Monday, September 17, 2012

Kritikan Menegur vs Kritikan Menjatuhkan

Apabila membuat sesuatu benda, pasti kita akan mendapat pujian dan juga kritikan. Apabila sesuatu yang kita lakukan tidak senang di mata orang, mempunyai kelemahan, mempunyai masalah atau lain-lain, pasti kita akan menerima kritikan. Mengikut pendapat KSG, ada dua jenis kritikan. Pertama, kritikan yang bermaksud menegur dan yang kedua kritikan yang bersifat menjatuhkan.

Seperti orang lain tahu, menegur bermaksud kita memberi kritikan dengan harapan satu perubahan lebih baik akan berlaku. Kritikan sebegini, amat diperlukan untuk meningkatkan potensi kita ke satu tahap yang baru. Yelah, mana ada orang yang prefect bukan? Oleh itu, kritikan menegur ini juga diberi nama kritikan membina dan pemberi kritikan tiada niat buruk atau agenda lain.

Apa pula kritikan yang menjatuhkan? Apa yang KSG faham adalah kalau kritikan ini lebih berniat untuk menjatuhkan moral atau lebih untuk menghalang seseorang itu lebih berjaya. Bagi yang menerima kritikan ini, lebih baik anda abaikan dan terus mencari jalan untuk memajukan diri anda. :)

KSG kena berhati-hati dalam membuat kritikan, takut kritikan KSG adalah kritikan menjatuhkan. 

Anda rasa bagaimana pula? 

10 comments:

  1. Bagi kak M kiritikan tu penting untuk kita improve diri kita dalam melakukan sesuatu walaupun ada kalanya kritikan tu menyakitkan..

    ReplyDelete
  2. apa2 pun nak mengkritik kan ada caranya??
    caranya macam kita main pingpong! kita lambung2 dan kemudian baru kita tampar.
    :)

    ReplyDelete
  3. Yep2, and pada pendapat saya, kita sendiri takkan senang bila bagi kritikan yang menjatuhkan, ada serba xkena, overwhelmed feeling, and ada suara2 dalam kepala 'poyo giler, kau ingat kau bagus sangat?' ahahaha

    ReplyDelete
  4. lah kritikan ka
    seriusly aku ingatkan tadi kristian
    baru ingat nak follow lol

    ReplyDelete
  5. sye stuju!!! kdg bile org tgur kte, tp sbb cre dy mnyindir ke, kasar ke, sy makin keras hati. tnk ikut!! cmtula. kritik o tgur bia besopan. kne cara

    ReplyDelete
  6. saya paling lemah kalo orang kritik, ckp nk kasar je..mmg lemah la ngn org cmtu, mudah je leleh hehe...

    ReplyDelete
  7. kritikan yg membina harus diserap....

    ReplyDelete
  8. Kritikan bila terlampau terus jadi kritikan yang menjatuhkan. Kritikan nie harus kena dengan gaya bahasa dan tempat, tak ada la nanti orang yang dikritik akan down.

    ReplyDelete
  9. kita tegur utk kebaikan....
    guna cara berhemah agar sesuai masa dan juga keaadaan.....

    ReplyDelete
  10. Nak kritik biar cara yg betul...tak adalah orang sakit jantung kikiki

    ReplyDelete

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)