Syawal sudah berakhir, maksudnya berakhir sudah siri rumah terbuka yang rancak berlaku pada bulan tersebut. Pastinya ada yang mengalami masalah berat badan naik pada bulan Syawal ini. Perut sudah naik sedikit dan ada yang pipi sudah tembam adalah bukti awal kenaikkan berat badan kita. Mulalah rasa nak bersenam untuk menguruskan badan.
Mungkin aktiviti yang akan digemari dan famous dalam program menguruskan badan adalah berjogging. Bagi KSG, KSG tidak minat berjogging kerana ia amat menyeksakan. Logiknya, apabila kita rasa terpaksa melakukan sesuatu, takut-takut kita tidak mendapat manfaat dari aktiviti tersebut. Oleh itu, KSG lebih suka lakukan senaman dengan aktiviti yang KSG sukai, biar aktiviti itu dijalankan berterusan sehingga habis dari berhenti di sekerat jalan. Semestinya pastikan aktiviti yang dipilih mampu mengeluarkan peluh dan membakar lemak. :)
Oleh itu, lakukan aktiviti yang anda sukai untuk program menguruskan badan anda kali ini. :)
