Kebanyakkan insan pasti mengimpikan majlis perkahwinan gilang-gemilang dan meriah seperti kebanyakkan artis-artis, orang-orang ternama dan orang kaya. Pasti ada yang mengharapkan majlis perkahwinan dijalankan di hotel-hotel mewah atau sekurang-kurangnya khemah berdozen-dozen dipasang, Pelbagai makanan-makanan mewah dihidangkan bukan setakat ayam masak merah dan kari dalca sahaja, Pelamin sebesar pentas konsert dihiasai bunga-bunga sekedai, majlis diserikan dengan nyanyian artis-artis tempatan, dan diabadikan dalam gambar yang ditangkap oleh photographer terkenal.
Pasti ini akan menakutkan kaum lelaki yang baru nak 'hidup' dengan makan gaji untuk mendirikan rumah tangga. Tempias juga dirasai di muka si penaip blog ini. Jujur dari diri KSG, kadang-kadang perkahwinan itu rasanya mustahil. Bukan ingin majlis yang besar-besar cuma mahu membuatkan si dia gembira sahaja untuk hari perkahwinannya nanti. Bukan si dia yang meminta-minta tetapi di sudut hati ini ingin si dia rasa seperti orang lain rasa di hari perkahwinan. Mungkin ini dapat mengajar KSG supaya lebih bertanggungjawab selepas perkahwinan nanti. Doakan KSG mampu menyediakan yang terbaik untuk si dia ya. TQ semua. :)
Ok diatas adalah luahan bajet retis dibuat oleh KSG. Mari mulakan entri ini dengan membaca posting FB oleh seorang rakan KSG. Post tersebut sebegini:-
-Boikot duit hantaran yang tinggi
-Boikot pelamin
-Boikot baju pengantin yg terlalu menyerlah
-Boikot kenduri besar2an
-Boikot make up
-Boikot upah cameraman
-boikot buat loan semata2 nak buat kenduri besar2an
Elakkan pembaziran. Utamakan agama terlebih dahulu daripada adat. Utamakan apa yg wajib (akad) .kerana islam itu mudah dan tidak menyusakhkan. Yg menyusahkan adalah diri sendiri... perkahwinan sentiasa dirahmati Allah.. in shaa Allah.... :)
Wah! tengok betapa banyak unsur-unsur tidak penting dalam majlis perkahwinan kita. Bagi yang mampu, tidak mengapa. Bagaimana pula yang tidak mampu. Walaupun bagaimana pun, bagi KSG ini bukannya beban sebenar perkahwinan tetapi susulan dari bebanan yang sebenar. Bagi KSG bebanan yang sebenar adalah:-
1. Kata-kata orang sekeliling
Kita takut orang mengata perkahwinan kita. Kalau majlis itu terlalu simple, mulalah kita dapat mendengar macam-macam cerita sensasi dari orang ramai.
2.Pengaruh rakan
Jika rakan anda mempunyai majlis perkahwinan yang grand, pasti sekulumit di hati anda untuk sedaya upaya sekurang-kurang majlis yang lengkap atau hampir setanding.
3.Trend
Kadang-kadang trend masa kini juga menjadi beban kita sebenarnya. Bukan kita impikan perkahwinan yang besar tetapi trend yang setkan sebegitu. Itu membuatkan orang ramai merasa bahawa pelamin, baju pengantin, make up dan buat loan bank untuk kahwin adalah penting.
Ini adalah sedikit perkongsian tentang beban sebenar perkahwinan dari KSG. Moga-moga berguna untuk diri KSG dan rakan-rakan KSG sekalian. Apa komen anda pula?
Jangan lupa baca dan komen 'Bayang' ye..
entry sgt bgus :) . . betul tue sekrang terlampau ikut trend sampaikan terpaksa pinjam loan . .
ReplyDeleteakad nikah sudah la hahahahaaa
ReplyDeleteBenar. Kalau nak buat pulut kuning dengan gulai je karang dikata orang. hahaha
ReplyDeletelike2. tengok majlis bertunang pun dah cukup. pelamin segala. xyah la pelamin2 tu kan. baju pun dah mcm baju kawin dah. majlis tunang meriah2 kang xjadi kawin plak.huhu
ReplyDeletebuat yang wajib je senang . tak membazir ;)
ReplyDeleteYang penting ukur baju dibadan sendri,,nk buat syarat je pun bleh takut org kata sgtkan,,contohnya mcm hantaran tu,,beli je beg murah,atau biasa2 ja,,,tk pyh nk menunjuk2,,yg lg penting kena rela bukan terpaksa,,itu je
ReplyDeleteYang utamanya buah mulut orang... kalau buat majlis yang ringkas bebenor dikatakan kedekut.. ada benda yersembunyilah tu sebab tu kawen koboi.. kalau buat majlis besar besar.. dikatakan menunjukk pula...
ReplyDeletemohon curi point2 kat sini utk aku smash orang2 melayu yg menyusahkan org lain nak kawen (kat blog aku)
ReplyDeleteYa Allah, ye ke majlis tunang pun dah macam kenduri kahwin? Membazir betul. Dengan bangga saya declare yang dalam senarai 7 boikot tu semua dapat saya buat kecuali upah cameraman. Masa tu susah nak cari kawan atau sedara yg ada digital camera so upah juga la. Tidak perlu mak andam, makeup dan pelamin semua ni. Yang paling penting kedua belah pihak setuju dengan idea ni dan famili pun ok. Kalau ada pihak yang akan tersinggung jangan le teruskan. Orang sekeliling? Biarkan mereka, toksah ambil peduli.
ReplyDeletebagusnya macam tue..saya pun serupa jugak cuma bab makan2 memang mewah kerana bajet kepada yg lain2 tue xde..lgpun kat kampung masak ramai2..gotong royong.hingga bilik pengantin pun xperlu bersusah payah..hanya sediakan materialnya..menghias menggubah mencantikkannya dilakukan oleh kaum keluarga dan jiran tetangga, jimat duit upah@sewa
ReplyDelete