
6.Mental
Kekuatan mental juga menjadi faktor sesuatu kemenangan. Mesti ramai yang tahu tentang perang psychology yang digunakan oleh sesetengah pasukan. Kebanyakkannya menjadi dan menawarkan kejayaan kepada pasukan. Pasukan yang mempunyai mental yang kuat akan mempunyai fokus. Fokus membantu sesuatu pasukan mampu membaca strategi sesuatu pasukan lawan.
Mungkin ini adalah antara faktor-faktor sesuatu pasukan untuk menang. Apa komen anda pula? :)
Mungkin latihan dan disiplin yang tinggi kot.
ReplyDeleteowhhh gitu yeah hahaha
ReplyDeletekalau tak menang takde rezeki lah tu. :D
ReplyDeletewah..dah bolleh jadi coach dah ni :)
ReplyDeletebetul jugak semua diatas..... apa2 pun...... bola itu bulat...... kekadang kita menonjol...dan kekadang pihak lawan menonjol......
ReplyDeletehehee..betul kesemua datas xdnafikan lg hehee.. :D
ReplyDeleteoo... itu ye unsur2 nya...
ReplyDeletewah... KSB, boleh jadi coach ni.... korn stuju unsur2 atas ni, tapi kita kne ade sedikit yang extra lebih, supaya kita boleh setanding dengan pasukan luar... ape yg extra tu tang kne cari tu...
ReplyDeletekomen aku..vokal haruslah mantap. pitching kena jaga, jangan biarkan dia ke langit biru. harmonising is verb is paint.
ReplyDeletedalam team takboleh ada pemain yang bajet star. :)
ReplyDeletepower2. latih gua jadi terer macam bekem plis
ReplyDeletesy xlyan sgt bola.. sekali sekala teman hubby tgk bola adala.. hihi
ReplyDeletejom join segmen ieka farhana jom !
ReplyDeletedah follow ur blog
http://pengawasbanyakcakap.blogspot.com/2012/10/segmen-tambah-followers-laju-laju-by.html
do like my pages also :D
hehehe
ReplyDeletebetul lah tu
jaa tak gheti mana bab bola... tapi unsur2 kat atas tu semua dah betul sgt dah tu... hihi...
ReplyDeletep/s : lama betul x terjah sini :)
Gil bola! haha
ReplyDeletehaha boleh diterima
ReplyDeleteAlamak tak minat bola pulak..haha..tapi still sokong hijau kuning.. Go go go!!!
ReplyDeleteBtw dah follow sini..sori lmbat dari segmen haritu..