Showing posts with label video buli remaja perempuan 2012. Show all posts
Showing posts with label video buli remaja perempuan 2012. Show all posts

Monday, September 17, 2012

Kes buli remaja perempuan: Cerita sama tetapi lain orang

Sekarang telah tersebar tentang video remaja perempuan dibuli tersebar di internet. Video selama 6 minit lebih itu menunjukkan beberapa remaja perempuan (3 orang je kot) membelasah seorang remaja perempuan lain. Lepas tu, ada aktiviti potong memotong rambut perempuan tu. Puncalah adalah erkk.. KSG pun tak pasti. KSG cuma terdengar bunyi fitnah, pak li (betul ke? erkk..) dan handphone. Nampak gaya mereka ni seperti tengah menyoal siasat remaja yang lagi seorang tu.  

video remaja dibuli: mangsa- pakai baju merah, pembuli: baju putih dan hijau

Rasanya sebelum ini sudah terdapat videoclip-videoclip seperti ini dijumpai. Video Aksi sepak terajang adik-adik dan anak-anak kita tersebar di laman sosial. Boleh diibaratkan cerita sama tetapi lain orang. Untuk kali ini, cuma terdapat tambahan beberapa aksi potong-memotong rambut oleh adik kita yang pakai tudung tu. 

Ini menunjukkan begitu seriusnya keadaan remaja kita sekarang dan ini hanya satu yang dirakam. Bagaimana pula yang tidak di rakam di luar sana.  KSG harap ini mampu membuka mata orang-orang di luar sana, apa yang terjadi kepada sesetengah remaja kita. Kecil-kecil sudah berlagak seperti ini. Selalunya kita fokus kepada remaja lelaki (kesian kami) tetapi sekarang telah merebak ke remaja perempuan. 

Seperti yang anda lihat, mereka ini adalah generasi baru di dalam negara kita. Perlukah kita ragui mereka? Kita sama-sama doakan mereka berubah selepas ini dan semoga video ini memberi iktibar kepada KSG dan anda semua.   

Marilah bersama-sama kita mencari solusi dan jangan asyik menuding jari. 

Kalau adik-adik dalam video ni terbaca entri ini : Jangan buat macam ni lagi ye, tak baik tau...  Malu orang tengok...