Follower adalah antara orang terawal yang akan aware tentang update kita. Tahap kepantasannya adalah sebanyak sesaat selepas kita tekan butang publish. Follower adalah sangat penting bagi blog-blog yang baru ingin menonjolkan diri di dalam dunia blogging ini seperti kisahsigemok.com pun begitu.
Kepada anda semua yang baru-baru seperti KSG, KSG memohon anda menghargai follower-follower anda. Tanpa follower, siapalah kita yang kecil dan nipis ini. Takut-takut lemas di lautan blogger yang terdapat di dunia ini. Follower-follower ini boleh diibaratkan customer tetap untuk blog kita dan anda pasti tahu layanan yang bagaimana perlu diberikan. :)
Kepada blogger yang telah follow www.kisahsigemok.com, KSG ucapkan ribuan terima kasih. Tanpa anda siapalah KSG. :)
Terima Kasih
Nota Kaki: Sila baca entri yang terdapat di list tepi blog ini dan juga boleh baca yang popular di footer blog ini. :)