Tuesday, September 11, 2012

Makanan mampu menyatukan kita semua?

Siapa di sini tidak perlukan makanan, sila angkat tangan? Ececeh..betul ke? huhuhu. Makanan bermaksud sesuatu yang dapat mengeyangkan perut kita. (Betul ke?). Maafkan KSG jika explaination itu salah. Ada pelbagai jenis makanan di dunia ini.

Nasi lemak adalah sejenis makanan juga. :)

Perasankah anda? Makanan mampu menyatukan kita semua? Bagaimana?

1. Menjadi tajuk sapaan kerap apabila kita terserempak dengan seseorang yang kurang rapat.
Apabila kita terserempak dengan rakan ofis yang jarang kita temui, soalan 'Hai, dah makan?' sering menjadi tajuk sapaan. Kadang-kadang menjadi kebiasaan bagi semua orang. :)

2. Makanan cara kita hargai seseorang paling mudah
Kita selalu menghargai seseorang dengan makanan. Apabila ada tetamu hadir dari jauh, kita selalunya akan menghidangkan makanan. Dialog yang biasa kita dengar "Bro, thanks tolong gua, meh gua belanja lu makan."

3.Kita kumpulkan orang dengan makanan
Perasankah kita dapat mengumpulkan orang di jamuan makan. Jumlahnya selalu lebih ramai dari kapasiti. Kadang-kadang yang hadir mempunyai berlainan pendapat dan latar belakang. Selalunya lebih mudah kita kumpulkan orang dengan cara ini.

4.Makanan bermaksud Aman
Apabila kita membuat perbincangan atau perjumpaan di dalam jamuan makan, perbincangan atau perjumpaan tersebut akan menjadi lebih mesra dan mudah. Emosi akan lebih terkawal.

5.Makanan digunakan sebagai medium merapatkan hubungan dan mengenali seseorang.
Perasan atau tidak, apabila kita ingin rapat kepada seseorang. Kita selalunya akan mengajak seseorang itu keluar makan. "Sudikah awak keluar makan dengan saya," ayat novel atau drama cinta. :)

p/s: Dapat idea masa makan tengahari tadi :) 

Persoalannya, betulkah makanan mampu menyatukan kita semua? Apakah komen anda pula? :)










7 comments:

  1. maybe.. umm nampak sedap nasi lemak tue hehehe

    ReplyDelete
  2. salam kenal.

    mmg benar.. makanan merapatkan silaturrahmi..like my family.

    ReplyDelete
  3. Yup betul tu, baru aku perasan benda ni ^^
    kalau ad ap2 occasion kemasyarakatan pun mesti ad buat makan2

    ReplyDelete
  4. memang bleh menyatukan manusia..cerr buat open house tengok...hat x brapa kenai, dan2 kenai...hehehe

    ReplyDelete
  5. Saya suka huraian maksud makanan tu. Apa-apa hal...bila nak belanja makan ?
    Hehehehe..

    ReplyDelete
  6. hihihi betul tue...kalau ada majlis pasti makanan menunya...makanan memang boleh mengikat silaturahim...

    ReplyDelete
  7. Betul tu KSG. Makanan memang ada kuasa superpowerrr!!! hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)