Tuesday, September 25, 2012

Ramlee Awang Murshid akan menemui peminat di Jitra

Klik untuk tumbesaran yang sihat

Ramlee Awang Murshid, salah seorang  novelis bergenre thriller yang terkenal dengan novel bersiri yang mempunyai watak Laksamana Sunan di dalam novel-novel tersebut. Mungkin ramai juga mengenali beliau sebagai bekas pengacara tv di RTM sesuatu ketika dahulu.

Berita baik untuk peminat-peminat Ramlee Awang Murshid, Ramlee Awang Murshid akan berada kedai I Love Novel di Jitra Mall pada 29/9/2012 (Sabtu). Kepada adik-adik, abang-abang, dan akak-akak yang mempunyai novel-novel beliau, bolehlah dapatkan tandatangan beliau disana. Sesi akan bemula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang. Kepada anda semua, jangan lepaskan peluang ye.

Terima Kasih

4 comments:

  1. pernah juga terbaca karya beliau......
    ada unsur2 misteri dan triller.....

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi baca novel karya dia.. tentu terbaik karyanya kan. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)