Showing posts with label Durian. Show all posts
Showing posts with label Durian. Show all posts

Monday, September 10, 2012

Durian jika dilihat dalam sudut kehidupan manusia

Assalamualaikum kepada semua,

Mesti majoriti orang disini kenal apa itu Durian bukan? Durian adalah sejenis buah yang berduri dan biasanya berwarna hijau (ada yang warna lain ke?). Mempunyai bau yang agak kuat dan boleh merebak jauh dari lokasi sebenar serta meninggal kesan bau dalam tempoh yang agak lama. Serba sedikit tentang durian, walaupun anda semua dah tahu apa itu durian.

Ini durian :)


Bagaimana KSG melihat durian di sudut kehidupan harian kita?

1. Durian mempunyai kulit yang keras dan duri yang tajam.
Bayangkan jika kita ingin memakan durian, kita perlu menghadapi kulit durian yang keras dan berduri itu. Ada beberapa teknik dapat membantu kita boleh membuka durian dengan elok dan selamat. Seperti kehidupan, jika kita ingin mencapai sesuatu kejayaan, kita perlu menghadapi cabaran yang hebat lagi memeritkan. Walaubagaimanapun, jika kita tahu caranya, kehidupan kita akan mudah dan dapat mengurangkan keperitan cabaran tersebut.

2.Isi durian tidak sentiasa elok
Setelah berhempas pulas membuka durian,adakalanya sehingga pedih-pedih jari memegang duri-duri durian. Kadang-kadang sehingga berpeluh-peluh cuba membuka durian. Setelah bersusah-payah, didapati isi duriannya tidak elok. Didalam kehidupan, kadang-kadang kita bersusah-payah didalam kehidupan tetapi hasilnya tidak beberapa memuaskan hati.Jangan putus asa ya!

3.Bau durian yang tidak menyenangkan tetapi disukai ramai
Durian mempunyai bau yang kuat dan tajam. Dulu KSG akan pening kepala dan hampir muntah-muntah, jika pulang dari kampung dengan bonet kereta penuh dengan durian. Terseksa rasanya, tetapi KSG tetap menyukai buah ini. Apa yang ingin KSG sampaikan adalah kehidupan memang penuh dengan perkara yang memeningkan atau menyeksakan tetapi kita lakukan kerana tahu kita akan mendapat hasilnya.(puas atau tidak belakang kira)

Itu adalah serba-sedikit apa yang KSG dapat sampaikan. Semoga KSG dan anda semua dapat manfaat dari entri kali :)

p/s: Dapat idea masa nampak orang jual durian di tepi jalan. :)

Apa yang komen anda pula? KSG nak tahu juga :)