Sunday, November 25, 2012

Terbang ke Sarawak! Best ke Sarawak?

Salam Ceria Semua!

Apa khabar? Sihat atau tidak? Rasanya sudah hampir bersawang blog tanpa diupdate. Bukan hilang semangat cuma KSG agak kesibukkan untuk beberapa minggu ini. Alhamdullilah! Berjaya juga untuk menciptakan posting terbaru ini.

Baru-baru ni, KSG berpeluang untuk terbang ke Sarawak! (Lebih tepat lagi, Kuching)

Julung-julung kalinya KSG berada di sana membuatkan KSG betul-betul teruja. Ini adalah sedikit info KSG korek tentang Sarawak dari Mr Wiki. :)

Sarawak (Malay pronunciation: [saˈrawaʔ]) is one of two Malaysian states on the island of Borneo. Known as Bumi Kenyalang ("Land of the Hornbills"), Sarawak is situated on the northwest of the island, bordering the Malaysian state of Sabah to the northeast, Indonesia to the south, and surrounding Brunei. It is the largest state in Malaysia.

Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia. Ada juga dengar-dengar size Sarawak ni besar semenanjung tolak Melaka. Memang nampak besarlah kan? Kawasan di Kuching pun x sempat untuk dikunjungi dalam masa satu hari tau. 

Kek Lapis yang terkenal di Sarawak. Nanti KSG post ye tentang  Kek Lapis ni di Entri akan datang  



Hari ini KSG nak ceritakan tentang perancangan trip ke Kuching. Apa yang perlu anda tahu dan etc etc. 

1. Tiket Kapal Terbang
Sekarang tidak perlu risau, dengan Air Asia semua orang boleh terbang. Kos untuk ke Sarawak dari LCCT pergi balik dalam RM400 ke bawah jika anda booking awal. Pastikan anda booking awal untuk ke sana. 

2. Pengangkutan di Kuching
Ada beberapa pengangkutan di Kuching iaitu Kereta Sewa, Teksi dan Tour Guide. 

Kereta Sewa ada yang semurah rm100 satu hari mengikut jenis kenderaan dan itu pun belum masuk lagi kos duit minyak. Pastikan anda membawa GPS jika tidak biasa dengan jalan-jalan di Kuching. 

Teksi pula agak mahal kerana satu trip anda akan dikenakan charge dalam RM12 hingga ke RM30. Jika anda ingin mengunakan teksi, pasti kosnya agak tinggi kerana kawasan-kawasan di Kuching ini jauh-jauh belaka. 

Penggunaan Tour Guide lebih kurang memenatkan dan pastinya anda dapat mengunjungi lebih banyak kawasan perlancongan. Paling murah yang pernah KSG dengar adalah RM250. Kenderaan yang digunakan adalah Avanza. (Info dari Kak Shahriah Abdullah sebab dia guna khidmat ini semasa di sana) 

3. Hotel atau tempat bermalam
Di Kuching ada banyak hotel yang boleh dipilih oleh anda dari semurah rm70++. KSG bermalam di Hotel Abell yang baru dibuka pada tahun 2011 dan berdekatan dengan kawasan waterfront (tarikan pelancong di sana). Harga untuk bilik yang boleh membuatkan 2 orang itu berharga RM158++. Kalau seorang dalam RM79. 


Ok..itu serba sedikit tentang persiapan ke sarawak. Nanti KSG post entri tentang Sarawak nanti. Yang pastinya, Kuching sangat best! 

9 comments:

  1. huhu...kek lapis tu yang bat trliur sngat2

    ReplyDelete
  2. so far, belom smpai lagi sarawak ni.
    tggu gaji bnyk masuk dulu baru leh jenjalan.
    betol, sarawak mmg femes ngan kek lapis.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah ke Sarawak huhu. Kek lapis sarawak antara cenderahati yang paling orang kita suka beli bila ke sana. haha

    ReplyDelete
  4. jelesnya.. kek lapis sarawak mmg sedap. kawan hana orang serawak dia buat kek tu.. tapi beli kat kedai xsedap..

    ReplyDelete
  5. wah.. aku tak tau bila aku akan sampai ke sana... tapi terima kasih bro sebab kongsikan serba sedikit.. tak lah ralat nanti nak pergi ke sana,hehehe

    ReplyDelete
  6. kek lapis mmg femes kat sarawak :) lama dia xon9...

    ReplyDelete
  7. pengalaman pertama di kuching dulu amat menakutkan......
    maklumlah first time...... kena pau sampai ratusan ringgit...nasib baik nyawa masih selamat...... penangan ilmu serawak yg memukau....

    ReplyDelete
  8. Terimakasih informasi nya gan, sangat bermanfaat :)
    nice post :)
    ditunggu kunjungan baliknya yaah ,

    ReplyDelete

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)